Ticker

6/recent/ticker-posts

Petua Merawat Benjol di Dahi Anak Dengan Cepat

Dahi anak benjol tu perkara biasa especially untuk anak yang aktif atau nak senang kata lasak. Anak sulung Nur si Mardhiyah tu memang lasak. Kami laki bini pulak memang pesen sangat menggalakkan anak untuk melasak, asalkan masih dalam pantauan. 

Nak panjat tangga ke panjat grill ke panjat sofa ke silakan lah wahai anak asalkan aktiviti tersebut dalam pemantauan ibu dan abah. Terokalah sayang dunia kelilingmu. Bagus untuk pergerakan, kordinasi dan sensory skill awak tau. 

Tapi... 

Kita ni bukan setiap saat menghadap anak kan? Kadang baru tinggalkan anak beberapa saat untuk ke dapur, anak dah teriak dah. Bila berlari ke depan, tengok dahi anak dah benjol. Ahhhhh sudaaahhhhhh. Tadi molek je. Ini benjol dah dahi tu dek terhantuk dinding. Anak...anak....

Hati ibu mana tak risau. Tapi dalam kerisauan tu, kita kena pantas bertindak. Tengok dulu anak ada ciri-ciri macam kat bawah ni tak:
  • Tak sedarkan diri (pengsan sekejap atau lama)
  • Muntah yang teruk dan berterusan
  • Benjolan yang besar atau luka yang dalam
  • Benjolan berlaku dibahagian belakang kepala
  • Pendarahan atau keluarnya cecair dari hidung, telinga, atau mulut
  • Sawan
  • Keliru, bingung, lemah, tidak aktif, dan tidak memberi respon terhadap sekeliling
  • Tidak berhenti menangis, tak boleh dipujuk, nampak kesakitan
  • Pernafasan semakin laju
  • Waktu tidur terganggu
  • Pergerakan kaki atau tangan yang tidak normal
  • Asyik terjatuh, tak dapat mengimbangkan badan
  • Mata menjadi juling, saiz biji mata yang tidak normal
  • Penglihatan semakin kabur

Kalau ada, perlulah dapatkan rawatan lanjut di klinik ataupun hospital. Kalau tak ada, kita boleh rawat dirumah sahaja. Biasanya bila ada benjol, orang akan sarankan tuam dengan ais untuk meredakan kesakitan tersebut. Tapi Nur tak guna cara tu sebab pada Nur leceh, lagi-lagi bila berada di luar rumah. Nak tahu apa Nur buat? 


Tips Merawat Benjol Anak Akibat Terhantuk

Tips yang simple sahaja. Alhamdulillah so far so good. Mujarab dan serasi dengan Mardhiyah, anak solehah Nur yang aktif ni. Nur sapu Balm Skeenz Tasneem Naturel sahaja dekat benjol tu. Alhamdulillah, hari ni sapu, esok benjolnya surut dah. Benjol surut, risau di hati pun surut. 

Gambar dekat bawah ni salah satu testimoni penggunaan balm Skeenz untuk merawat benjol di dahi anak. Al kisahnya malam kejadian, lepas Mardhiyah video call dengan abah dia, melompat happy lah dia. Sekali salah step, DANGGGGG terhantuk dinding. Lepas sapu balm Skeenz, terus tidur. Macam ada telur dekat dahi tu kan? Alhamdulillah, keesokan paginya, benjol tu dah surut. Hilang terus seketul telur kat dahi tu haaa.

cara menghilangkan benjol di kepala anak dengan cepat

cara merawat benjol di dahi anak


Alhamdulillah.... 

Jujur Nur cakap, balm Skeenz sangat banyak membantu Nur. Asbab balm Skeenz, kulit Mardhiyah yang sensitif dan penuh dengan ruam semasa dia baby dulu dah pulih sepenuhnya. Dulu sebelum kenal dengan balm Skeenz, bermacam jenis krim Nur dah cuba untuk Mardhiyah. 

So bila dah serasi dengan balm Skeenz, sampai sekarang memang tak pernah putus stok balm Skeenz dalam rumah. Standby aje untuk keperluan lain. Kena gigit nyamuk la, ruam gatal la, hatta benjol pun boleh. Tak yakin rasa nak beralih ke jenama lain. 


Sedikit info mengenai Balm Skeenz Tasneem Naturel:

ubat sapu pada benjol balm skeenz

Balm Skeenz ialah produk bumiputera keluaran Tasneem Naturel. Balm Skeenz adalah balm tanpa steroid dan tanpa bahan kimia berbahaya yang dicipta khas untuk membantu masalah kulit seperti ruam, bekas gigitan nyamuk, luka, ekzema dan banyak lagi. Balm Skeenz juga boleh digunapakai oleh bayi hingga ke golongan dewasa. 

Info lebih details tentang Balm Skeenz dan juga info tentang bahan yang terkandung dalam balm Skeenz boleh baca di SINI okay. 

Kalau nak tanya apa-apa soalan pun, boleh contact agent Tasneem Naturel yang sah. Klik aje icon Whatsapp di bawah ni. 



Post a comment

10 Comments

  1. Ooo sama macam anak sedara pernah benjol dahi macamtu..lupa plak emaknya letak apa entah dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 memang tak lari dari benjol sana sini. Melainkan memang mak pak dia tak kasi melasak

      Delete
  2. wah bagusnnya produk ni! kena ada satu dalam beg or bawa ke mana saja mana la tau jadi apa-apa kan? fungsi dia pun banyak kalau travel ni confirm akan bawa juga

    ReplyDelete
  3. wah pantasnya dah tak nampak kesan. memang baguslah produk ni. bolehlah cari nanti. :)

    ReplyDelete
  4. Ala kesiannya dia, benjol. Tapi bagus betul balm tu, ya? Semalaman je dah elok.

    ReplyDelete
  5. Wah menarik ni.. nanti boleh beli balm ni.. simpan satu di rumah

    ReplyDelete
  6. oh Balm Skeenz Tasneem Naturel is new to me. I need to give it a try for my kids too

    ReplyDelete
  7. budak-budak kalau tengah syok main memang tak sah kalau takde benjol sana sini. Pernah sekali tengok benjol sampai muntah teruk. Bagus ada Tasneem ni, membantu mommies sangat

    ReplyDelete
  8. Anak lasak tu lumrah. Tapi bila benjol memang bikin mak risau. Dulu masa anak kecik pernah gak benjol, rasa buh ice kot.. Tapi ada balm gini senang bawa ke mana mana

    ReplyDelete
  9. huwaa... anak-anak TB pun gitu jugak la ni.. lasak bukan main.. takut nak tinggalkan diorang kat depan tanpa pemantauan.. tau2 je ada yang nangis.. adoi.. kalau benjol yang nampak ni kita tahu la dia jatuh belah mana.. if benjol yang tak nampak ni.. TB jadi risau.. Allah..

    ReplyDelete