Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Kuih Tako dan 5 Perbezaannya dengan Kuih Tepung Pelita

Resepi Kuih Tako dan 5 Perbezaannya dengan Kuih Tepung Pelita, resepi kuih tako, resepi kuih tako sukatan cawan, resepi kuih tako mudah, resepi kuih tako che nom, resepi kuih tako azlita masam manis, resepi kuih tako pandan, resepi kuih tako jagung, resepi kuih tako azie kitchen, resepi kuih tako tepung beras, resepi kuih tako sengkuang, beza kuih tako dan tepung pelita, beza kuih tako dan pelita, beza kuih tako dengan tepung pelita, resepi kuih tako sedap dan mudah, ini cara buat kuih tako yang sedap, kuih tako, resepi kuih tako jagung, resepi kuih tako Terengganu, kuih tako recipe

Kuih Tako. Namanya sering menjadi sebutan orang ramai lagi-lagi bila tibanya bulan mulia Ramadan. Tapi, sebelum Nur melangkah ke resepi kuih tako, Nur nak cerita sikit perbezaan kuih tako dan kuih tepung pelita sebab Nur perasan, orang kita masih lagi belum tahu dua jenis kuih ni ada perbezaan sebenarnya. Cehhh ayat belagak sejak-sejak dah tahu ni. 


Ada Beza Ke Kuih Tako dengan Kuih Tepung Pelita? 

Ya saya ada beza. Kalau beli dekat bazar Ramadan, secara mata kasarnya tak ada nampak beza pun kan? Bila dah makan baru ada beza pada rasanya. Tapi buat mereka yang tak tahu kebenaran, buat tak peduli aje dengan perbezaan rasa tu. Makan aje laaaaa sambil bermonolog, 

"Lain tangan orang yang buat kut". 

Haaaa Nur lah tu. Main buat andaian sendiri aje. Padehal salah beli kuih. Dah 28 tahun hidup baru tahu kebenarannya. Kesian. Tapi, better late than never omputih kata. So lepas ni in shaa Allah tak tersalah beli lagi. Sebab Nur lebih gemarkan kuih tako berbanding tepung pelita. Jom check apa beza dorang. 


Resepi Kuih Tako dan 5 Perbezaannya dengan Kuih Tepung Pelita, resepi kuih tako, resepi kuih tako sukatan cawan, resepi kuih tako mudah, resepi kuih tako che nom, resepi kuih tako azlita masam manis, resepi kuih tako pandan, resepi kuih tako jagung, resepi kuih tako azie kitchen, resepi kuih tako tepung beras, resepi kuih tako sengkuang, beza kuih tako dan tepung pelita, beza kuih tako dan pelita, beza kuih tako dengan tepung pelita, resepi kuih tako sedap dan mudah, ini cara buat kuih tako yang sedap, kuih tako, resepi kuih tako jagung, resepi kuih tako Terengganu, kuih tako recipe



Perbezaan Kuih Tako dengan Kuih Tepung Pelita

#1 Perbezaan pertama, perhatikan bekas (kelongsong) kuih tersebut. Guna daun pandan atau daun pisang. Kalau kuih tako, dia guna daun pandan, manakala kuih tepung pelita pula guna daun pisang. Tapi kalau yang jual tu guna bekas clear plastic tu, korang kena tanyalah dengan tukang jual. Ini tako ke tepung pelita? Kalau nak tahu cara nak buat bekas atau kelongsong tako, boleh tengok video dekat Instagram Nur ya : Cara Buat Kelongsong Tako

#2 Kedua, kuih tako menggunakan tepung jagung dalam resepinya, namun kuih tepung pelita menggunakan tepung beras. Sebab tu, kuih tako ada sedikit pejal berbanding kuih tepung pelita yang sedikit lembik texture-nya tu. 

#3 Perbezaan ketiga, kuih tako ada 'isi' pada lapisan bawahnya yang berwarna hijau tetapi tidak tepung pelita. Sama ada sengkuang cina ataupun jagung. Tapi zaman sekarang susah nak jumpa orang buat kuih tako menggunakan sengkuang cina. Mungkin faktor susah nak dapatkan, so guna ajelah jagung yang lebih mudah nak dapatkan. 

#4 Seterusnya, selain texture yang sedikit lembik, kuih tepung pelita ada rasa macam manis leting sikit pada lapisan bawahnya kerana kalau ikut resepi, gula halus akan ditabur terlebih dahulu sebelum adunan lapisan hijau dituang. So akan jadi lapisan air gula lah bila adunan warna hijau yang panas dituang ke dalam bekas. Sebab tu dia manis sikit. 

