Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Tempat Makan Menarik Dan Sedap di Johor

"Nak makan kat mana ek?"

"Nak makan apa ek?"

Haaa 2 soalan ni dikira killer question tau especially untuk kaum hawa. Tak tahu lah kenapa susah sangat nak decide nak makan apa dan nak makan dimana. End up makan dekat tempat sama sebab tak jumpa jawapan. Hatta yang nak masak kat rumah ni pun buntu nak masak apa setiap hari. Pasal makan je boleh buat pening kepala kan?

Okay tak payah pening-pening lagi dah. Jom tengok tempat makan sedap di Johor yang Nur dah listkan dekat bawah ni. Orang Johor mahupun luar Johor kalau buntu nak makan mana dekat Johor ni, boleh try makan dekat tempat yang Nur listkan ni okay.


10 Tempat Makan Sedap di Johor

#1 Wachaa Burger, Batu Pahat

wachaa burger

Kalau lalu highway Plus ke selatan, jangan lupa exit Ayer Hitam tau. Lepastu, terus aje menuju ke Parit Kadir. Selain terkenal dengan UTHM, Batu Pahat juga terkenal dengan aneka makanan yang sedap lagi murah.

Antara port makan best dan popular di Batu Pahat tentulah Wachaa Burger. Selain aneka burger bermacam jenis, Wachaa Burger juga menyediakan makanan bertemakan western yang sangat menyelerakan.

Bukan tu aje, nasi lemak dan char kuey teow pun Wachaa Burger ada sediakan untuk mereka yang kurang gemar makanan western. Info lanjut korang boleh baca disini : Wachaa Burger


#2 Lomaq Foodies, Gelang Patah

lomaq foodies gelang patah

Penggemar lemak cili api jangan risau. Tak perlu pergi ke luar Johor pun korang dah boleh menikmati aneka masakan lemak cili api di Lomaq Foodies. Itik ada, ayam ada, daging ada, malah siput sedut pun ada.

Bukan lemak cili api aje, Lomaq Foodies juga menyediakan kepelbagaian makanan untuk sarapan pagi dan juga makan tengah hari. So kalau tak tahu nak makan mana, sekarang dah tahu nak pergi mana kan? Info lanjut korang boleh baca disini : Lomaq Foodies

 

#3 Istanbul Turkish Cuisine Nusajaya

istanbul turkish cuisine johor bahru

Bertemakan interior restoren yang cantik dan selesa, korang dah tak perlu terbang jauh ke Turki pun korang boleh menikmati makanan ala Turki di Istanbul Turkish Cuisine.

Antara menu yang popular disini adalah Firin Beyti Kebabi, Biber Dolma, Sigara Boregi dan juga Sultan Pilav yang perlu ditempah 2 jam awal. Traditional Turkish coffee pun ada juga disediakan. Berminat nak menjamu selera disini? Jom check details di sini : Istanbul Turkish Cuisine

 

#4 Senoko Seafood, Stulang JB

senoko seafood stulang jb

Kedai biasa-biasa, tapi kesedapan dia luar biasa. Haaa macam gitulah boleh diumpamakan restoren Senoko Seafood ni. Walaupun merata kita boleh jumpa restoren masakan ala Thai, tapi yang satu ni lain macam dia punya sedap.

Jalan-jalan sekitar bandar Johor Bahru, jangan lupa singgah makan dekat sini okay. Tiada menu yang special dekat sini, tapi dia punya rasa tu yang special. Confirm nak repeat lagi. Terliur tak? Nak tahu kat mana kedai ni korang boleh baca dekat sini: Senoko Seafood

 

#5 Ateh Corner, Skudai

ateh corner taman universiti skudai johor

Pernah makan montou bun dengan ikan siakap masak steam nyonya style? Kalau belum pernah, eloklah singgah makan di Ateh Corner. Boleh tahan rare menu yang disediakan.

Malah, ada juga sajian melayu dan juga barat disediakan di Ateh Corner. Laksa Johor pun ada juga tau. Nak basahkan tekak pekena cendol durian pun boleh. Apa jela yang tak ada dekat sini kan? Info lanjut korang boleh baca disini okay : Ateh Corner

 

#6 Chaba Thaifood, Taman Impian Emas

chaba thaifood taman impian emas

Restoren yang dimiliki oleh anak Melayu yang berasal dari Kelantan ini semakin menjadi sebutan orang Johor tau. Selain menyajikan masakan ala Thai, Chaba Thaifood juga menyediakan menu masakan yang rare di halwa telinga kita.

