Bayi sememangnya sangat gemar untuk mencuba pelbagai perkara
baru termasuklah ingin makan sendiri. Seawal usia 8 bulan, bayi yang tiada
masalah kesihatan sudah boelh menikmati pelbagai jenis snek dan ‘finger food’
yang lazat walaupun masih belum tumbuh gigi lagi.
Finger food bagus untuk bayi, dimana ia dapat mengasah
kemahiran motor halus mereka dengan memegang dan menggenggam makanan. Mereka bukan
sahaja dapat belajar tentang rasa dan tekstur makanan itu dengan menggunakan
deria rasa lidah sahaja, malah dapat belajar tentang tekstur makanan tersebut
melalui deria sentuhan (tangan).
Memandangkan biskut di pasaraya mengandungi kandungan gula
yang tinggi, dan yang organic pula harganya agak mahal, lebih baik kita buat
sendiri di rumah. Senang sangat.
MUDAH, SIHAT DAN TIADA GULA TAMBAHAN!
***Anak suka makan pasta? Jemput baca Resepi Creamy Pasta yang confirm buat anak mommies tak diam duduk dalam baby chair sebab sedap sangat hehe.
RESEPI BISKUT BAYI 4 BAHAN
Biskut baby versi tak berapa nak raijn |
BAHAN:
1 ketul unsalted butter
3 cawan unbleached flour
(saya guna brand Faiza) atau tepung atta. Tepung atta tak jumpa so Nur pakai tepung Faiza aje
2 SB tepung jagung
2 1/2 oz puree yang manis bagi berasa biskut tu
(Nur guna puree labu campur kurma)
Antara bahan yang digunakan. Puree lupa nak bergambar sekali |
CARA:
- Pukul butter dan puree sampai kembang
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Nur kaup balik aje sampai bahan semua mesra dan tak lembik
- Bentukkan ikut selera nak bentuk apa. Nur dah ngantuk bentuk tu aje yang mampu
- Bakar dalam oven suhu 180 'C selama 20 minit
Butter yang dah kembang dipukul bersama puree |
Adunan biskut 4 bahan ready untuk dibentukkan |
Biskut ni pun boleh buat bubur tau. Kut ada yang terlupa atau tak sempat nak buatkan anak breakfast, tinggal tuang air suam dekat biskut ni aje. Lenyek-lenyek kan, nanti cair macam bubur. Nak lagi sedap boleh lenyek kan pisang sekali ke. Alaaaa, kita yang buat dia. Pandai-pandai lah kita olah, yedak?
Haaa, mommies jangan tiru Nur yang tak berapa nak rajin ni. Nur
buat bentuk panjang gitu aje. Mommies tekap lah dengan acuan pelbagai bentuk
tu. Baru meriah. Anak pun bertambah suka.
By the way, saje lah nak bagi tahu, buat mommies kat luar sana yang nak tahu apa barang penjagaan bayi/anak yang Nur guna untuk anak Nur si Mardhiyah tu, jemput baca post Nur dekat bawah ni k. Mana tahu kita ni pengguna yang sama. Yeay sep sikit!
Senarai barang penjagaan bayi/anak yang best & awesome.
By the way, saje lah nak bagi tahu, buat mommies kat luar sana yang nak tahu apa barang penjagaan bayi/anak yang Nur guna untuk anak Nur si Mardhiyah tu, jemput baca post Nur dekat bawah ni k. Mana tahu kita ni pengguna yang sama. Yeay sep sikit!
Senarai barang penjagaan bayi/anak yang best & awesome.
2 Comments
Umur berapa bulan ya boleh bagi biskut ni
ReplyDeleteNur buat kat anak bila dia dah 7 bulan nak masuk 8 bulan. Kene try dulu puan. Dan semasa anak makan, kena pantau takut tercekik
Delete