15 Surah Amalan Ibu Mengandung - DeCamellia

15 Surah Amalan Ibu Mengandung


15 surah amalan ibu mengandung, surah amalan ibu mengandung, surah amalan ibu mengandung menurut bulan, surah amalan ibu menyusu, surah amalan ibu mengandung youtube, surah amalan ibu hamil dalam islam, surah amalan ibu mengandung mp3, surah amalan untuk ibu mengandung, download surah amalan ibu mengandung mp3, buku surah amalan ibu mengandung, bacaan surah amalan ibu mengandung, surah yusuf untuk ibu mengandung mp3, amalan hamil rasulullah, surah yusuf untuk ibu mengandung dalam rumi, zikir untuk bayi dalam kandungan, surah untuk hamil, surah untuk ibu mengandung mp3


Kehamilan berlaku apabila sperma menyuburkan telur selepas ia dibebaskan dari ovari semasa ovulasi. Telur yang disenyawakan kemudian bergerak ke dalam rahim, di mana implantasi berlaku. Satu implantasi yang berjaya menghasilkan kehamilan buat seorang insan bergelar wanita.

Sekali wanita telah mengesahkan kehamilannya, dia harus mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana ini adalah limpah kurnia Allah SWT. Ini adalah anugerah yang banyak orang memohon baik isteri mahupun suami, sepanjang hidup mereka untuk  memperoleh anak-anak yang soleh dan soleha sebagai penghibur dan pengikat kasih sayang antara qsuami isteri.

Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam. Antaranya adalah membaca al-Quran. Sebagai umat Islam, membaca ayat suci al-Quran merupakan satu ibadah yang sangat dituntut.

Walaupun tiada dalil dalam Islam yang menyuruh ibu hamil mengamalkan mana-mana surah dalam al-Quran, tetapi tidak salah sekiranya ibu hamil membaca surah-surah dalam al-Quran dengan harapan agar Allah swt mengurniakan kesihatan, kebaikan, kemudahan serta rahmat Allah buat ibu dan anak yang dikandungnya.

Sebagaimana janji Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Surah Al-Isra, ayat 82)

15 surah amalan ibu mengandung, surah amalan ibu mengandung, surah amalan ibu mengandung menurut bulan, surah amalan ibu menyusu, surah amalan ibu mengandung youtube, surah amalan ibu hamil dalam islam, surah amalan ibu mengandung mp3, surah amalan untuk ibu mengandung, download surah amalan ibu mengandung mp3, buku surah amalan ibu mengandung, bacaan surah amalan ibu mengandung, surah yusuf untuk ibu mengandung mp3, amalan hamil rasulullah, surah yusuf untuk ibu mengandung dalam rumi, zikir untuk bayi dalam kandungan, surah untuk hamil, surah untuk ibu mengandung mp3

Berikut adalah surah-surah untuk ibu mengandung amalkan sepanjang proses kehamilan supaya mendapat bayi yang seperti kita inginkan. Doanya ringkas dan mudah dihafal, InsyaAllah. Surah-surah untuk ibu mengandung ini juga boleh dibaca oleh si bapa, lebih baik supaya ikatan antara anak dan ibu bapa sentiasa utuh terjalin.

1. Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

2. Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

3. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.

4. Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.

5. Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi
Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi.

6. Surah Yaasin
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

7. Surah Al-Hujurat
Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

8. Surah Luqman
Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati.

9. Surah Al-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.

10. Surah Al-Imran (Ayat 38)
Doa agar mendapat zuriat yang soleh dan solehah.

11. Surah Al-Imran (Ayat 8-9)
Doa memohon rahmat.

12. Surah Al-Imran (Ayat 192-194)
Doa memohon keampunan Allah.

13. Surah Ibrahim (Ayat 40-41)
Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

14. Surah Al-Baqarah (Ayat 128)
Doa agar anak patuh kepada perintah Allah.

15. Surah Al-Furqan (Ayat 74)
Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati.


Boleh highlight siap-siap dalam al-Quran masing-masing. Kalau macam Nur tampal sticky highlighter strip pada muka surat tertentu dan tulis sekali apa kelebihan surah tersebut. So bila nak baca boleh terus niatkan mengikut kelebihan surah itu untuk baby dalam kandungan kita. Sharing is caring kan.

15 surah amalan ibu mengandung, surah amalan ibu mengandung, surah amalan ibu mengandung menurut bulan, surah amalan ibu menyusu, surah amalan ibu mengandung youtube, surah amalan ibu hamil dalam islam, surah amalan ibu mengandung mp3, surah amalan untuk ibu mengandung, download surah amalan ibu mengandung mp3, buku surah amalan ibu mengandung, bacaan surah amalan ibu mengandung, surah yusuf untuk ibu mengandung mp3, amalan hamil rasulullah, surah yusuf untuk ibu mengandung dalam rumi, zikir untuk bayi dalam kandungan, surah untuk hamil, surah untuk ibu mengandung mp3

Tapi apa-apa pun, jangan hanya amalkan bacaan ayat-ayat suci ini ketika hamil sahaja sebaliknya jadikanlah ia sebagai amalan harian supaya hidup sentiasa mendapat keberkatanNya. Buat mereka yang sedang hamil, tahniah Nur ucapkan. Semoga dimudahkan urusan sebelum, semasa dan selepas bersalin ya.

