AGAR-AGAR OREO MILO 3 LAPIS, SAJIAN MAKANAN PETANG YANG SEDAP - DeCamellia

AGAR-AGAR OREO MILO 3 LAPIS, SAJIAN MAKANAN PETANG YANG SEDAP


Main YouTube hari tu, tertengok tutorial orang buat puding ni. Teringin terus nak buat. Tapi tak terus buat dek kekangan masa. Namun akhirnya terbuat jua. Tapi kalau ikut resepi kat YouTube tu, bahan dia gunakan lain sikit. So Nur ubah sikit supaya mudah Nur nak cari bahan yang diperlukan untuk buat agar-agar oreo milo 3 lapis ni.

Secara jujurnya memang sedap. Kenapa Nur cakap gini? Sebab Nur bukan penggemar makanan manis. Tapi kalau makan laju aje, maknanya sedap lah tu. Hihihihi

RESEPI OREO MILO 3 LAPIS


*Resepi asal guna agar-agar serbuk. Tapi dek tak jumpa agar-agar serbuk yang tak ada warna, kita guna agar-agar tali aje.



BAHAN:
Agar-agar tali 20 gram
1.5 liter air
Gula 200 gram
Oreo 2 paket (1 paket dicincang, 1 paket lagi biarkan) 
Susu cair 1 tin
Milo 1 cawan


CARA:
1) Masukkan air, gula dan agar-agar dalam periuk dan masak sampai agar-agar larut.
2) Basahkan permukaan loyang dengan air. Susun oreo dalam loyang. Nur susun macam dalam gambar. Tapi lopong 1. Tak cukup oreo. So disarankan beli lebih ya.
*Nur susun macam tu sebab nak potong segi empat untuk 1 oreo. Korang kalau nak penuhkan pun takpe. Ikut tekak masing-masing. 

3) Masukkan adunan agar-agar (transparent) ke dalam loyang yang berisi oreo sampai oreo dah tenggelam. Sejukkan. 
4) Lebihan adunan tu, Nur panaskan balik dan campur dengan 1 tin susu cair. Gaul rata. Bahagi 2 untuk buat layer oreo susu dan milo pula
5) Bila permukaan layer pertama dah sejuk dan ready untuk dituang layer kedua, tuang adunan agar-agar susu tadi perlahan lahan, lepastu taburkan oreo yang sudah dicincang. Sejukkan. 
6) Untuk layer ketiga, campurkan adunan agar-agar susu dengan milo, dan tuang ke dalam loyang bila permukaan layer kedua dah sejuk dan ready untuk dituang adunan seterusnya. Sejukkan. 
7) Bila layer ketiga dah sejuk baru masukkan dalam peti sejuk. Sedap dimakan bila agar-agar betul-betul sejuk.


*Note
- Setiap lapisan jangan dibiar sejuk terlalu lama, takut nanti lapisan seterusnya tak melekat cantik



Ok. Selamat mencuba ya. Memang sedap!
AGAR-AGAR OREO MILO 3 LAPIS, SAJIAN MAKANAN PETANG YANG SEDAP AGAR-AGAR OREO MILO 3 LAPIS, SAJIAN MAKANAN PETANG YANG SEDAP Reviewed by Decamellia on Thursday, February 28, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.