Resepi Mudah Mee Hailam - DeCamellia

Resepi Mudah Mee Hailam


Resepi mee hailam, resepi mudah mee hailam, Resepi mee hailam cina, Resepi mee hailam daging, Resepi mee hailam seafood, Resepi mee hailam sedap, Resepi mee hailam mat gebu, Resepi mee hailam parit, Resepi mee hailam azie, Resepi mee hailam parit perak, Resepi mee hailam thai, mee hailam yang sedap, resepi mee hailam sedap giler, Resepi mee hailam simple, Resepi mee hailam melayu, Resepi mee hailam Sheila rusly, Resepi mee hailam viral, mee hailam ayam my resepi, Resepi mee hailam tanpa tepung agung, cara membuat mee hailam guna udang dan sotong, resepi mee ladna

Asalnya tak plan pun nak masak mee hailam. Ingatkan nak masak mee goreng aje. Tapi tetiba tekak nak makan sesuatu yang berkuah. Memandangkan bahan pun cukup lengkap nak buat mee hailam (versi Nur la), versi orang lain tak tahu macam mana. So, kasi masak lah mee hailam sebagai menu makan malam kami laki bini.

Nur memang selalunya masak petang. Tengah hari makan laa apa yang mengenyangkan. Kalau rajin, keluar tapau atau makan kat luar dengan Mardhiyah. Ada juga makan makanan semalamnya. Yela kadang kalau ada lebih, Nur simpan dalam esbok. Keesokan harinya, panaskan kat microwave, jadilah menu makan tengah hari Nur.

Macam gitula gaya surirumah yang cuba untuk tak membazir. Nur rasa bukan Nur sorang kut buat macam tu. Ada juga surirumah yang laun buat cara macam Nur. Tapi tak semua. Betul tak?

Panjang pula mukadimah. Jom lah usha resepi mee hailam versi Nur ni, yang pada mata kasar nampak macam beshe-beshe je. Tapi tak sangka suami boleh habiskan. Iyalah, masa suami nampak mee hailam dah terhidang atas meja, dia tegur Nur hidangkan banyak sangat untuk dia. Nur pun cakaplah, kalau tak habis takpe, nanti simpan dalam esbok Nur makan esok. Tapi tak sangka, habis suami Nur makan. Tak tahu lah tu sebab sedap atau sebab jaga hati. Hahahahahaha. Harap sebab sedap lah. Aduh, bebel lagi. Ok nah resepi. Ni resepi untuk 2 orang tau.

Resepi Mee Hailam (cara Nur)

Resepi mee hailam, resepi mudah mee hailam, Resepi mee hailam cina, Resepi mee hailam daging, Resepi mee hailam seafood, Resepi mee hailam sedap, Resepi mee hailam mat gebu, Resepi mee hailam parit, Resepi mee hailam azie, Resepi mee hailam parit perak, Resepi mee hailam thai, mee hailam yang sedap, resepi mee hailam sedap giler, Resepi mee hailam simple, Resepi mee hailam melayu, Resepi mee hailam Sheila rusly, Resepi mee hailam viral, mee hailam ayam my resepi, Resepi mee hailam tanpa tepung agung, cara membuat mee hailam guna udang dan sotong, resepi mee ladna
Antara bahan yang digunakan untuk masak mee hailam

KUAH
1 bawang besar*
3 bawang putih*
Kicap secukupnya
Sos tiram secukupnya
Black pepper sikit. Nur punya habis so guna yang brand Ajinamoto tu ha
Minyak bijan. Jangan letak banyak
Sayur ikut suka korang. Nur letak carrot, pak choy & tomato sikit
Haiwan yang korang suka (Nur guna udang & sotong)
Fish ball & fish cake
Tepung jagung
Cili (optional)

MEE
Mee kuning
Kicap sikit
Minyak bijan 4 5 titis


CARA BUAT KUAH:
  1. Tumbuk lumat bahan bertanda *
  2. Tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan kicap, sos tiram, black pepper dan minyak bijan.
  4. Bila dah mendidih, masukkan carrot dan batang sayur.
  5. Kemudian masukkan pula udang dan sotong, diikuti dengan fish ball dan fish cake.
  6. Perasakan kuah dengan garam secukupnya. Lepastu masukkan air tepung jagung sampai dapat kepekatan kuah yang korang suka.
  7. Last sekali masukkan daun sayur dan tomato. Tutup api terus.

