Pada 7 Mac lalu, 1400 pelajar daripada dua buah sekolah di Pasir Gudang, Johor telah diarah untuk mengosongkan sekolah mereka lantaran terdapat beberapa orang pelajar pengsan akibat terdedah kepada gas berbahaya yang datang daripada sisa pembuangan bahan bertoksik di Sungai Kim Kim.



Antara bahan kimia yang dikesan ialah:
  • Metana
  • Hidrogen Klorida
  • Benzen
  • Acrylonitrile
  • Acrolein
Sumber : The Star
Sehingga hari ini, kira-kira 13 buah sekolah telah diarahkan tutup oleh kerajaan negeri Johor dan jumlah mangsa bertambah kepada 308 orang termasuk pelajar, staf sekolah, dan juga penduduk di kawasan berhampiran Sungai Kim Kim.

Disebabkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, ratusan orang termasuk murid serta pelajar sekolah terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Malah, ada yang bertarung nyawa dalam ICU (Unit Rawatan Rapi)!
- Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Berikutan itu, disini terdapat 5 nasihat kepada orang ramai ekoran kejadian malang ini:

1) Dapatkan rawatan segera sekiranya ada gejala masalah pernafasan seperti tekak pedih, pedih mata dan sesak nafas.

2) Jauhi kawasan tersebut jika terdapat rengsa pada mata dan hidung.

3) Hubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan jika masih ada terhidu bau kimia yang tidak menyenangkan.

4) Mandi setelah balik dari keluar rumah bagi mengelakkan sisa bahan kimia tiada lagi di pakaian atau anggota badan.
5) Baju yang digunakan apabila keluar rumah hendaklah dibasuh berasingan.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Musibah dan ujian yang melanda kawasan Pasir Gudang yang agak membimbangkan ini telah membuatkan suasana bimbang dan ketakutan menyelubungi kebanyakan warga Pasir Gudang. Semoga setiap ketakutan dan kebimbangan kita menjadikan kita lebih bergantung harap pada Allah SWT, yang Maha Penyembuh. Sama-samalah kita #prayforPasirGudang.

0 Comments