Assalamualaikum semua. Moga hari ini menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik dari semalam.


Nama diberi Nur Fadzilah Binti Masrudin. Anak kedua daripada 6 beradik ini dilahirkan pada 12 Jun 1993 di Hospital Pontian. Kini sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang soleha bernama Nurain Mardhiyah Binti Muhammad Naqib ‘Abqari.


Sebelum berumahtangga cita-cita saya adalah ingin menjadi site civil engineer yang berjaya. Sebuah cita-cita yang sudah tertanam rapi dalam hati, selepas betul-betul datangnya minat dalam bidang ini ketika menjalani latihan industri di pembinaan apartment 25 tingkat.

Comot kan? Berangan jela nak bersih kalau kerja site

Namun kita semua maklum kan? Tadbir itu daripada manusia, takdir daripada Allah. Selepas kahwin, saya ditakdirkan untuk tidak bekerja atas permintaan suami dan saya akur dengan hati yang redha. Makanya kini saya bercita-cita untuk menjadi seorang isteri, ibu dan surirumah yang berjaya. Berjaya dari pelbagai sudut. Surirumah pun layak untuk berjaya ok. 

April 2018 saya telah mencabar diri sendiri untuk menceburkan diri dalam bidang bisnes, iaitu suatu bidang yang sangat tak disukai. Saya fikir, sampai bila saya tak suka bisnes? Sampai bila tak yakin untuk berbisnes? Sedangkan kita sebagai umat Islam ada Allah, ada Rasulullah sebagai role model terbaik dalam dunia bisnes.Bisnes menjual produk Tasneem Naturel ini adalah bisnes pertama saya, seumur hidup saya. Saya join bisnes bersama keluarga Tasneem Naturel ini dengan harapan saya dapat bantu meringankan beban suami yang ditanggungnya seorang diri, walaupun encik suami cakap tak perlu risau kerana dia tak menganggap itu satu bebanan, tapi satu tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga.


Bersama founder Tasneem Naturel, Puan Haridah Sahri
Saya berasa sangat beruntung dijodohkan bersama keluarga Tasneem Naturel ini. Perkara terpenting saya pelajari adalah niat bisnes kita kerana Allah. Sebenarnya, bila kita bisnes ni, kita bisnes dengan Allah, gaji tu rezeki daripada Allah pada mereka yang layak, setimpal dengan usaha yang dicurahkan.

September 2018 saya telah menerima bonus pertama saya. Allahuakbar. Bahagianya menerima bonus tak dapat diungkap dengan kata. Terus menerus keyakinan diri untuk terus berbisnes dengan lebih berjaya membuak-buak. Saya yang dulu tiada keyakinan langsung dalam berbisnes, kini menjadi seorang wanita yang sangat yakin saya boleh berjaya dalam bidang ini.

Saya nak lebih berjaya. Saya nak bonus yang lebih banyak. Saya nak bantu suami saya. Saya nak bantu orang tua saya, mertua saya, adik beradik saya, ipar duai saya, saudara mara saya, sahabat handai saya, dan saudara seislam saya. Saya mesti dapatkan lebih untuk memberi pada yang lain, kepada mereka yang lebih memerlukan.

Saya suka ayat ni. Bila saya rasa penat dengan kerja-kerja business online dan kerja-kerja harian, saya akan baca balik ayat ni.

 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Duit tak boleh bawak mati, tapi tak ada duit rasa nak mati.Duit tak boleh beli kasih sayang, tapi kasih sayang boleh hilang kalau tak ada duit.Duit tak boleh beli tidur, tapi tak ada duit tidur pun tak lena.Duit tak boleh beli kesihatan, tapi nak sihat perlu ada duit.Duit tak boleh beli kebijaksanaan, tapi nak ilmu perlu ada duit.Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit, orang cerdik nampak bodoh bila tiada duit.Duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit.
 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Saya mesti keluar daripada comfort zone. Saya tak boleh rasa selesa sekarang ni. Saya perlu fikirkan masa depan keluarga saya, masa depan anak-anak saya. Apa asset yang saya ada untuk mereka nanti bila saya tiada nanti? Betul. Mereka ada rezeki mereka sendiri. Tapi itu sahajakah usaha saya untuk mereka? A big NO! Allah dah cipta saya cukup sifat. Semuanya berfungsi dengan baik. Saya tak boleh persiakan pemberian Allah ini.

Dialah big why saya beranikan diri untuk online business

Semoga saya berjaya. Semoga saya menjadi insan yang berguna kepada yang lain. Saya nak berjaya dalam bisnes menjual produk Tasneem Naturel seperti yang lain. Doakan saya ya.


Sekiranya anda berminat dengan balm Tasneem Naturel atau ingin saya tunjukkan bagaimana untuk tambah duit belanja bulanan dengan Tasneem Naturel, anda boleh hubungi saya seperti berikut :

0 Comments