15 Surah Amalan Ibu Mengandung 15 Surah Amalan Ibu Mengandung Reviewed by Decamellia on Wednesday, September 25, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. terima kasih nur atas perkongsian ni..boleh diamalkan sama ada yang hamil atau yang tak hamil atau yang tak akan hamil sampai bila2 (lelaki)...haha

    ReplyDelete
  2. Nice sharing=)

    Semoga dengan amalan membaca ayat-ayat ini beserta niat yg baik untuk bayi dalam kandungan, semua urusan dipermudahkanNya..amiinnn

    Red Linda ~ https://anakperak.com

    ReplyDelete
  3. Terima kasih berkongsi ilmu yang manfaat ini. Semoga ia akan memberi kebaikan, jika ramai mengamalkan nescaya puan dapat saham pahala, ini pelaburan tidak mengeluarkan modal. hehe

    ReplyDelete
  4. nice sharing.perkongsian yang menarik dan bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. banyak jugak untuk amalan harian ibu mengandung. Entah sempat nak baca semua entah tidak nak pulak kalau jenis mabuk teruk. Anyway thanks share

    ReplyDelete
  6. Bagus artikel ni. Amalan yang perlu diamalkan oleh ibu-ibu yang hamil. Semoga anak dalam kandungan menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya.

    ReplyDelete
  7. Surah maryam dgn yusuf tu dah Biasa dgr, yp yg lain2 tu belum lg..good info. Nice sharing.. InsyaAllah blh diamalkan. Terima kasih!

    ReplyDelete
  8. indahnya alQuran.
    jadikan amalan.
    terutama time pregnant.
    moga anak dlm rahim mendgr ibu dendangkan dgn alunan ayat alQuran.
    berdoa agar anak menjadi elok sempurna.
    in shaa Allah...

    ReplyDelete
  9. Tenkiu share amalan surah-surah ni. Semoga dengan amalkan membaca surah ni, bila bersalin nanti dipermudahkan urusan bersalin

    ReplyDelete
  10. Saya masa pregnant dulu ada jugak baca baca surah ni. Tapi tak selalu. Sebab masa pregnant dia punya dahsyat melepek, muntah, pengsan semua. Masa 6 bulan ke atas baru larat nak buat apa apa

    ReplyDelete
  11. Setuju... memang ia merupakan antara amalan yang sering dilakukan... masa preggy dulu pun alhamdulillah, ada juga la cari masa tapi teruk sangat alahan... sampai dah masuk OT pun dok muntah bagai lagi... alhamdulillah, semua4 dah selamat... thanks for the informative article ya...

    ReplyDelete
  12. thankyou. bags info ni. dalam pregnant ataupun tak regnant memang quran kena jadi amalan. paling malas alfatihah pun tkpe lah. tapi banyak surah pendek dapat kita amalkan. semoga ayat ayat quran itu menjadi pelindung dan nur bila kita di barzakh nanti.

    ReplyDelete
  13. Nice for sharing Nur.. Semasa mengandung memang bagus amalkan baca surah2 ni semua.. kita pun akan rasa lebih tenang kan..

    ReplyDelete
  14. Thanks sharing. Betul kata nur, jangan amalkan time mengandung sahaja. seeloknya rajinkan diri baca :)

    ReplyDelete
  15. Nice sharing Nur,

    Banyak rupanya Surah yang boleh diamalkan untuk Ibu yang hamil.

    Semoga zuriat yang dikandung menjadi saham akhirat untuk kita di akhirat kelak. InshaAllah. Aamiin3x

    ReplyDelete
  16. terima kasih Nur atas perkongsian..saya dulu masa pregnant pon amalkan surah2 pilihan tu..Insha Allah semoga kita semua terus istiqamah baca Alquran setiap hari.

    ReplyDelete
  17. Entri yg sangat bermanfaat. Nak kena bookmark ni, sbb boleh digunakan utk bakal isteri nnti. Doakan saya bertemu jodoh ya. Heehee

    ReplyDelete
  18. Sangat bermanfaat untuk para wanita especially yang hamil. Rajin2 amalkan. Ataupun pasang kat radio supaya terbiasa. Al-Quran kan banyak hikmahnya.

    ReplyDelete
  19. terima kasih atas perkongsan ini..memang alau org mengandung kena amalkan doa2 dan baca surah tertentu dlm quran,,,banyak ganjaran dan kebaikannya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.