Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Daging Masak Kicap Sedap Versi Pemalas

resepi daging masak kicap, resepi senang daging masak kicap, aneka resepi masakan daging, daging masak kicap pedas, daging masak kicap sedap, daging masak kicap mudah, daging masak kicap kentang, daging masak kicap berkuah, daging masak kicap ada sayur, daging masak kicap viral
Daging Masak Kicap Sedap Versi Pemalas


Nak dijadikan cerita, tak plan pun nak masak daging masak kicap. Tapi mengenangkan itu adalah menu yang mudah dan tekak pun teringin juga, Nur pun prepare bahan-bahan yang nak digunakan. Tengah-tengah tumis bawang, tetiba mood malas tu datang. Malas nak masak sayur. Terus idea datang nak humban sayur yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam daging kicap.

Maka, terhasil lah DAGING KICAP VERSI PEMALAS.....

Tak susah pun nak masak daging kicap sebenarnya. Ni pun, selama 2 tahun usia perkahwinan kami, Nur first time masak daging masak kicap. Tapi yang bestnya suami Nur puji. Eh perasan. Padehal, dia komen aje. Dia kata, rasa daging kicap yang Nur masak ni macam rasa daging kicap yang biasa makan kat catering. Catering mana pun Nur tak tahu lah. Nur iya kan aje. Hahahahaha. 

Ok jom layan resepi Daging Kicap Versi Pemalas yang mudah tapi sedap sampai boleh bukak bisnes catering agitchewww!

Resepi Daging Masak Kicap Versi Pemalas
(cara Nur) untuk 2 orang makan

resepi daging masak kicap, resepi senang daging masak kicap, aneka resepi masakan daging, daging masak kicap pedas, daging masak kicap sedap, daging masak kicap mudah, daging masak kicap kentang, daging masak kicap berkuah, daging masak kicap ada sayur, daging masak kicap viral
Bahan utama yang disediakan.
Masa ni carrot dengan kacang panjang belum masuk list lagi

Bahan:
Daging secukupnya
1 1/2 bawang besar
5 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai (titip)
4 sekawan
1 SB lada kisar
2 SB sos cili
1 SB sos tiram
Kicap manis secukupnya
Kentang
Carrot
Kacang panjang
Tomato
Cili hijau

Cara:
1. Rebus daging terlebih dahulu. Air rebusan simpan. Kalau korang guna daging batang pinang, tak perlu rebus pun boleh. Tapi nanti masak dagingnya lama sikit lah sampai daging empuk.

2. Goreng kentang yang dah potong memanjang macam Cheezy Wedges KFC tu dan toskan.

3. Mayang halus 1/2 bawang besar (lagi 1 biji bawang besar potong bulat untuk accessories nanti), bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.

4. Masukkan serai dan 4 sekawan.

5. Masukkan lada kisar, sos cili dan sos tiram. Gaul rata.

6. Masukkan pula air rebusan daging dan kicap secukupnya sampai korang dapat warna gelap yang korang suka dan gaul rata.

7. Lepastu boleh masukkan carrot dan daging yang dah rebus tu. Kalau korang suka kuah banyak dan banjir, sila tambah air secukupnya ya.

8. Bila dah sebati semuanya, masukkan accessories lain seperti bawang besar yang dah potong bulat, kacang panjang, cili hijau, tomato dan kentang. Gaul rata.

9. Bila dah cukup masak semuanya, tutuplah api.

resepi daging masak kicap, resepi senang daging masak kicap, aneka resepi masakan daging, daging masak kicap pedas, daging masak kicap sedap, daging masak kicap mudah, daging masak kicap kentang, daging masak kicap berkuah, daging masak kicap ada sayur, daging masak kicap viral
Accessories daging masak kicap. Meriah kan?
Eh. Korang jangan lupa perasakan dengan garam & gula secukupnya tau. Kalau rasa kurang pedas, tambah lah lada kisar. Kalau rasa nak lagi pekat kuahnya, tambah lah lagi sos cili & sos tiram. Pandai-pandai lah adjust ikut selera korang ya.

resepi daging masak kicap, resepi senang daging masak kicap, aneka resepi masakan daging, daging masak kicap pedas, daging masak kicap sedap, daging masak kicap mudah, daging masak kicap kentang, daging masak kicap berkuah, daging masak kicap ada sayur, daging masak kicap viral
Lihatlah kemeriahan daging masak kicap sedap versi pemalas ni.
Ada orang kata versi pemalas pun meriah rupa dia tau!

Senang tau bila dah cukup semua dalam 1 lauk. Ni boleh buat bila korang nak makan sedap tapi nak senang masak. Memang meriah rupa menu ni. Kalau jenis dah biasa makan 1 lauk, maybe rasa biasa jela. Tapi yang dah biasa makan 3 4 lauk, rasa lain sikit lah. Yela, biasa penuh meja makan. Ini, kosong je 1 menu. Pelik sikit laaa. Tapi apa-apa pun asalkan kenyang, yedak?

resepi daging masak kicap, resepi senang daging masak kicap, aneka resepi masakan daging, daging masak kicap pedas, daging masak kicap sedap, daging masak kicap mudah, daging masak kicap kentang, daging masak kicap berkuah, daging masak kicap ada sayur, daging masak kicap viral
Haa kita kasi zoom sikit.
Terliur tak? Kalau terliur, pergi masak cepat..!!

Ok lah, semoga resepi yang Nur share ni bermanfaat ya. Selamat mencuba ya korang!


