Ticker

6/recent/ticker-posts

4 SEBAB LAGU DI MATAMU DARI SUFIAN SUHAIMI TRENDING DAN VIRAL SELEPAS ANUGERAH JUARA LAGU 33


Memandangkan diri ini dan ramai lagi di luar sana yang masih lagi belum move on dengan lagu Di Matamu yang 'berhantu' dari Sufian Suhaimi versi AJL33, Nur nak cerita sikit 4 sebab kenapa lagu ni trending dan viral serta mendapat hampir 5 Million views di YouTube sejurus dinobatkan sebagai persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu 33, pada 3 Februari 2019 lalu.

4 SEBAB LAGU DI MATAMU TRENDING DAN VIRAL

1) Persembahan yang penuh dengan penghayatan dan menyentuh hati sehingga mendapat gema sorakan dan tepukan luar biasa dari para penonton. Malah, ribuan penonton juga membuka lampu flash di handphone tanpa disuruh sepanjang persembahannya itu.

Memandangkan Di Matamu merupakan lagu sedih dan berkaitan dengan kisah putus cinta, Sufian Suhaimi telah menyampaikan lagu ini dengan sangat baik dan penuh emosi sehingga membuatkan ramai penonton menitiskan airmata.



2) Arrangement lagu yang sangat sedap. Pembukaan persembahan dimulakan dengan syair Melayu Klasik yang sayu dan diiringi dengan tiupan seruling yang menambahkan lagi 'perisa kesedihan' dalam lagu ini sehingga mendapat pujian dari penyanyi tersohor Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza.


3) Tema pentas dan props pelamin yang mendatangkan kontroversi netizen kerana dikatakan menyerupai konsep pernikahan Elfira Loy dan Muhammad Faris pada 1 Januari lalu. Namun, Sufian menjelaskan persembahan itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan memohon maaf sekiranya ada yang terasa hati.


4) Tweet dari bekas tunang Sufian Suhaimi dan juga adik Elfira Loy yang mendatangkan kritikan ramai netizen. Namun, Sufian Suhaimi hanya berterima kasih kepada bekas tunangnya Elfira Loy berhubung doa artis itu untuk kemenangannya di AJL33.




. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .  . . . . . . 

Walau apa pun kontroversi persembahan Di Matamu itu, Nur sangat kagum dengan sikap Sufian yang tidak cepat melatah dengan kontroversi dan kecaman yang tercetus. Tahniah dan semoga selepas ini Sufian terus sukses dalam bidang nyanyian dan mencipta hasil seni yang berkualiti.

Post a comment

0 Comments