Ticker

6/recent/ticker-posts

ANAK SUKA MAKAN KENTANG GORENG? JOM BUAT SENDIRI KAT RUMAH. SENANG JE!

Kentang goreng adalah menu yang disukai ramai. Tak kiralah waktu pagi, tengah hari, petang ataupun malam. Semua waktu sesuai untuk dimakan kentang goreng. Kalau nampak aje depan mata, mesti tak ragu-ragu nak masuk mulut. Bukan yang dewasa aje suka kentang goreng, malah anak kecil pun menggemarkannya.

Anak Nur, Mardhiyah suka kentang goreng. Bila dah besar, dah berani sikit order kat kedai makan fries untuk dia, sekali pesan jangan letak garam. Tapi mesti proses nak buat fries tu pun dah melalui bermacam-macam proses dan guna macam-macam bahan penyedap yang kita tak tahu kan? So better buat sendiri kat rumah. Boleh buat menu sarapan anak. Takpun kudap-kudapan. Eh, makan petang pun boleh. Alamak! Nak keluar jalan-jalan pun kena bawa bekal. Pun boleh juga bawa bekal kentang goreng. Haa, semua boleh laa dengan kentang goreng ni.

Lagipun, senang aje nak buat. Tak susah pun. Bila anak pun rakus makan, kembang hati si ibu yang membuatnya. Rasa nak join makan sekali.


Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Bahan-bahannya adalah:
  • Kentang
  • Bicarbonate soda
  • Tepung gandum


CARA BUAT HOMEMADE FUN FRIES:

**Boleh juga tengok video cara Nur buat homemade fun fries dekat Instagram Nur. Jangan lupa follow tau! Hihi

1) Kupas kentang.
2) Potong ikut size macam fries MCD.
3) Rendam kejap 5 minit.


4) Rebus / kukus separuh masak 5 minit aje.

5) Toskan. Lap kering guna tisu

6) Campurkan kentang dengan sedikit bicarbonate soda dan tepung gandum. Boleh juga guna tepung jagung. Biarkan kejap.

7) Goreng macam biasa. Api jangan kuat k.
8) Siap dihidang untuk si manja anda.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Mardhiyah sangat berselera bila makan kentang goreng. Nur mintak sikit pun tak kasi tau. Sabar ajelah. Ha ye, nak buat stok pun boleh. Lepas tabur tepung tu, simpan dalam bekas, masuk freezer. Bila rasa nak makan, tinggal goreng aje. Senang kan?


Selamat mencuba!

***By the way, saje lah nak bagi tahu, buat mommies kat luar sana yang nak tahu apa barang penjagaan bayi/anak yang Nur guna untuk anak Nur si Mardhiyah tu, jemput baca post Nur dekat bawah ni k. Mana tahu kita ni pengguna yang sama. Yeay sep sikit!

Post a comment

0 Comments