PENGALAMAN MENJALANI OGDS YANG TAK BOLEH KU LUPAKAN - DeCamellia

PENGALAMAN MENJALANI OGDS YANG TAK BOLEH KU LUPAKAN

"Awak tak kisah ya b tak teman?" tanya si suami risau jikalau isterinya kecik hati tak diteman untuk ke hospital menjalani procedure OGDS keesokan harinya.

Si isteri pun memandang suami dan buat-buat muka sedih. "Eh taklah, nak buat macam mana, b kerja, nur kena jadi isteri yang berdikari"

Ya. Macam tu lah dari masa Mardhiyah dalam perut lagi. Setiap kali check up, memang pergi sendiri. Sekali je suami teman. Itu pun sebab kebetulan check up hari Ahad. Lagipun Nur memang tak suka orang teman ke tempat yang perlu menunggu. Serba salah jadinya.

Hari ni, Nur kena buat OGDS dimana OGDS adalah satu prosedur kamera di masukkan ke saluran makanan (Oesophagus) seterusnya ke perut (stomach) hingga ke bahagian usus kecil (duodenum). Dilakukan oleh pakar untuk melihat sebarang keabnormalitian, pendarahan atau ketumbuhan pada saluran atas percernaan (Upper GI). 

Macam ni lah situasi Nur menjalani ogds.
Sumber : penangsurgeon.com 



Last time check up dengan pakar untuk tetapkan tarikh operation buang hempedu, doctor senior datang untuk tengok kes Nur. Dia cadangkan better buat ogds dulu, untuk double confirm masalah perut Nur ni berpunca dari batu hempedu atau masalah perut yang lain.

Nak buat ogds perlu bawa waris dan tak digalakkan drive. So dengan berat hati, Nur angkut adik ipar pergi sekali. Nur memang tak suka bawak orang teman pergi hospital atau klinik untuk check up. Nur akan rasa sangat serba salah buat orang tunggu. Tapi apakan daya. Dah terang-terang tulis kat borang mengingatkan untuk bawak waris.

Masa daftar, pegawai tu tegur. "Eh, muda lagi ni"  

Ala sentap saya kak. Tapi memang betul. Yang datang kebanyakan tua-tua dah. Takpelah, Nur redha Allah uji nikmat kesihatan Nur.


Lepas daftar, tukar baju yang hospital bekalkan, dan lepak aje kat atas katil sementara nama ku diseru untuk menjalani ogds. Tengah syok belek vidoe anak, sorang jururawat datang suruh Nur baring. Terus katil disorong ke bilik endoskopi. Maka bermulalah procedure ogds dijalankan.

Doctor tanya, taknak buka tudung ke? Sebab nanti air liur atau muntah akan meleleh ke tudung. Kita yang first time buat ogds tau apa. Cakap tak nak, pakai aje tudung. Tak sedar lepas habis buat ogds tudung bau bacin air liur.

Procedure ogds pun bermula....

Sebelum Nur diminta untuk baring mengiring, jururawat spray ubat kebas ke dalam mulut untuk kasi rasa kebas bila camera dimasukkan. Rasa dia pahit dan sedikit pedas berangin. Mulut kene gigit benda bulat (tak tahu apa nama) untuk make sure mulut kekal terbuka sepanjang ogds dijalankan. Bila camera dah dimasukkan ke dalam mulut, berdebar habis perasaan ni.

Bila dah sampai ke anak tekak, doktor suruh telan camera tu. Jangan tahan. Agak mencabar juga sebab Nur kena berlawan dengan diri sendiri supaya kekal tenang walaupun perut dah menggelogak bila tube camera dah masuk dalam perut. Air.mata keluar sendiri tau. Jururawat siap tolong lapkan lagi. Huhu malu I.

Hasil pemeriksaan doktor, Alhamdulillah tiada ulser dalam perut.

Tapi...

Doktor cakap lapisan perut Nur makin nipis dan permukaan perut merah. Operation untuk buang hempedu ditangguhkan dulu. Nur disarankan untuk makan ubat yang dibekalkan hospital seperti Clarithromycin 250mg, Pantoprazole 40mg dan Amoxicillin 500mg. Nur juga disarankan untuk jaga makan. No pedas. No caffeine dan yang lain-lain. Part agak mencabar pedas tu la haha

Otw balik ke rumah mertua, Nur singgah kedai beli ice cream. Tekak perit amat. Dapat lah juga legakan tekak yang perit tu. Sambil menikmati ice cream, sambil fikir macam mana nak ubah cara makan. Bukan senang tau lagi-lagi part pedas tu.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Sekian sahaja pengalaman Nur menjalani OGDS.

Pada yang bakal melakukan ogds test, Nur doakan yang terbaik buat korang. Jangan risau, doktor yang buat tu mesti terlatih dah. In shaa Allah semua baik-baik aje k.
PENGALAMAN MENJALANI OGDS YANG TAK BOLEH KU LUPAKAN PENGALAMAN MENJALANI OGDS YANG TAK BOLEH KU LUPAKAN Reviewed by Decamellia on Friday, February 08, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.