5 CONTENT VIDEO MARKETING YANG POWER - DeCamellia

5 CONTENT VIDEO MARKETING YANG POWER

Dunia bisnes pada tahun 2019 tidaklah lagi sama seperti pada tahun-tahun sebelum ini. Para peniaga online tak boleh lagi terlalu bergantung harap pada social media semata (especially Facebook dan Instagram). Ini adalah kesalahan utama para peniaga online kini. Kita disarankan untuk perlbagaikan channel bisnes kita, sama ada offline mahupun online. Tetapi tidaklah bermaksud dah tak boleh guna medium FB ataupun IG langsung ya.

Baru-baru ni Nur menghadiri Seminar Video Impact Marketing oleh Tuan Ubaidullah Jaafar bersama team-nya (Mastery Success Recources) di UTHM, Parit Raja, Johor. Tuan Ubai sendiri telah mengatakan permainan bisnes pada tahun 2019 adalah VIDEO. Ya, video. Dengan menggunakan video sebagai platform marketing, kita dapat meningkatkan engagement dan mengurangkan kos pengiklanan. 

KENAPA PERLU BUAT VIDEO MAKETING?



Ini adalah salah satu usaha kita untuk menjadikan seorang stranger kepada customer kita dengan lebih berkesan berbanding penggunaan gambar. Dengan membuat video marketing, kita dapat membina trust yang lebih baik antara kita dengan prospek, dan seterusnya akan menjadikan prospek yang kita tidak kenali itu kepada pelanggan yang berjaya kita closed sale. Ini dipanggil Customer Journey. 

So, korang nak tau tak apa tips nak buat video yang dapat beri impak kepada bakal pelanggan kita?


APA PERLU ADA DALAM VIDEO MARKETING?

1) Headline (Tajuk)
  • Tips yang releven
  • Gunakan nombor. Contoh : "7 Tips Nak Kurus Tanpa Perlu Berlapar"
  • Highlight keypoint dalam tajuk 
2) Content (Isi)
  • Susunan bernombor
  • Ayat related dengan gambar 
3) Recommendation (Cadangan)
  • Cadangkan produk kita. Contoh : "Nak try guna Set Kurus XYZ?"
  • Letak gambar atau video produk, kemudian tulis "memperkenalkan Produk XYZ"
  • Senaraikan kelebihan produk
4) Testimonial
  • At least 1 testimoni. Sebelum tu, tulis "Apa mereka kata?"
5) Call To Action (CTA)
  • Contoh : "Berminat? Whatsapp 010-9898778"

Tapi copppp!! Nak buat video ada pantang larangnya tau. Apa dia tu?

1) Durasi video terlalu panjang. Paling ok 1 minit ke 2 minit
2) Jangan terus kenalkan produk. Share content dulu. *Guidline : 80% info, 20% produk
3) Jangan bagi harga dalam video
4) Jangan gunakan ayat yang terlalu panjang
5) Tiada CTA

Antara apps yang boleh kita guna untuk buat video yang menarik dan FREE adalah:
  • Lumen 5 (disarankan guna laptop)
  • Quik (Phone android)
  • Splicer (Phone android)
  • imovie (iPhone user)
Ini sahaja yang Nur dapat kongsikan. Jika ada apa-apa pertanyaan boleh tinggalkan komen ya :)

5 CONTENT VIDEO MARKETING YANG POWER 5 CONTENT VIDEO MARKETING YANG POWER Reviewed by Decamellia on Monday, March 11, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.