#5 Perbezaan kelima adalah asal usul kuih ni. Katanya kuih tepung pelita berasal dari Perak manakala kuih tako berasal dari Johor. Haaaa sebab tu Nur lebih gemar kuih tako. Anak pure Johor lah katakan. Dari kecik dah biasa makan kuih tako yang isinya sedikit pejal. Bila termakan yang lembik-manis, rasa aneh sikit la untuk tekak pure Johor ni. 



Uishhh cerita pasal perbezaan aje dah panjang ek? Okay next Nur cerita resepi dia pula ya. Untuk pengetahuan korang, ni adalah first time Nur buat kuih tako sendiri. Selama ni Nur beli aje dekat bazar. 

Resepi yang Nur guna ni okay. Sedap. Suami pun puji sedap. Cuma dia sedikit manis (untuk tekak Nur) dan dia punya lapisan atas (putih) terasa begitu premium santan dia. Mungkin atas faktor jenis santan yang Nur guna kut. Sebab masa buat kuih tako haritu, Nur guna santan AyamBrand. Yang pernah guna santan AyamBrand tahu lah kut dia punya pekat macam mana. 


Resepi Kuih Tako dan 5 Perbezaannya dengan Kuih Tepung Pelita, resepi kuih tako, resepi kuih tako sukatan cawan, resepi kuih tako mudah, resepi kuih tako che nom, resepi kuih tako azlita masam manis, resepi kuih tako pandan, resepi kuih tako jagung, resepi kuih tako azie kitchen, resepi kuih tako tepung beras, resepi kuih tako sengkuang, beza kuih tako dan tepung pelita, beza kuih tako dan pelita, beza kuih tako dengan tepung pelita, resepi kuih tako sedap dan mudah, ini cara buat kuih tako yang sedap, kuih tako, resepi kuih tako jagung, resepi kuih tako Terengganu, kuih tako recipe

Resepi Kuih Tako dan 5 Perbezaannya dengan Kuih Tepung Pelita, resepi kuih tako, resepi kuih tako sukatan cawan, resepi kuih tako mudah, resepi kuih tako che nom, resepi kuih tako azlita masam manis, resepi kuih tako pandan, resepi kuih tako jagung, resepi kuih tako azie kitchen, resepi kuih tako tepung beras, resepi kuih tako sengkuang, beza kuih tako dan tepung pelita, beza kuih tako dan pelita, beza kuih tako dengan tepung pelita, resepi kuih tako sedap dan mudah, ini cara buat kuih tako yang sedap, kuih tako, resepi kuih tako jagung, resepi kuih tako Terengganu, kuih tako recipe, bahan buat kuih tako



Resepi Kuih Tako

Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung jagung
1 3/4 cawan gula 
1/2 tin jagung
4 1/2 cawan air
Pewarna hijau secukupnya

CARA:

  1. Sediakan bekas. Boleh tengok dekat Instagram Nur ada share cara buat kelongsong tako. 
  2. Dalam periuk, masukkan semua bahan. Kacau terlebih dahulu sampai tak berketul lagi. Baru on api.
  3. Kacau bahan sampailah berkilat dan berbuih macam dalam video dekat Instagram Nur.
  4. Terus tuangkan kedalam acuan.

Bahan Lapisan Putih
1 cawan tepung jagung
9 cawan santan 
1 1/2 sudu kecil garam

CARA:
  1. Cara yang sama seperti lapisan hijau. Gaul dulu sampai tak berketul baru on api. Kacau sampai pekat, berkilat & berbuih.
  2. Tuangkan ke atas lapisan hijau yang sudah keras/pejal.
  3. Biarkan sejuk sendiri suhu bilik. Kalau suka sejuk lagi, boleh masuk esbok.


Resepi Kuih Tako dan 5 Perbezaannya dengan Kuih Tepung Pelita, resepi kuih tako, resepi kuih tako sukatan cawan, resepi kuih tako mudah, resepi kuih tako che nom, resepi kuih tako azlita masam manis, resepi kuih tako pandan, resepi kuih tako jagung, resepi kuih tako azie kitchen, resepi kuih tako tepung beras, resepi kuih tako sengkuang, beza kuih tako dan tepung pelita, beza kuih tako dan pelita, beza kuih tako dengan tepung pelita, resepi kuih tako sedap dan mudah, ini cara buat kuih tako yang sedap, kuih tako, resepi kuih tako jagung, resepi kuih tako Terengganu, kuih tako recipe



Siap dah awaknya. Buat kuih tako ni bahan tak ba
nyak, nak buat pun tak renyah. Nur sangat enjoy masa buat kuih tako tu. Rasa macam tak sangka boleh buat sendiri. Happy dengan pencapaian kecil ni. Korang boleh juga tengok video Nur buat kuih tako dekat Instagram Nur : Nur first time buat kuih tako. 

So konklusi lepas dah berjaya byat kuih tako buat kali pertama, Nur rasa (ikut tekak) Nur, tak sesuai kalau gunakan semua santan kotak sebab santan kotak pekat dan rasa lapisan atas (putih) tu terlalu premium santan dia. 

