Pengalaman Ngeri Anak Sawan Demam Panas - DeCamellia

Pengalaman Ngeri Anak Sawan Demam Panas

Pengalaman ngeri anak sawan demam panas, sawan demam panas, sawan tarik demam panas, sawan akibat demam panas, punca sawan tanpa demam, cara menghilangkan sawan, rawatan kecemasan sawan, sawan bayi baru lahir, fakta tentang sawan demam panas, apakah sawan demam panas, bagaimana mengenali sawan demam panas, bolehkah sawan demam panas dicegah, bagaimana cara untuk mengurangkan demam, apa perlu dibuat sekiranya sawan berlaku, sawan demam panas merosakkan otak


1 Mac 2019
Usai solat Maghrib, cepat-cepat bersiap untuk ke klinik. Badan Mardhiyah panas lain macam dari petang. Pagi tadi ok pulak. Naik turun suhunya. Ngam-ngam lepas daftar nama, Mardhiyah tunjuk reaksi pelik. Tiba-tiba mata pandang atas. Tangan dah start nak kejang. Terus cakap dengan staf klinik, badan anak dah kejang. Doktor panggil masuk bilik spare kat belakang, sebab bilik doktor ada patient lain.

Dalam suasana yang agak cemas tu, doktor cuba sebaiknya untuk beri rawatan kecemasan. Time ni Nur menangis dah. Allahu. Tak pernah nampak anak yang ceria, yang aktif jadi macam ni. Mardhiyah kaku dalam kekejangan. Tak keluar suara pun.  Mardhiyah dingiringkan. Tuala good morning dibasahkan. Doktor jelum badan dan kepala Mardhiyah. Doktor juga masukkan 'ubat bontot' untuk redakan suhu badan. Lepas beberapa minit, Mardhiyah sedar. Sedikit demi sedikit Mardhiyah keluarkan suara dan menangis sayu. Allahu peritnya hati ni dengar anak nangis macam tu.

Doktor suruh pergi hospital terus. 4 perkara yang doktor suruh bagi tahu pihak hospital:
1) Suhu Mardhiyah masa sampai klinik 39.3°C
2) Mardhiyah kejang selama 3 minit
3) Tunjukkan doktor macam mana bentuk kejang Mardhiyah
4) Bagi tahu jenis ubat bontot yang doktor kasi Mardhiyah

Klinik yang kami pergi tu Klinik Nora di Taman Sri Kluang. First time pergi klinik ni, sebab klinik yang biasa kami pergi tutup dan klinik ni je yang berdekatan dengan area rumah kami. Doktor sangat baik dan lemah lembut. Beliau suruh pergi klinik cepat-cepat. Beliau kata servis, tuala good morning, bekas isi air dan ubat bontot yang diberi Mardhiyah tu sedekah. Allahuakbar. Terharu sangat.

Sepanjang perjalanan ke hospital, Mardhiyah menangis sayu je. Time ni pulak suami bawa kereta slow tak macam biasa. Sempat juga bermonolog, kenapa laki aku tak bawa kereta laju macam biasa? Time genting ni lah dia drive slow, hilang skill 'Fast Furious' cilok sana sini. Tapi bila difikirkan, mungkin dia pun tengah blur, tak sangka Mardhiyah jadi macam ni. Fikiran mungkin agak melayang so better drive slow. Takpelah, biar lambat asal selamat.

Sampai je Hospital Besar Enche Hajjah Kalsom (hospital kerajaan Kluang) terus ke bahagian emergency, masuk zon merah terus. Lepas kena interview sikit, doktor minta untuk baringkan Mardhiyah. Maka bermulalah proses nak masukkan jarum (branula). Mardhiyah diuji. Medical staff tak jumpa urat, baik tangan mahupun kaki. Mardhiyah nangis kuat, meronta kesakitan. Allahu. Laju air mata ni keluar tak hirau dah doktor dan nurse tengok. Sedih sangat bila anak diperlakukan begitu. Cucuk sana sini untuk cari urat tak jumpa-jumpa, tapi syukur akhirnya jumpa juga. Itupun bila dah cucuk kat kaki kiri untuk kali ke 2. Tak pernah tau tengok Mardhiyah nangis meronta macam tu. Allahuakbar. Tak mampu dah nak tahan air mata. Sedih sangat. Rasa bersalah sangat. Disebabkan kealpaan diri sendiri, anak jadi mangsa.

