Ticker

6/recent/ticker-posts

JOM TAMBAT HATI SUAMI TERSAYANG DENGAN CEKODOK PISANG YANG SEDAP


Semalam suami balik kerja, kat tangan penuh plastik buah-buahan, dan Nur nampak ada pisang. Tau dah kalau suami beli pisang dia nak apa.

Pagi ni kami sarap cekodok pisang la jawabnya. Favourite encik suami. Dia tak cakap pun itu makanan favourite dia. Tapi kalau dah selalu jugak beli pisang untuk buat cekodok, tak ke favourite food namanya?

Makanya pagi ni Nur macam rajin sikit nak payung resepi mudah yang amat cekodok pisang rangup diluar, lembut di dalam. Ini cara Nur ye, Nur memang suka cekodok gebu-gebu tak suka texture penyek-penyek berminyak tu.


RESEPI CEKODOK PISANG (Cara Saya)

Bahan:
12 biji pisang boyan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 SK soda bicarbonate
1 SB gula (kalau pisang dah masak ranum, kurangkan gula ya)
Secubit garam

Cara:
1) Lenyekkan pisang sekali dengan gula dan garam

2) Masukkan tepung dan soda bicarbonate, gaul sebati

3) Cucurkan kat minyak panas (Nur guna tangan aje)

4) Goreng laa sampai warna dah gelap sikit
5) Siap dan sedia untuk dimakan 😄

*Ps -
 Nur suka balik-balik kan cekodok tu pakai sudu je. Senang 😊
 Goreng api sederhana ye. Karang legam cekodok nye

Post a comment

0 Comments