Ticker

6/recent/ticker-posts

6 Fakta Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Sawan Demam Panas

sawan demam panas, sawan tarik demam panas, sawan akibat demam panas, punca sawan tanpa demam, cara menghilangkan sawan, rawatan kecemasan sawan, sawan bayi baru lahir, fakta tentang sawan demam panas, apakah sawan demam panas, bagaimana mengenali sawan demam panas, bolehkah sawan demam panas dicegah, bagaimana cara untuk mengurangkan demam, apa perlu dibuat sekiranya sawan berlaku, sawan demam panas merosakkan otak

"B, tolong!! Anak tengah kejang ni", terpacul jeritan kecil seorang isteri kepada suaminya.


Sawan sering berlaku ketika kanak-kanak demam.  Orang melayu kata ‘demam tarik’ ataupun istilah perubatannya dipanggil sebagai FEBRILE SEIZURE. Orang kita panggil sebagai demam tarik kerana sawan itu berlaku ketika kanak-kanak itu sedang demam dan pergerakkannya seolah menarik sesuatu benda.

Sawan adalah sebuah kondisi di mana kanak-kanak tersebut mengalami kekejangan akibat suhu badan yang terlalu tinggi iaitu melebihi 40°C. Berikut merupakan perkara yang masyarakat (terutamanya ibu bapa) perlu tahu tentang Sawan Demam Panas.


1. Apakah Sawan Demam Panas?
Suhu badan kanak-kanak meningkat dengan lebih mudah, cepat dan lebih tinggi daripada orang dewasa. Kenaikan suhu badan mungkin menyebabkan sawan dan ini dipanggil 'Sawan Demam Panas'. 1 daripada 30 orang kanak-kanak di bawah umur 6 tahun mengalami sekurang-kurangnya sekali sawan demam panas.



2. Bagaimana Mengenali Sawan Demam Panas?
Kanak-Kanak akan menunjukkan sebahagian atau kesemua daripada ciri-ciri berikut:

  • Badannya terasa panas
  • Badan, kaki dan tangannya tegang
  • Kaki dan tangannya mungkin bergoncang tanpa rangsangan
  • Dia mungkin jatuh dan mencederakan dirinya
  • Mulutnya berbuih dengan ludah
  • Dia terbuang air kecil atau besar
  • Dia akan tidur atau tidak sedar beberapa ketika
  • Apabila terjaga dia akan bingung

3. Bolehkah Sawan Demam Panas dicegah?
Ya, ia bileh dicegah sekiranya demam anak anda dapat dikurangkan.



4. Bagaimana Cara Untuk Mengurangkan Demamnya?
  • Tanggalkan bajunya
  • Lapkan badannya dengan air biasa. Jangan gunakan air sejuk atau ais
  • Berikan ubat demam (paracetamol) mengikut dos yang berikut:
- Umur kurang dari 2 tahun, 5ml setiap 4-6 jam
- Umur lebih dari 2 tahun, 10ml setiap 4-6 jam

  • Jangan selimutkan anak anda dengan selimut yang tebal
  • Kipas angin boleh digunakan pada jarak yang dekat, tetapi jika anda menggigil, tutupkan kipas tersebut
  • Sekiranya demam anak anda berlarutan atau anak anda bertambah sakit, bawa berjumpa doktor
  • Boleh juga ikhtiar untuk menurunkan suhu badan anak dengan menggunakan Balm CF-RUB yang mengandungi essential oils seperti lemon, sweet orange, eucalyptus, cypress dan juga tea tree. KLIK SINI NTUK INFO LANJUT BALM CF-RUB

5. Apa Yang Patut dibuat Sekiranya Sawan Berlaku?
  • Baringkan anak anda ditempat yang selamat
  • Baringkan anak secara mengiring dengan kepalanya diarahkan ke satu sisi untuk mengelakkan dari tercekik
  • Longgarkan pakaiannya di leher dan di dada
  • Jangan masukkan benda di dalam mulutnya
  • Telefon doktor anda atau dail 999 dan minta perkhidmatan ambulans
  • Jika anda seorang sahaja, jerit minta pertolongan, tetapi jangan tinggalkan anak sendirian

6. Bolehkak Sawan Demam Panas Merosakkan Otak?
Jarang sekali. Rawatan awal, betul dan tepat dalam mengawal demam atau menamatkan sawan akan mengurangkan lagi risiko ini. Ingat! Sawan demam panas boleh dicegah dengan mengawal demam anak anda.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .



Kepada ibu bapa yang anaknya pernah mengalami sawan demam panas, Nur harap inf ini bermanfaat buat kita semua. Moga dengan info ini, kita dapat tolong anak kita sendiri untuk mengelakkan sawan daripada berlaku. Sejujurnya, tidak ada ubatan atau kaedah yang didapati betul-betul berkesan untuk mencegah sawan demam dari berulang. Tapi kita sudah tahu apa yang sepatutnya kita lakukan. Kalau tak yakin boleh handle anak sawan, rujuklah mereka yang lebih arif dan pakar dalam bidang ini.

Post a comment

1 Comments

  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete