Misteri Kehilangan Sleep Pillow Mist - DeCamellia

Misteri Kehilangan Sleep Pillow Mist


Anak tengah lasak, especially yang baru dapat kaki dan pandai panjat sana-sini sangat sinonim dengan masalah susah tidur. Bukan susah pasal apa, dorang gasak main padehal mata dah ngantuk mintak katup dah tu. Ini yang Nur tengah alami sekarang ni. Ligat nye lahai anak soleha Nur ni. 

Selagi tak bawak masuk dalam buai selagi tula dia gasak main tak ingat tidur. Tapi, susah juga kalau pergi tempat lain, misal kata balik kampung ke, atau ke mana-mana tempat yang tak ada buai? Tak ke haru kalau budak dah biasa buai nak tidur tanpa buai?

Hari tu, sebelum raya Aidilfitri, Nur beli Sleep Pillow Mist (SPM) dari Tasneem Naturel. Standby untuk balik kampung nanti. Yela, risau kan anak susah tidur, lagi lah waktu raya tu mesti sibuk beraya ke sana sini. Anak pun letih, mesti lagi susah dia nak tidur. Tambah pulak tak ada buai. Haru weh.

tips anak mudah tidur, kenapa anak susah tidur, apa nak buat bila anak susah tidur, sleep pillow mist tasneem naturel, sleep pillow mist, feedback sleep pillow mist, testimoni sleep pillow mist, berkesan ke sleep pillow mist tasneem naturel, petua anak mudah tidur, tips anak mudah tidur

Tapi, SPM yang Nur beli tu, belum sempat guna untuk raya dah guna masa Mardhiyah warded Ramadhan hari tu. Warded sebab sel darah putih tinggi sangat, so better doktor sarankan pantau kat hospital daripada nanti beraya kat hospital (sentap tau). Yela, dalam ward mana ada buai kan. Hati ibu mesti risau takut anak susah tidur, karang merengek tak masal. Oh, taknak taknak!

Alhamdulillah, percubaan pertama guna SPM kat Mardhiyah, dia serasi sangat. Mudah je Mardhiyah tidur. 


Dalam 5 minit tu Mardhiyah tidur nyenyak dah. Tapi entri kali ni bukan nak cerita pasal ni sebenarnya, Nur nak cerita MISTERI KEHILANGAN SPM.


Ceritanya berbunyi begini.....

Dah lama sebenarnya Nur tak sembur Sleep Pillow Mist ni dekat bantal busuk Mardhiyah. Bukan apa, spray azimat ni hilang dari radar! Tak ingat langsung bila last nampak SPM ni. Rasanya last kat rumah mertua. Rasa macam dah simpan. Tapi bila balik rumah, eh takde dalam beg Mardhiyah.

Hari ni kami ada di mertua Nur. Gasak laa budak ni lepas rindu dekat kuda turun temurun tu. Ajak tidur, tepuk-tepuk kejap, dia lari semula main kuda. Alahai. Takut Nur yang tidur dulu karang.

Nur pun biar lah dia main dulu, memandangkan Nur pun tengah tak sihat ni. Take time lah untuk rehatkan diri kejap. Tup tup Mardhiyah keluarkan spray azimat ni dari perut kuda (kuda tu boleh angkat seat dia boleh simpan barang). Then dia bagi kat Nur sambil tersengih-sengih.

Ni la kuda turun-temurun tu. Dari zaman abah Madhiyah lagi tau.

Lahhhh. Misteri kehilangan spray azimat terungkai jua akhirnya. Ni mesti kerja budak bertuah ni. Last time balik uma atok nanny dia, dia pergi simpan Sleep Pillow Mist dalam perut kuda. Bijak aihhhh budak ni. Takut ibu spray lah tu. Sebab dia tahu, dah kena spray mesti tak main lagi. Mesti dah mimpi dapat adik baru. Eh :D

Apa lagi, kasi spray laa terus dekat bantal busuk dia. Terus senyum simpul budak bertuah ni. Ajak tidur, dia pun turutkan. Tepuk-tepuk punggung sambil baca doa tidur, ayat Qursi, 4 Qul & al - Fatihah. Alhamdulillah. Tidur pun akhirnya. Sejuk perut ibu kau ni Mardhiyah. Dapat lah rehatkan kepala ni kejap.

tips anak mudah tidur, kenapa anak susah tidur, apa nak buat bila anak susah tidur, sleep pillow mist tasneem naturel, sleep pillow mist, feedback sleep pillow mist, testimoni sleep pillow mist, berkesan ke sleep pillow mist tasneem naturel, petua anak mudah tidur, tips anak mudah tidur
Akhirnya, tidur pun dek pekena spray azimat, Sleep Pillow Mist.

Sekian, kisah misteri kehilangan spray azimat, Sleep Pillow Mist.

Misteri Kehilangan Sleep Pillow Mist Misteri Kehilangan Sleep Pillow Mist Reviewed by Decamellia on Monday, July 08, 2019 Rating: 5

33 comments:

  1. Adoi laaa ape lah comel sgt pergi sorok spray tu. Biasa la budak-budak, main barang pastu ntah kemana-mana. Kat rumah ni yg selalu jd mangsa keadaan, remote control. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Julia. Suka betul main sorok barang. Dah stand by yang baru sebenarnya. Tapi hati ni tahan je nak guna. Rupanya ada sebab hahaha. Mujur remote control Mardhiyah tak sembunyikan, kalau tak haru juga ni haha

      Delete
  2. Lavender ni memang menenangkan. Kalau tidur letak pewangi kat dalam bilik pun selesa je rasa nak tidur. Orang dewasa pun kekadang letak merata barang-barang. Apatah lagi kanak-kanak. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya. Memang sifat lavender begitu. Dia beri effect relaks kepada pengguna. Orang tua sebab penyakit pelupa. Ni kalau budak penyakit main haha