Kalau yang suka tu, suka lah. Kalau Nur, lebih prefer yang kandungan santan dia sederhana sahaja. So next time kalau buat lagi, sama ada guna santan kotak tapi campur dengan air atau buat santan sendiri. 2 kali blend kelapa parut dapat lah cair sikit santannya. Tapi tak pasti end product dia cantik ke tak. Kena try and error lah nampak ganyanya. 



P/S: Entry ni dah lama taip, masa 15 Ramadan hari tu. Tapi paham-paham lah kesibukan melanda di bulan Ramadan, harini baru dapat publish dekat blog sendiri. Apooooo. 

Post a Comment

19 Comments

  1. leceh juga nak buat bekas dengan daun pandan tu ye. patutlah kuih ni mahal

    ReplyDelete
  2. Saya lagi teruk, tak pernah dengar pun kuih tako. Hahaha. Padahal mak orang Johor.

    ReplyDelete
  3. Since dah boleh guna cawan je, Rawlins nak paksa adik buat la sebab macam mudah je langkah menyediakannya kan. Thanks share resipi ye

    ReplyDelete
  4. antara 2 ni, aida prefer tepung pelita :) and kat melaka ni, tepung pelita paling mudah cari and beli. tako, aida makan beberapa kali je, Nur.
    dok plan nak buat sendiri tepung pelita tu, hmmmmm tak berjaya jugak. PKP da sambung 2 minggu lagi, ntah menjadik ntah tak planning tu ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  5. okay, kalau tak baca artikel ni, makanya saya tak dapatlah nk bezakan kuih tako dengan tepung pelita tu. hehe. rupanya ada beza, epas ni kalau beli nak kena check dululah :)

    ReplyDelete
  6. baru tau perbezaan dua kuih ni, selalu tengok macam sama je, walaupun tau kuih yang berbeza

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya Marsha baru tahu beza kuih tako dengan tepung pelita. Memang tahu ada beza cuma xtau sangat bezanya dimana.

    ReplyDelete
  8. Yummy! My favorite juga ni! This year kurang sikit makan ni especially time Ramadan.. tak keluar rumah g bazaar langsung... boleh la try buat sendiri kat rumah to satisfy my craves nanti..

    ReplyDelete
  9. Selalu time ramadhan famous kuih ni tapi sekarang susah nak dapat dah. Favourite ni. Lagi2 yg ada sengkuang cina kat dalam dia

    ReplyDelete
  10. Dua-dua pun suka, tapi lebih suka Tepung Pelita, haritu buat sebekas beso, puashati makan sendiri hahahaha

    ReplyDelete
  11. Saya pernah makan kuih tako. Mati-mati saya ingatkan tu kuih tepung pelita tapi rupa-rupanya tak sebab saya tergigit sengkuang. Rasanya macam bawang sikit.

    ReplyDelete
  12. Ahahaha seriuslah ada kuih tako. Ingat takoyaki je tau. Nanti nak try buat. Tepung pelita masa bulan Ramadan ramai jual. Sekarang tak mandang pun org jual. Hilang. Gone. Ghost. Hahahah. So kita buat kuih tako dalam cawan. Daun pandan kat KL ni semua hodoh je saya tengok. Tak cantik macam daun akak.

    ReplyDelete
  13. I love to makan Kuih Tepung Pelita since I was a child. You are so good can make it yourselves. Biasa I buy saja haha

    ReplyDelete
  14. Saya tak pandai makan kuih2 lembik2 ni.. Tgk org makan sedap ja

    ReplyDelete
  15. Wowww..percubaan yang baik ni. Bukan senang nak buat kuih yang ada kelonsong tau. Sangat menguji kesabaran. Dan akhirnya berjaya menemui kemanisan. Tahniah wakkkk

    ReplyDelete
  16. Wah thanks for sharing this recipe and also the differences between kuih tepung pelita vs kuih tako.

    ReplyDelete
  17. Uish rajinnya Nur buat kuih ni. Saya tengok bekas dia tu je dah mai penyakit M hehe. Tapi baru skrg tau beza rupanya kuih tako ni ngn tepung pelita ya, selama ni tau makan ja. Thx for sharing!

    ReplyDelete
  18. wowo...so tasty yummy this kuih, I love so much, wanna try making too with your recipe. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  19. Dah baca ni baru pasti pasal perbezaan , sebab kalau akak yang nampak semua panggil tepung pelita sampailah kadang2 dapat yang ada sengkuang then baru tahu itu tako. Tapi kadang2 kita cakap itu tako orang tak percaya katanya namapanggilan beza tapi benda yang sama. Lepas ni sapa ajak gaduh pasal tepung pelita ke tako akak bagi posting ni biar dia baca sendiri.

    ReplyDelete