branula, Pengalaman ngeri anak sawan demam panas, sawan demam panas, sawan tarik demam panas, sawan akibat demam panas, punca sawan tanpa demam, cara menghilangkan sawan, rawatan kecemasan sawan, sawan bayi baru lahir, fakta tentang sawan demam panas, apakah sawan demam panas, bagaimana mengenali sawan demam panas, bolehkah sawan demam panas dicegah, bagaimana cara untuk mengurangkan demam, apa perlu dibuat sekiranya sawan berlaku, sawan demam panas merosakkan otak
Akhirnya, dapat juga cucuk branula

Nak tau apa kesalahan yang Nur buat?
1) Nur tak bagi Mardhiyah ubat demam dengan betul. Bila Mardhiyah menangis bila di bagi ubat, lepas tu muntah dengan banyak, terus hati ni tawar nak bagi makan ubat.
2) Nur tak jelum badan Mardhiyah betul-betul. Sebab Mardhiyah tak suka. Dy nangis bila kita jelum. Sekali sekala je jelum.
3) Nur tak beli thermometer yang baru. Ngam-ngam Mardhiyah demam, thermometer rosak pulak. Nak keluar pergi beli malas. So tak dapat monitor suhu dengan betul. Setakat rasa pakai tangan je.

Teruk kan perangai? Padahal 3 perkara tu sangat-sangat penting untuk dititikberatkan bila anak demam. Allahuakbar. Menyesal tiada guna! Mardhiyah sawan akibat suhu tinggi. Dan suhu tinggi tu akibat kesalahan Nur sendiri.

Maka bermulalah percutian kami di 'hotel 5 bintang' yang super duper murah ni. Record baru. Mardhiyah tak pernah nangis lama-lama. Malam dia sawan tula nangis punya lama dari 8pm sampai ke 11pm nak tidur tu. Huhu sampai tersedu sedan dibuatnya. Trauma terus. Pantang nampak mana-mana medical staff datang dekat, terus dia start nangis sayu. Kesian anak solehah sorang ni.

Nak senang kerja tidurkan anak, ibu montel ni masuk katil budak

Alhamdulillah hari ke 3 Mardhiyah dah boleh discharge. Itupun bila Nur buat muka confident boleh monitor demam Mardhiyah kat rumah. So doktor pun bagi kebenaran untuk discharge since Mardhiyah punya suhu dah turun cantik. Takdelah macam hari-hari sebelum ni, naik turun suhunya. Lepas dah tahu dapat discharge, cepat-cepat kemas barang. Padahal belum dapat surat lagi tu. Semangat lah katekan. Hehehe

Bila nurse dah tanggalkan branula, happy betul Mardhiyah dapat bebas jalan-jalan. Habis di tawaf nya satu ward tu. Tapi tak pakai kasut sebab suami Nur lupa bawa kasut Mardhiyah. Sebelum balik, pihak hospital bekalkan ubat demam dan antibiotics. Tapi beberapa hari lepas on antibiotics, muka dan badan Mardhiyah naik ruam. Stop terus. Hasihhhh. Ni dah antibiotics ke 3 Mardhiyah allergy. Mujur ada balm Skeenz, cepat je baik ruam allergic tu. KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT BALM SKEENZ :)

Tengok lah tu happy dapat bebas
Petang dalam jam 6 petang kami keluar dah dari hospital. Terus balik rumah. Tukar baju kami 2 beranak, terus keluar semula menuju ke surau untuk solat maghrib. Usai solat maghrib, pergi isi perut. Kepala otak terbayang ayam goreng je. Apa lagi. Terus serbu KFC. Alhamdulillah sedap sampai menjilat jari.

Tapi, pengalaman ngeri anak sawan demam panas tak habis dekat situ je. Time nur tengah taip cerita ni, Mardhiyah demam lagi. Hari ni nak masuk seminggu dah Mardhiyah demam. Siap package batuk pulak tu. Allahu. Selera makan pun kelaut. Sedih tau bila anak tolak makanan kita masak.

Oh ya. Kalau korang nak tahu (patut tahu sbenarnya) fakta-fakta yang penting mengenai sawan demam panas, korang boleh BACA DEKAT SINI :)

Btw, terima kasih korang sudi baca kisah tak seberapa ni. Nur share supaya korang jangan buat kesilapan yang Nur dah buat. In shaa Allah, setiap hari adalah proses pembelajaran untuk kita. Lagi-lagi untuk orang yang baru setahun jagung pegang jawatan 'ibu'. Moga kita tak pernah mengalah untuk jadi ibu hebat ya.

Assalamualaikum :)
Pengalaman Ngeri Anak Sawan Demam Panas Pengalaman Ngeri Anak Sawan Demam Panas Reviewed by Decamellia on Friday, March 29, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.