Ticker

6/recent/ticker-posts

Mahukan Anak yang Berakhlak Mulia? Hidupkan 4 Perkara Ini Ketika Mendidik Anak di Rumah

tips parenting, cara mendidik anak cara islam, tips menidik anak, tips mendidik anak cara islam, amalan yang perlu dihidupkan dalam rumah, hidupkan 4 perkara ini ketika mendidik anak di rumah, tips anak jadi baik, tips anak berakhlak mulia, budak zaman sekarang, budak zaman tik tok, budak zaman sekarang biadap, akhlak kat mana, adab kat mana, akhlak, parenting, tips keibubapaan


Adakah kerana peredaran zaman yang menyebabkan akhlak baik budak zaman sekarang makin hanyut dek arus modenisasi? Atau sebab zaman dulu tiada kuasa viral yang membolehkan kita menjengah berita terkini dengan hanya kuasa hujung jari?

Sedih tengok. Budak bangga picit makanan kat kedai orang. Budak berani biadap cakap cikgu pondan. Budak 15 tahun hisap ganja. Ni belum masuk lagi pasal ravers sotong, budak melahirkan budak, dan bermacam lagi lah. 



Silap siapa? Mak bapak ke? Orang cakap didikan anak bermula dari rumah. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Baik buruk akhlak anak kita di luar rumah, akibat didikan yang macam mana anak kita dapat dari dalam rumah. 

Allahu.

Risau sangat. Kerana didikan dan peribadi ibu bapa, membentuk personaliti anaknya pada masa akan datang. Mampukah aku? Sejak ada anak ni, risau sangat apa akan jadi pada anak aku suatu hari nanti. Bukan sebab nak fikir bukan-bukan tapi, tak tahu nak explain macam mana perasan risau tu.

Diri sendiri masa zaman budak-budak dulu pun tak terlepas dari buat silap. Aku takut, anak aku akan mewarisi silap dan dosa yang pernah aku buat dulu. Yela, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?


Akibat kerisauan melampau ni, dan hasil aku google apa yang sepatutnya apa yang aku sebagai ibu patut buat adalah AKU PERLU HIDUPKAN 4 PERKARA NI. Aku jumpa kat vocket.com. So aku share sini sebagai panduan aku dan juga korang yang baca. 



Ajaran pertama yang mereka terima adalah daripada rumah. Maka ustaz pesan agar hidupkan rumah kita dengan suasana yang baik, iaitu:


1. Hidupkan percakapan baik-baik dan suasana ajak-mengajak kepada kebaikan. Tidak ada perkataan terbaik selain perkataan mengajak kepada Sang Pencipta.

2. Hidupkan suasana ajar mengajar, bacaan hadis, suasana penceritaan kehidupan para sahabat Nabi SAW.

3. Hidupkan suasana ibadat. Antaranya solat, bacaan Al-Quran, zikir dan doa.

4. Hidupkan suasana khidmat. Bergilir-gilir memasak, cuci baju, gotong royong bersihkan rumah, anak khidmat orang tua dan lain-lain.


Kajian menunjukkan lagi, anak tidak akan buat satu perkara dengan hanya mendengar (mendengar arahan contohnya “kau pergi kemas permainan kau sekarang”), tetapi anak akan buat satu perkara melalui pemerhatian (kita yang kemas permainan mereka sambil ajak “jom kemas bersama-sama sayangku.”)


Marilah sama-sama kita beri didikan yang terbaik buat harta kita yang berharga ni. Harta yang tidak dapat tukar nilai dengan wang ringgit ataupun segunung emas. Mereka juga amanah dari Allah. Amanah ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti, apakah kita telah menunaikan dengan sebaik baik ataupun kita mengkhianatinya.


Wallahua'lam.


Post a comment

0 Comments