      Delete
  3. wah bagusnya spray ni! rasanya memang bau yang menenangkan dapat buat kita tidur nyenyak,. sebab tu la ada mist bagai kan yang tengah rancak dijual. kalau khai pun suka tidur then spray bau2 wangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah khai. Sebab tu beli SPM ni. Biasalah, anak tengah melasak. Nak main aje keje dia huhu

      Delete
  4. Bau tu yang membuatkan budak tu nyenyak tidur. Menenangkan dan melalukan dia. Bahaya jugak ek kalau dah besar terbau spm ni. Kang tak siap kerja sekolah tu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya sebab kita pun boleh terlentok sekali. Tapi betul tau. Masa mula-mula try, Nur pun tewas juga. Sebab, siang jarang Nur tidur. Sekali terbau juga pillow mist ni, Nur sekali ikut Mardhiyah tidur! Hahaha

      Delete
  5. Haha..anak2 memang suka sorok barang dalam tempat tu kan? Penat cari barang last2 jumpa dalam tu..haha.. tp baca ni rasa nak belo satu..sembur2 kat anak2 kuat melasak nih hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa memang patut beli. Nur recommend sangat. Shamiera boleh klik link ni https://bit.ly/2uFJ9bE :)

      Delete
  6. Menariklah spm ni..1st time tau psl spm ni..sembur2 dh lena..yelah nk bw buai sn sini pyh..mujur ada spm..yg klakar diorg sorok dlm perut kuda hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah el. Sebelum ni gasak usung buai tiap kali balik rumah mertua. Alhamdulillah sekarang dah tak perlu lagi :D

      Delete
  7. first time tahu pasal produk spm ni. ingat ke spm yang exam tu. haha btw saya pernah ada kuda tu masa kecil. selalu main & yang best ada tempat simpan brg tu. tpi skrg dah takda, sebab dah reput. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ramai je lagi belum tahu. Itu yang nur share since kita dah guna dan dah tahu keberkesannya kan? Benda boleh share buat apa rahsiakan. Hahaha. Itulaaa, mak mertua ni bab simpan barang dia power sangat. Kuda ni dah 29 tahun tau!

      Delete
  8. Baru tahu tentang spray nih! teringin nak cuba sebab kadang susah nak tido malam... comel pulak citer sorok-sorok spray he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur ada adik ipar sekarang tengah mengandung. Dia pun guna sebab malam susah tidur. Iffah pun boleh cuba juga. Klik link ni https://bit.ly/2uFJ9bE :)

      Delete
  9. Kalau orang tua yang susah tidur boleh ker gunakan SPM ni hehehe tak tahu kalau payah nak tidur malam kan sembur baru boleh tidur hehehe tapi tengok nyenyaknya dia tidur kita lak jadi mengantuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je bro Maha. Nur ada adik ipar tengah mengandung susah tidur malam pun guna spm ni. Kalau Nur memang tak guna laa, sebab bahaya. Habis karang tergendala semua kerja :D

      Delete
  10. baru tau pasl produk ni..macam best je..lavender memnag bau sedap..nad apa-apa dalam rumah ni suka bau lavender...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah nad memang best. Yela tengok je la kat pasaraya, bermacam jenis wangian yang berasaskan lavendar sebab ramai suka :)

      Delete
  11. Hahaha. Dia yang simpan rupanya.
    Rawlins beriya baca ingatkan kisah misteri nusantara.
    Kalau bau lavender, Rawlins pun boleh lelap gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tajuk kemain ek Rawlins. Ya sebab sifat lavendar itu sendiri menenangkan :)

      Delete
  12. Baru tau kewujudan sleep pillow mist. Senang la lepasni nak tidurkan anak kecil. Spray dekat bantal je confirm tidur. Bau dia pun mesti sedap kan sebab bau lavender.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Nadratul. Memang sedap sampai Nur sekali boleh ikut lelap. Jujur cakap memang recommend sangat SPM ni lagi2 untuk mommies yang ada anak kecil. Bila dorang tidur, senang sikit kita nak settle kerja rumah :D

      Delete
  13. Wah baru tau juga ada sleep pillow mist ni. kadang kita pun susah nak tido memang kena beli nak spray kat bantal sebelum tido.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lia. Adik ipar Nur tengah mengandung, susah tidur malam. Dia pun guna SPM ni :D

      Delete
  14. Rasa macam nak cuba jugak la sleep pillow mist ni. Baby baru ni kalau tidur malam ke siang ke, asyik terjaga jaga je. Penat dah kiteorang berjaga malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. LEtih tau kalau macam tu. Lagi baby belum pandai kenal siang & malam lagi. Btw, Tasneem Naturel ada banyak rangkain produk yang sesuai untuk baby guna tau. Boleh check juga di IG @decamellia2u :)

      Delete
  15. Menariknya mist ni. Biasalah anak-anak, dia bawa main sampai sorok entah mana-mana kadang tu. Haha. Kita pun jumpa tempat pelik-pelik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu mujur jumpa balik tau. Kalau tak dah membazir :D

      Delete
  16. It is an adorable sight right, seeing how our little ones explore and take out things and play hide and seek with us. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes indeed Tekkaus. And its getting cute when she smiles 'meleret' to me showing what she has hidden :D

      Delete
  17. Alahai.. Cerdik bebeno ni.. Dia simpan situ, mujur dia ingat ye. Hehe
    Mahal tak harga SPM tu? Anak kita alhamdulillah la senang tidur.. Cuma kot la nti ada kawan kawan buka cerita anak susah tidur, boleh la suggest beli SPM ni kan..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.