Ticker

6/recent/ticker-posts

CEK MEK MOLEK VERSI BABY

Tahu tak kuih cek mek molek merupakan kuih tradisional yang telahpun diumumkan sebagai antara 255 item Warisan Kebangsaan baru-baru ini. Wow! Kebiasaannya perkataan cek mek molek tu ditujukan untuk gadis-gadis Kelantan. Tapi apa kaitannya dengan kuih ni ye? Haha Nur pun tak tahu. Lagi pula Nur bukan orang Kelantan. Tapi entah-entah orang Kelantan pun tak tahu juga kut? Hihihi


Alang-alang mood tengah rajin, lebihan keledek kukus buat finger food untuk Mardhiyah, Nur buat cek mek molek untuk Mardhiyah. Inti gula Nur ganti dengan kismis dipotong kecik. Plan nak letak kurma, tapi habis pulak kurmanya. So kismis pun jadilah ya.


RESEPI CEK MEK MOLEK VERSI BABY (Cara Nur)

Bahan:
Keledek (Tak kisah nak keledek warna apa)
Tepung unbleached (Nur guna tepung Faiza)
Kismis/kurma



Cara:
1) Kukus keledek sampai lembut. Lepastu lenyek sampai halus
2) Campurkan keledek yang dah lenyek tu dengan tepung gandum sampai tak melekat kat tangan (Letak tepung sikit-sikit ya) 
3) Bentukkan dan isi inti (Nur buat size kecik, sesuai untuk anak kecik) 
4) Goreng dan siap untuk dimakan



Mardhiyah suka makan cek mek molek ni. Boleh frozen kan. Boleh standby buat bekal kalau nak keluar ke mana-mana.

Selamat mencuba ya 😉

Post a comment

0 Comments