MEE HOON GOENG MAK TIADA TANDINGANNYA - DeCamellia

MEE HOON GOENG MAK TIADA TANDINGANNYA




Pagi tadi mak tanya, 'nak makan apa sarap ni?' Hakak pun balas la, 'mak rajin ke malas masak?'. Terus mak tanya nak makan apa. Apa lagi laju jela hakak jawab MEE SIAM! (Kami tak panggil mee hoon kami panggil mee siam)


So hakak tolong laa mak siap-siapkan bahan. Tapi taknak masak. Nak mak jugak yang masak. Time main masak-masak kat dapur ngan mak ni laa time nak membawang tau. Maklumlah sekarang dah jarang balik. Banyak lah yang nak dibawangkan ๐Ÿ˜„ 


By the way, mak punya mee siam ni berhantu tau. Resepi biasa je tapi dia punya sedap lain macam! Family besar kami tau lah macam mana. Adik beradik mak, anak-anak sedara mak memang selalu request mee siam ni kat mak


RESEPI MEE SIAM CIK KIAH




Bahan:
1 1/2 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
3 sudu lada kisar*
1 genggam penuh ikan bilis. Rendam jap kasi lembut*
2 SB sos cili
2 SB kicap
1 SB sos tiram
1 paket mee hoon (Rendam sampai lembut)
2 biji telur
Sayur sawi pak choi
Taugeh
Daging atau ayam atau ikut suka hati
Fishcake

Cara :
1) Goreng telur (hancur)
2) Kisar bahan bertanda *. Kemudian tumis hingga naik bau
3) Masukkan air secukupnya, masukkan sos cili, sos tiram, kicap, daging, telur hancur dan garam secukup rasa
4) Gaul mesra lama sikit kasi semua sebati, baru masukkan mee dan fishcake, gaul lagi
5) Bila mee hoon dah digaul mesra dengan bahan-bahan lain baru masuk sayur sawi dan taugeh lepastu gaul lah sampai mee dah cantik tak basah
6) Siap dan sedia di makan

Cara awak masak mee siam pulak acane? Sama tak?
MEE HOON GOENG MAK TIADA TANDINGANNYA MEE HOON GOENG MAK TIADA TANDINGANNYA Reviewed by Decamellia on Thursday, February 28, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.