Dalam pelbagai jenis makanan yang boleh dihidangkan untuk bayi, telur adalah satu jenis makanan yang boleh anda berikan kepada bayi anda. Telur ayam sangat berkhasiat untuk bayi dan orang dewasa, kerana makanan ini mempunyai kandungan protein tinggi dan pelbagai kandungan vitamin yang diperlukan oleh tubuh.

Seorang ahli pemakanan mengatakan bahawa telur adalah makanan padat yang paling banyak nutrien iaitu 90% kalsium, zat besi dan mineral, yang kebanyakannya terdapat dalam kuning telur. Selain daripada itu, telur ayam mengandungi pelbagai vitamin dan mineral. Seperti vitamin A, asid folik, ribovlafin, vitamin B6, besi, kalium, kalsium, fosforus dan sumber protein yang sangat tinggi.

Apabila diberikan kepada bayi, selain menjadi kaya dengan nutrien, tekstur lembut telur juga akan membuat bayi mudah mencerna jenis makanan ini agar lebih mudah bagi tubuh untuk menyerapnya dengan baik.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . 

KENAPA PERLU PEKENALKAN TELUR KEPADA BABY SECARA BERPERINGKAT YA?

Untuk pengetahuan ibu-ibu semua, bayi berumur setahun akan diberikan suntikan MMR (Measles, Mumps, Rubella) mengikut jadual yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Suntikan MMR mengandungi kolostrum seperti mana yang terdapat dalam telur kuning. Sebelum bayi diberikan suntikan MMR, dia mestilah terlebih dahulu diperkenalkan pada telur kuning untuk mengesan tindak balas terhadap kolostrum tersebut.

Sekiranya bayi tiada sebarang masalah alahan, jadi tiada masalah untuk dia terus menerima suntikan. Tetapi jika ada tranda-tanda alahan seperti ruam atau bintik-bintik merah pada kulit, maka ibu perlu memaklumkan kepada jururawat ataupun doktor.

BILA BOLEH PERKENALKAN TELUR?
Ramai pakar pemakanan menyarankan lebih selamat untuk perkenalkan kuning telur kepada bayi apabila berumur 8 bulan dan elakkan beri putih telur sehingga bayi genap usia setahum.

Telur mestilah direbus untuk memudahkan ibu memisahkan bahagian kuning dan putih telur. Pastikan anda hanya bagi anak makan telur yang bersih dan dimasak sehingga masak. Ini bagi mengelakkan risiko pencemaran bakteria oleh patogen berbahaya seperti salmonella.

Masih ramai yang belum tahu cara dan teknik yang betul untuk perkenalkan telur kepada bayi. Jadi, Nur share sedikit langkah-langkah penting yang patut ibu-ibu lakukan untuk perkenalkan telur pada bayi.
9 LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK PERKENALKAN TELUR PADA BAYI

Minggu 1 : 1 sudu besar kuning telur, 1x seminggu

Minggu 2 : 1 sudu besar kuning telur, 2x seminggu

Minggu 3
: 1 biji kuning telur, 1x seminggu

Minggu 4 : 1 biji kuning telur, 2x seminggu

Minggu 5 : 1 biji kuning telur + 1 sudu besar putih telur, 1x seminggu

Minggu 6 : 1 biji kuning telur + 1 sudu besar putih telur, 2x seminggu

Minggu 7 : 1 biji penuh telur, 1x seminggu

Minggu 8 : 1 biji penuh telur, 2x seminggu

Minggu 9 dan seterusnya dah boleh bagi baby makan sebiji telur penuh tidak lebih 3x seminggu.


Nota kaki:
*Kenapa perlu mula dengan kuning telur?
Kerana kuning telur tidak mengandungi protein yang boleh menyebabkan allergic pada bayi.
Putih telur mengandungi protein yang boleh menyebabkan allergic.


Selamat mencuba ya mommy semua 

0 Comments