Ticker

6/recent/ticker-posts

RESEPI CUPCAKES LIMAU MANDARIN (TANPA GULA) UNTUK ANAK KECIL

JOM PIKAT PERUT ANAK DENGAN CUPCAKE LIMAU MANDARIN

Ni namanya projek habiskan stok limau mandarin kat rumah. Ibu abah makan kek. RESEPI KEK LIMAU MANDARIN DI SINI

Si anak kita buatkan cupcakes limau mandarin versi sihat, dimana gula diganti dengan kurma. So takdelah cupcakes limau sangat sebenarnya. Dah kena tukar cupcakes limau kurma lah gitu kan? Hahahha

Mudah je nak sediakan. Bahan pun simple tau. So jom kita tengok.

RESEPI CUPCAKES LIMAU MANDARIN (Cara Nur)

Bahan:
3 biji limau untuk dapatkan 1/2 cawan jus limau
3 biji kurma
1 cawan tepung unbleached (ayak) 
1 SK baking powder (ayak) 
1 biji telur grad 
1/4 unsalted butter


Cara:
1) Blend limau dengan kurma untuk dapatkan jus limau sebanyak 1/2 cawan
2) Pukul telur sampai kembang. Nur guna whisker tangan aje sebab Mardhiyah tidur. Karang bising bangun pulak anak dara tu.
3) Masukkan unsulted butter dan pukul lagi sampai gebu.
4) Masukkan tepung dan baking powder berselang seli dengan jus limau. Kaup balik hingga sebati. 
5) Masukkan adunan dalam cawan cupcakes. Nur tinggalkan ruang kosong dalam 1cm. Terpulang nak hias atas cake dengan apa. 
6) Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit. Ikut oven juga. Agak-agak belum masak, tambah masa.



Oh lupa. Sebelum masak cake, panaskan oven dulu ya. Cupcakes ni agak moist texture dia. Masa tengah masak dia naik tinggi. Tapi bila dah masak, dia surut balik. Haha ade lah tu kena adjust sikit resepinya. Ini pun Nur try and error je.


Mardhiyah suka makan. Tapi ibu tak. Kurang gemar dengan aroma unsalted butter tu.

So pada yang nak try, selamat mencuba ya!

Post a comment

0 Comments