Antaranya adalah siakap 2 musim, kerabu Chaba dan juga hoormook seafood Chaba. Buat mereka yang hantu pedas boleh lah try Tomyam Poktek yang Chaba Thaifood sediakan. Confirm terangkat! Nak tambah lagi terangkat meh baca dekat sini : Chaba Thaifood

 

#7 Kafe Kiri Kanan, Toppen Mall

kafe kiri kanan

Dah penat shopping di Toppen Mall dan Ikea Tebrau, boleh lah korang isi perut di Kafe Kiri Kanan. Kafe ini menyediakan makanan berkonsepkan Asian Fusion yang pastinya menyentuh hati anda.

Antara menu yang top di Kafe Kiri Kanan adalah Jumbo Chicken Chop, Nasi Chicken Chop Masak Merah, Nasi Ayam Hainan, Chicken

Chop Black Pepper & Set Burger. Menarik betul kan gabungan masakan di sini? Jom terjah : Kafe Kiri Kanan untuk info yang lebih details.

 

#8 Lok-Lok

Lok-lok? Apa benda tu? Korang pernah makan? Meh sini Nur cerita sikit, lok-lok ni sebenarnya makanan ala steambot yang digoreng dengan tepung dan dihidangkan dengan pelbagai jenis sos seperti sos cili, sos black pepper, sos keju, sos bijan dan lain-lain.

Di Johor, terdapat 5 tempat makan lok-lok halal yang korang boleh kunjungi. Antaranya ialah B5 Street Market, Medan Steambot Bandar Baru Uda, Steambot Stulang Johor Bahru, Mr Lok-Lok Bandar Seri Alam dan Food Bank Adda Height. Nak tahu lebih details 5 tempat makan lok-lok korang boleh baca dekat sini okay : Lok-Lok Johor

 

#9 Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat

seafood seri bahagia tanjung langsat

Jom teruskan perjalanan ke Pasir Gudang untuk pekena seafood yang best di Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat. Sambil menikmati pemandangan tepi laut yang menyegarkan, korang boleh juga menikmati seafood yang fresh dari laut disini.

Seafood Seri Bahagia beroperasi dari 12:00PM hingga 11:00PM. So kalau tak tahu nak makan tengah hari dekat mana, boleh lah makan dekat sini. Nak datang makan malam pun boleh. Seronok juga sambil menikmati pemandangan laut waktu malam. Sejuk dan tenang gitu. Nak tahu kat mana restoren ni korang baca dekat sini okay : Seafood Seri Bahagia.

 

#10 Best Dimsum & Pau Pasir Gudang

best dimsum & pau pasir gudang

Kalau nak tukar selera nak makan yang ringan-ringan tapi sedap, korang boleh cuba makan di Best Dimsum & Pau. Dengan 3 mangkuk RM10 je korang dah boleh menikmati dimsum yang halal & fresh.

Terdapat lebih puluhan jenis dim sum disajikan disini. Pau panas pun ada. Boleh lah lepak petang-petang dengan family dan juga kawan-kawan korang dekat sini. Suasana restoren pun santai dan tidak sesak. Selesa aje nak makan dengan yang tersayang. Info lanjut korang boleh check dekat sini okay : Best Dimsum & Pau Pasir Gudang.

...................

 

Okay korang. So itulah 10 tempat makan sedap di Johor yang orang Johor dan pengunjung yang nak datang ke Johor patut serbu. Kalau pening juga tak tahu nak makan mana lagi, Nur rasa korang ada masalah lain ni hahahaha. Semoga bermanfaat dan enjoy-lah setiap makanan yang masuk ke dalam mulut korang okay :)

 

Post a comment

11 Comments

  1. semua makanan sedap-sedap belaka..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal kakak, semoga blog kakak bisa menjadi panutan untuk blogger pemula, Terima kasih juga info resto di Johor Malaysia. Mana tau saya besok ada rezeki ke Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Nak kena terjah nampaknyaaaa... semua sedap... Watcha burger tu pun... meleleh air liur aku tengok wehhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tula nona. Aku baru lepas pergi lepas gian haritu. Nanti balik masai aku nak pergi dimsum tulaaa

      Delete
  4. Semua sedap-sedap, nanti sihat bolehlah Sis ko pi terjah semua makan...hehehehe

    ReplyDelete
  5. rajinnya jalan-jalan2 cari makan...

    ReplyDelete