CHICKEN BONE BROTH (CBB) NATURAL MSG MAKANAN ANAK - DeCamellia

CHICKEN BONE BROTH (CBB) NATURAL MSG MAKANAN ANAK


Harini nak share resepi CBB (Chicken Bone Broth) lah, atau dalam bahasa melayunya ialah sup tulang ayam. Namun bezanya, ia perlu dimasak dengan lebih lama dan disimpan dalam bentuk kiub. CBB ini lebih kepada immune booster kerana kita telah mengekstrak zat-zat daripada tulang ayam. 

Antara kelebihan CBB yang lain ialah:
1) Melancarkan saluran penghadaman.
2) Menyokong sistem saraf
3) Memberikan kesan baik kepada rambut, kulit dan kuku
4) Baik untuk fungsi otot
5) Sumber protein yang baik
6) Punca lemak yang baik
7) Menguatkan imuniti badan
8) Makanan yang baik untuk otak
9) Memberikan kesan menenangkan

RESEPI CBB (cara Nur) 👇


BAHAN:
1 kg kaki ayam atau tulang ayam (rangka)
1 biji bawang merah
1 labu (kecil) bawang putih
1 inci halia
1 batang carrot
2 batang celery 
Sup bunjut atau 4 sekawan
Sebiji lemon (ambil airnya sahaja)
Air (agak-agak lagi suku nak penuh periuk)


CARA:
1) Masukkan semua bahan ke dalam pressure cooker atau slow cooker atau periuk stainless steel dan masak dengan api perlahan. Asalkan bukan periuk aluminium ye.
- Pressure cooker 1 jam
- Slow cooker 8 jam
- Periuk stainless steel 4 jam
2) Bila dah masak, tutup api dan biar dulu periuk tu sejuk baru buka penutup
3) Tapis air sup dengan penapis

4) Hakak asingkan kaki dengan carrot celery. Carrot dan celery tu boleh blend buat penambah rasa dalam bubur anak

5) Simpan dalam bekas ais bertutup atau bekas dadih dan sejuk bekukan

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 


* Kenapa tak boleh pakai periuk aluminium? Sebabnya, kalau pakai aluminium ia akan bertindak balas dengan lemon dan menjadi racun dan meresap masuk ke dalam kuah.

* Lemon berfungsi sebagai weak acid untuk melarutkan zat galian dari tulang atau mengekstrak keluar semua zat dalam tulang ayam tersebut. 
Boleh pakai apa-apa pun kecuali cuka getah. Kalau tak nak pakai lemon boleh gantikan dengan asam keping, asam jawa, lime, cuka atau tomato. As long as weak acid.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Kebetulan hari tu demam, lepas siap CBB ni terus hirup sup dia dan ratah kaki ayam. Terbaik woooooo 👍👍👍
CHICKEN BONE BROTH (CBB) NATURAL MSG MAKANAN ANAK CHICKEN BONE BROTH (CBB) NATURAL MSG MAKANAN ANAK Reviewed by Decamellia on Thursday, February 28, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.