CARA BUAT MEE:
  1. Basuh bersih mee.
  2. Masukkan mee dalam kuali yang panas, api sederhana ya.
  3. Masukkan kicap sedikit dan minyak bijan.
  4. Gaul sehingga rata dan sedikit kering.

Atau korang boleh uga tengok macam mana Nur masak mee hailam dalam Instagram Nur. Haa kalau dah tengok, jangan lupa follow Nur tau hehehehe.



Bila nak makan, hidangkanlah mee dengan kuah tu. Makan panas-panas sedapnya lahai. Dengan kuah extra pulak tu. Perghhhh nikmat. Kalau yang jenis suka pedas, boleh letak beberapa batang cili. Yela, bila pedas baru rasa ada kick sikit kan?

So ini lah cara buat mee hailam versi Nur. Versi korang pula macam mana? Meh cerita meh.... 
Resepi Mudah Mee Hailam Resepi Mudah Mee Hailam Reviewed by Decamellia on Saturday, September 28, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. memang makan masa tgh panas paling sedap. x sedar bertambah bermangkuk mangkuk.haha

    Suami saya rajin masak mee hailam ni. bini dia rajin makan jer. hehe

    tapi suami x guna black pepper sbb risau anak-anak kepedasan.tp still okay la rasa sedap, telan je la.haha

    Red Linda https://anakperak.com

    ReplyDelete
  2. Mee Hailam. Lama Sis tak makan. Nanti nak cubalah sebab dah ada resepi. Bahan-bahan pun dah ada. Sure bertambah anak-anak Sis makan.

    ReplyDelete
  3. Dah lama gak tak masak mee hailam. Kita biasa masak mee goreng hailam. Mee goreng tak pedas. Anak berderet gini memang masak menu anak-anak jer ... Senang cepat mudah. Mak pak nak pedas add cili sendiri.

    ReplyDelete
  4. Nampak menyelerakan gak... and baca caranya pun senang. T nak cuba n rasa masakan mee hailam cara Nur ni...

    ReplyDelete
  5. arr sedapnya. lama tak masak mee kat rumah. boleh cuba untuk lunch atau dinner weekend ni. thankyou awak sebab share resepi mudah.

    ReplyDelete
  6. Bestnya mudah giler buat mee Hailam hehehe kite kalau masak mee kuning kita akan gunakan Numee baru sedap wakakaka.. Tak apa nanti kita cuba resipi yang enak dan mudah ini ok...

    ReplyDelete
  7. Tak pnah masak.mee hailam. Bolehla cuba ni. Macam simple je

    ReplyDelete
  8. Ni memang feveret anak no.3. Senang jer rupanya nak masak hidangan ni. Paling penting kuah tu kena pekat lagi power hehe

    ReplyDelete
  9. Thank you for the recipe!
    Will try next time!
    ~
    looks easy too!

    ReplyDelete
  10. Saya suka letak daging. Hehe. Masak daging daging dulu. Biar air daging keluar. Tapi resepi ni pun sedap gayanya

    ReplyDelete
  11. Sedapnyerrssss... mee hailam memang merupakan antara makanana kegemaran saya... nampak mudah je bila tengok sis sediakan tu... boleh la cuba nanti...

    ReplyDelete
  12. simple je rupanya nk buat mee hailam ni. selalu beli je kat kedai pastu frust tak sedap. kalau buat sendiri boleh la rasa. nanti nak buat la. thank you share!

    ReplyDelete
  13. Sedapnya.. AM kalau mkn mee hailam mesti nak kena ada cili kicap.. Baru tambah terangkat n nikmat makan nya.. Tetiba terus rasa nak masak mee hailam juga la..

    ReplyDelete
  14. Tak peenh buat mee hailam lagi.. Boleh cuba ni.. Lama juga gak makn mee hailam.. Huishh.. Seriua selama ni makan mee karila.. Mee sup la.. Nampka ni nanti nak p kedai cati mew hailam la.. Hahaha

    ReplyDelete
  15. woww tak pernah lagi masak menu ni tapi, tengok resepi dan cara-cara penyediaannya tak la susah sangat. Selalunya saya tukang makan je.. hehe

    ReplyDelete
  16. okay, baca entri ni terus rasa lapar. nak buat mee hailam sendiri tak reti, nak kena order di kedai la nnti. haha saya ni bab memasak memang fail. apa2pun terima kasih atas resepi ni.lama jugak saya tak makan mee hailam.

    ReplyDelete
  17. Qiss pernah makan mee hailam tapi jarang nak masak sendiri. Nanti boleh Qiss cuba resepi ni. Nampak menyelerakan ๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete

Powered by Blogger.