Ticker

6/recent/ticker-posts

Pisang Goreng Sedap dan Power di Taman Banang Jaya, Batu Pahat


gerai pisang goreng power, pisang goreng sedap batu pahat, pisang goreng, pisang goreng sedap banang jaya


Bila tengok balik gambar kat atas ni, teringat pula pada insan yang memberi pisang nipah tu.

"Bye, jumpa lagi tahun depan".

Itulah ayat last yang kami dengar. Kami pun laki bini tergelak bila Acik (pakcik Nur) cakap macam tu masa adegan lambai-melambai sebelum kitorang pecut balik Kluang. Walaupun nampak lucu, tapi hakikatnya, sentap tau ayat tu. Dia punya perli tu, padu menusuk ke hati.

Adat kan, tiap kali raya Aidilfitri kita akan ziarah-menziarahi. Dan time raya jela kami ada masa nak datang bertandang ke rumah acik. Padehal Batu Pahat - Kluang tu bukan jauh pun. Tapi dek kekangan masa, dengan husband Nur cuti hari Ahad je, dan hari Ahad tula nak buat macam-macam, ANDA RASA SAYA ADA MASA KE NAK MINTAK PERLI? Hahaha kan dah ter-capslock.

Tapi walaupun kena perli, kami balik ke Kluang tak kosong tangan tau. Acik bekalkan pisang nipah yang dah masak ranum untuk Nur. Sebab dia tahu Nur suka makan pisang goreng yang lembik pisangnya. Nur suka macam tu sebab pisang dah masak ranum ni manis sikit. Takde rasa kelat-kelat. Hehe Nur memang kurang gemar benda yang kelat, masam dan pahit. Tak lupa juga Acik siap bekalkan sambal kicap sedap lagi.

gerai pisang goreng power, pisang goreng sedap batu pahat, pisang goreng, pisang goreng sedap banang jaya
Sebahagian pisang nipah yang Acik bekalkan :)

Sebenarnya, pakcik Nur ni niaga pisang goreng tau. Sebab tu Acik ada stok pisang, siap boleh kasi Nur lagi. Dan yang paling penting pisang goreng Acik sangat sedap ditambah pula dengan sambal kicap yang sangat unik rasa dia. Dia bukan macam sambal kicap yang biasa kita dapat dekat gerai jual pisang goreng tau. Acik punya sambal kicap memang rare dan memang unik rasa dia.

gerai pisang goreng power, pisang goreng sedap batu pahat, pisang goreng, pisang goreng sedap banang jaya
Hasil gambar Google. Nur takde gambar Acik time niaga

Masa Nur study kat UTHM, Parit Raja dulu, ada juga bawa kawan datang rumah Acik untuk pekena pisang goreng Acik. Memang kawan-kawan Nur semua suka. Selain pisang goreng, ada juga roti sardin goreng dan makanan lain yang orang tumpang jual kat situ. Tapi tetap pisang goreng Acik yang win di perutku hahaha.

Kalau datang ke stall Acik niaga, korang boleh tengok betapa tersusun dan tertibnya Acik punya kerja. Pisang nipah dah siap potong dan disusun rapi dalam bekas. Pek sambal kicap pun tersusun rapi dalam bekas. Semuanya tersusun rapi dan kemas! Nur tak ada pula gambar nak tunjuk. Yela, dah lama tak pergi kan? Last time pergi pun dah malam. Tapi kalau korang nak tengok sendiri, silalah datang ke gerai Acik Nur ni.

Kalau nak pekena pisang goreng super sedap pakcik Nur, klik je bawah sini. Acik punya gerai dah siap-siap Google business dah. Direction pun ada. Korang tinggal sediakan perut je!

Google je

Post a comment

0 Comments