Bakso Depan Klinik Kesihatan Masai Port Makan Bakso Yang Confirm Sedap - DeCamellia

Bakso Depan Klinik Kesihatan Masai Port Makan Bakso Yang Confirm Sedap


Hye assalamualaikum semua.....

Nak sembang santai je hari ni. Nak cerita pasal bakso sedap yang memang jadi kegemaran Nur tiap kali balik Masai jenguk mak ayah. Kalau yang tak tahu Masai tu kat mana, meh laaa Nur cakap sikit. Masai ni zon sebelah Pasir Gudang. Haaaa yang selalu kecoh pasal pencemaran bahan kimia tu. Haaaa Masai ni kampung sebelah dia tula. Apa-apa jadi dekat Pasir Gudang, Masai juga dapat tempiasnya. Ala-ala cubit peha kanan, peha kiri juga terasa. Gitew la hahaha.

Ok balik pasal bakso, ceritanya berbunyi begini......

Tiap kali balik Masai (rumah mak ayah) Nur memang tak tinggal makan bakso dekat depan Klinik Kesihatan Masai. Nampak cokya je kedai dia tapi dia punya bakso padu beb! Suka betul dengan kuah sup dia. Cukup rasa sungguh. Tak kedekut.

Bakso masai, bakso klinik kesihatan masai, bakso depan klinik masai, bakso klinik masai, masai johor, bakso beranak masai, bakso masai jalan sekolah kampung sepakat masai johor, jdt blogger, port makan bakso sedap, bakso johor, bakso original, klinik kesihatan masai

Tahu kan kuah bakso ni sangat memainkan peranan dalam kesedapan bakso. Sebab tu Nur mention pasal kuah sup dia. Soal lain seperti mee dan bebola daging tu biasa. Melainkan tuan kedai buat daging homemade. Markah lebih Nur kasi.

So haritu Nur balik Masai berdua dengan Mardhiyah, sampai je rumah terus suruh mak dan adik bongsu Nur siap-siap. Gian betul nak makan bakso depan Klinik Masai. Alhamdulillah, dapat juga makan dengan cuaca yang panas juga masa tu. Fuh berpeluh makan. Seronok dapat hirup kuah dia yang sedap tu. Seronok lagi kalau makan time sejuk. Asyukkkk je rasa.

Bakso masai, bakso klinik kesihatan masai, bakso depan klinik masai, bakso klinik masai, masai johor, bakso beranak masai, bakso masai jalan sekolah kampung sepakat masai johor, jdt blogger, port makan bakso sedap, bakso johor, bakso original, klinik kesihatan masai

Tuan kedai pun tak kedekut kuantiti tau. 1 mangkuk tu makan sorang memang mengah nak habiskan. Bertambah mengah bila terlebih letak sambal. Fuh berapi termengah-mengah tak cukup nafas nak habiskan.

Bakso masai, bakso klinik kesihatan masai, bakso depan klinik masai, bakso klinik masai, masai johor, bakso beranak masai, bakso masai jalan sekolah kampung sepakat masai johor, jdt blogger, port makan bakso sedap, bakso johor, bakso original, klinik kesihatan masai
Mak dan adik bongsu khusyuk menikmati bakso

Nur pulak order bakso special. Ada 2 biji bebola daging saiz besar. Puas sangat makan! Beza dengan bakso biasa adalah kuantiti bebola daging. Kalau bakso special ada 2 biji bebola daging besar dan 3 biji bebola daging biasa. Manakala bakso biasa ada 1 biji bebola daging besar dan 3 biji bebola daging biasa.

Bakso masai, bakso klinik kesihatan masai, bakso depan klinik masai, bakso klinik masai, masai johor, bakso beranak masai, bakso masai jalan sekolah kampung sepakat masai johor, jdt blogger, port makan bakso sedap, bakso johor, bakso original, klinik kesihatan masai
Bakso special RM 6.00 je guys

Oh ya, selain bakso ada juga jual makanan lain seperti nasi lemak dan bubur. Dua makanan ni mungkin ada peniaga lain yang menumpang hasil air tangan mereka di kedai bakso sedap ni.

Bagi yang nak juga rasa kesedapan bakso depan Klinik Masai ni, boleh laa datang ke sini.

Alamat : 66, Jalan Sekolah, Kampung Sepakat, 81750 Masai, Johor
Location : https://maps.app.goo.gl/1w76FyPNaKcnGwaf6

Bakso Depan Klinik Kesihatan Masai Port Makan Bakso Yang Confirm Sedap Bakso Depan Klinik Kesihatan Masai Port Makan Bakso Yang Confirm Sedap Reviewed by Decamellia on Thursday, September 05, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Waaa nanti boleh try ni...Sis ada nampak, cuma tak pernah try hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh sis sesekali makan tepi jalan. Asik makan kt hotel je ๐Ÿ™ˆ

      Delete
  2. lama sudah saya tidak makan bakso ini..

    mudahan ada rezeki yang melimpah ruah untuk saya makan bakso dan belanja orang makan bakso tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. In shaa Allah. Moga Allah permudahkan niat murni tuan ๐Ÿ˜Š

      Delete
  3. glad you sharing yummy food here, can let my bro in law to know he often go JB to work. So for us long time no go JB but if we have chance shall put this in list!

    ReplyDelete
  4. Sedap bakso kalau isi dia banyak.. Lama x makan bakso, terliur plak rasa.. Nak kena cari ni.. Kalau dekat leh gak terjah situ. Ini dok jauh... Telan air liur je la hehehe

    -Linda Sabri - https://anakperak.com

    ReplyDelete
  5. Lamanya ndak makan bakso sedap .. Besarnya bebola daging tu, puas hati la makan..

    ReplyDelete
  6. My fav bakso ni..boleh cuba ni kalau pergi sana nanti..

    ReplyDelete
  7. Sedap dan terasa lapar melihat gambar sahaja. Terima kasih tempat ini, jika ada kelapangan masa.Ingin Naim ke sana

    ReplyDelete
  8. alahai sedapnya. bakso ni kalau di kelantan macam mee celup lah gamaknya. bebola dia besar nau. sedap nampak.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi try Bakso, takde kedai Bakso pun area rumah sini haha tapi nampak sedap, kena try sekali ni

    ReplyDelete
  10. Wah. Nampak menyelerakan la. Teringat bakso2 dekat indon dulu. Nak pergi sini, johor ye. Kalau dekat dh serbu sekarang jugak ni ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  11. nampak kedai ni simple jer..tapi x sangka...sedap giler rupanya masakan dia ya..saya bukanlah peminat bakso...tapi bolehlah cuba kalau ianya memang sedap

    ReplyDelete
  12. Aduhhh kalau dekat ni memang dah pergi serbu dah. Suka sangat makanan bersup. Tu yang minat sangat bakso.lagipun ada darah indonesia

    ReplyDelete
  13. Bestnya org Johor dapat mkn bakso sedap dan berbaloi ni๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  14. Fuhhh..menarik sungguhla bakso tu. Cam dah lalu je kat tekak ni ha.. Ada peluang nanti nak singgah la mana tau satu hari nanti ke Masai

    ReplyDelete

Powered by Blogger.