Ticker

6/recent/ticker-posts

RESEPI OVERNIGHT YOGURT OATMEAL (OYO)


"Food is a gift! It's a gift of nature, because there would be nothing for any of us to eat if nature didn't supply us with the soil, nutrients, and water to grow food. Without water there would be no food, vegetation, animals, or human life".

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Jom buat overnight oatmeal. Sangat senang dan sedap! Nur bukan penggemar oat. Sebab texture oat yang melekit tu. Tapi bila dah makan OYO ni, rasa dia sedap dan ruginya rasa tak buat dari dulu.

RESEPI OYO (Cara Nur)


Bahan:
5 sudu rolled oat
1/2 cawan susu (Nur guna low fat milk)
1/4 cawan yogurt (nak sedap, yogurt berperisa. Nak cara sihat, natural yogurt)
1 biji Kurma dan 7/11/21 biji kismis (ikut korang nak letak boleh, tak letak pun boleh)
Buah yang korang suka

Cara:
1) Satukan semua bahan dalam bekas bertutup kecuali buah. Kacau kasi sebati.
2) Peram dalam esbok 1 malam. Esoknya nak makan baru potong buah.
3) Takde apa dah. Tinggal makan je
OYO yang dah siap diperam 1 malam. Sedapnya makan sejuk-sejuk
*Kurma kalau letak, racik la kasi halus sikit
*Kalau tak nak letak kurma, atau tak suka kurma, boleh ganti dengan 1 sudu madu untuk kasi oatmeal ni manis sikit. Takdelah nanti tawar hebeh, nak makan pun takde selera. 


OK, selamat mencuba ya!

Post a comment

0 Comments