Post a comment

44 Comments

  1. Walaupun nampak simple, Naim dah terliur walaupun gambar sahaja. Terima kasih sudi berkongsi resepi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 yang simple tu lah yang menarik selera sampai tertarik senduk nak tambah nasi hehehe. Terima kasih juga naim :)

      Delete
  2. aduhai,sedap nyer. Aida kerap buat masak kicap. Just bukan daging. More to ikan & telur. Anak2 tak makan sgt daging,Nur. Pastu Nur letak kentang. Wow. Terbaik. Complete.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laaa kita ni aida. Jarang makan daging. Biasa ikan, ayam & telur. Tapi kadang2 nak juga makan daging kan? HIHI :)

      Delete
  3. Ni versi rajin ni..tq share resepi 😁
    https://abamkoriee.com/

    ReplyDelete
  4. versi malam ni la yang kadang-kadang sedap tau. Kalau saya masuk kicap je.. haha.. lagi malas kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha malas nk masak sayur sebenarnya. tu yg versi malas campak sayur dlm ni :)

      Delete
  5. resepi malas tapi sedap. dapat pulak makan dengan nasi putih panas-panas fuh mesti habis licin. sesuai sangat la untuk orang bujang macam BBL try resepi mudah ni.. main campak-campak je

    ReplyDelete
  6. Dalam mood 'malas' pun dah nampak sedap, belum lagi masak dalam mood 'rajin'

    Nanti share la pulak resepi daging masak kicap versi rajin 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha versi rajin ek. special punya lah gitu :)

      Delete
  7. Simple tapi sedap kan. Saya pun suka buat masak kicap ni sebab menu paling senang dan yang penting boleh buh sayur sekali. So tak yah la nak masak 2-3 jenis lauk.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn. tu yg nur campak sayur dlm ni. itu psl nama dy versi malas :D

      Delete
  8. Walapun bahan-bahan simple tapi memang nampak sedap. Ni bukan pemalas ni. Ni rajin dah cuma bahan-bahan simple. Takpe simple janji sedap...nyummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe tukar nama la ni? simple tapi sedap hehehehehe :)

      Delete
  9. Wahhh tempting la menu ni. Simple tapi boleh bertambah ni. Nanti cuba masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak tempting juga laaa. lagi yg suka mkn mcm nur ni. hahahaha angkat bakul masuk sendiri ya? hahahahaha :D

      Delete
  10. aduhai menyesal tengok..kan dah terliur malam2 gini. nak cari daging la esok, pastu masak kicap ikut resepi ni. nampak sedap sgt

    ReplyDelete
  11. Akak kalau dah nama resipi masak kicap sedap tak pemalas ni kira rajin lah boleh masak sesedap tu dan mudah caranya nak cuba juga lah hehehe lama tak masak...

    ReplyDelete
  12. Lebih kurang sama resepi Liez punya cuma sayur tu je lain. Memang fav buat masak kicap untuk anak-anak. Favourite menu diaorg. Lagipun mudah nak disediakan dan bahan-bahan mmg dah ada dalam fridge

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu liez. bahan mudah. hasil pun boleh tahan :)

      Delete
  13. Sedapnyaaa! Nad setakat ni belum pernah masak lagi untuk husband huhu. Dah nak dekat sebulan kawin ni duk berehat jee. Kalau dapat masak daging pun nice juga kan. Nampak simple tapi kalau Nad buat taktau la jadi ke tak T_T

    ReplyDelete
  14. Ni bukan masakan pemalas ni hahahah. Sebab kesedapan di mmg ketara. Suka tenagok masakan simple2 macam ni sbb rasanya mmg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha in shaa Allah laaa terbaik rasanya. ni daging qurban banyak. boleh laa buat lagi

      Delete
  15. Selalunya buat ayam masak kicap je, tak pernah try lagi buat daging masak kicap. Nak cuba buatlah. Thank you untuk resipi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buatlah mira. sedapppp tau. hehe sama2 :)

      Delete
  16. Lama dah tak masak daging masak kicap, anak lebih suka ayam masak kicap dari daging so kita ikutkan je le selera dia, kang masak lain kurang lak dia makan. Tengok resepi ni rasa nak buat le pulak..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelaa, ayam kan kegemaran ramai. Nur pun suka mkn ayam. Cuma sekali sekala tu teringin nk mkn daging 😊

      Delete
  17. lama tak masak daging , kena simpan resepi nih sebab nak buat masa raya haji nanti ...walaupun simple tapi nampak sedap ...boleh ajar anak dara masak macam nih jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa, raya qurban hr tu mst dpt daging kn? Blh la try resepi ni 🙈

      Delete
  18. Waaa nampak sedapnyaaa menu kicap ni...Lama tak masak kicap simple camni...nanti nak buatlah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya qurban hr tu dpt byk daging tak sis? Boleh buat nii 🙈

      Delete
  19. simple but always selera tekak ni makan lauk kicap. thanks for sharing kak nanti boleh cuba version ni pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 emme. Kicap kegemaran org ramai. Telur masak kicap pun sedap 😋😋

      Delete
  20. Ni bukan versi pemals sis, tengok pon terliur..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemalas juga ni sbb malas nk masak sayur 🤣

      Delete
  21. Sedapnyaaa.. Tapi kita x berani makan daging lepas dari operate. Tapi kalau dah malas, nak cepat, mmng masukkn semua bahan jadikan satu lauk. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo yeke? Knp ya lps operate takleh mkn daging? Haha kann. Klu malas kasi masuk semua bahan 🤣

      Delete
  22. Huissshh, tertelan air liur i tau!
    Hi, nona singgah jenguk2 geng2 JDT Blogger...hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye kak nona. Jap lg nur singgah blog akk pulak ya. Tp takkan telan air liur je? Kene buat juga ni 😂

      Delete