Alhamdulillah berjaya melepasi fasa kesihatan kami sekeluarga diuji untuk hari yang panjang. Macam biasalah bila tak sihat, makanan berkuah seperti sup menjadi lauk wajib dirumah. Yang tukang masaknya peminat sup, maka ada lah juga yang mengikut - anak sulung Nur. Awal-awal tak sihat tu, tapau jela sup ayam & sup daging di kedai Siam untuk 2 hari berturut-turut. Esok lusa badan dah kuat sikit, masak sendirilah jawabnya. 

Sup, resepi sup ayam simpel, resepi sup tulang, resepi sup tulang noxxa, resepi sup kosong ala restoran thai, resepi sup mamak, resepi sup ayam mamak style, resepi sup telur, resepi sup daging, resepi sup daging thai, resepi sup ikan merah, resepi sup kambing, resepi sup cendawan, resepi sup ayam tanpa sup bunjut, resepi sup ayam simple guna kiub, maksud sup, apakah sup

Sekilas Tentang Sup

Sup adalah hidangan ceciar yang menjadi warisan global yang disukai oleh semua; dimana secara amnya hidangan berkuah ini disaji panas. Ia mungkin datang dalam pelbagai rasa, tekstur, dan bahan asas, tetapi tujuannya sentiasa sama - untuk menghangatkan jiwa dan perut. 


Sup menggabungkan kreativiti dan kesihatan dalam satu pinggan - dari sup ayam yang menyembuhkan hingga sup seafood yang segar dan sup sayur yang sihat. Malah ramai yang menikmati sajian ini sebagai pembuka selera terutama bagi mereka yang tidak sihat badan, lesu dan kurang bertenaga.Setuju tak? 


5 Resepi Sup Kegemaran Ramai

Jadi untuk entry kali ini Nur nak kongsikan beberapa resepi sup yang menjadi kegemaran ramai tak kiralah yang kecil ataupun dewasa. 


#1 Resepi Sup Ayam Simple 

Sup, resepi sup ayam simpel, resepi sup tulang, resepi sup tulang noxxa, resepi sup kosong ala restoran thai, resepi sup mamak, resepi sup ayam mamak style, resepi sup telur, resepi sup daging, resepi sup daging thai, resepi sup ikan merah, resepi sup kambing, resepi sup cendawan, resepi sup ayam tanpa sup bunjut, resepi sup ayam simple guna kiub, maksud sup, apakah sup

Dah jadi mak memang kena expert masak sup ayam. Selain hidangan yang menghangatkan perut dan jiwa, sup ayam juga merupakan hidangan pantas yang mesra kanak-kanak sebab dia tak pedas, sedap dan in shaa Allah cukup nutrisi untuk anak-anak.


Bahan yang diperlukan:

  • 1 biji bawang besar saiz sederhana*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 sup bunjut
  • 2 sudu besar rempah sup
  • 1 kiub pati ayam
  • Lada sulah
  • Daun sup
  • 2 biji kentang
  • 1/2 batang carrot
  • 1 batang celery (optional)
  • 1 biji tomato (optional)
  • Bawang goreng


Cara masakan:

  1. Tumbuk atau kisar bahan bertanda *.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan blender dan masukkan juga sup bunjut. 
  3. Bila dah naik bau dan kekuningan, masukkan rempah sup yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Tumis lagi sehingga garing. 
  4. Kemudian, masukkan ayam bagi ayam,  ubi kentang & carrot.
  5. Bila ayam dah kecut baru masukkan air secukupnya. 
  6. Masukkan akar daun sup yang sudah diketuk, serbuk lada sulah & kiub pati ayam. Biar kan mendidih.
  7. Kalau nak letak batang celery, boleh letak lepas sup dah mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya.
  8. Tutup api, kemudian kalau nak tambah tomato, boleh letak selepas api sudah ditutup. 
  9. Last sekali taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Siap! 


#2 Resepi Sup Tulang Noxxa

Sup, resepi sup ayam simpel, resepi sup tulang, resepi sup tulang noxxa, resepi sup kosong ala restoran thai, resepi sup mamak, resepi sup ayam mamak style, resepi sup telur, resepi sup daging, resepi sup daging thai, resepi sup ikan merah, resepi sup kambing, resepi sup cendawan, resepi sup ayam tanpa sup bunjut, resepi sup ayam simple guna kiub, maksud sup, apakah sup

Kalau takde pressure cooker Noxxa, jangan lah skip resepi ni awaknya. Boleh je lembutkan daging/tulang dengan merebus daging terlebih dahulu. Cumanya, kalau pakai pressure cooker Noxxa tu lagi mudah kerjanya. Tumis dalam periuk pun boleh tau.


Baca juga: Berbaloi ke beli pressure cooker Noxxa?


Bahan yang diperlukan:

Bahan tumis:

  • 4 sekawan
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih
  • Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*

Bahan lain:

  • 1 kg tulang lembu 
  • Nak tambah dagingnya sekali pun okay
  • 1 paket kecil rempah sup
  • 1 sup bunjut tulang 
  • 2 biji kentang belah 4
  • 1 biji carrot hiris tebal
  • Air secukupnya
  • Garam 
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Limau nipis/limau kasturi
  • Sambal kicap


Cara masakan:

  1. Hiris halus bahan tumis bawang besar & bawang putih. Kisar halus bahan kisar. Bersihkan tulang lembu dan daging (jika letak)
  2. Switch on pressure cooker Noxxa. Tekan mod STIR FRY dan masukkan minyak secukupnya untuk menumis.
  3. Tunggu sekejap sehingga keluar bacaan 'HOT' pada skrin - menunjukkan pot sudah cukup panas. Masukkan bahan tumis. Tumis sehingga kekuningan.
  4. Masukkan pula bahan kisar. Tumis lagi sehingga garing dan pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan rempah sup yang sudah digaul dengan sedikit air. Tumis lagi.
  6. Seterusnya masukkan tulang lembu berserta daging dan gaul rata semua bahan.
  7. Masukkan air sehingga menutupi tulang lembu, kentang, carrot dan juga sup bunjut.
  8. Tutup periuk Noxxa, kemudian tekan mod MEAT/STEW selama 35 minit dan pusingkan tombol di tudung periuk ke bahagian PRESSURE.
  9. Biarkan pessure cooker Noxxa buat kerja dia sendiri. Sambil tu boleh kemas apa yang patut. 
  10. Selepas 35 minit periuk akan berbunyi bip bip. Boleh keluarkan wap dengan memusingkan tombol ke bahagian STEAM dengan menggunakan batang sudip. Kalau nak biar pun boleh tapi kena tunggu lama sikit laa untuk tekanan turun habis.
  11. Bila tekanan dah turun, buka tutup periuk, tekan butang WARM kemudian tekan mod STIR FRY semula.
  12. Masukkan air panas jika mahu tambah kuah/sup. Perasakan sup secukupnya dengan garam.
  13. Siap dah sup tulang dengan menggunakan pressure cooker Noxxa selama 35 minit sahaja untuk melembutkan daging. Kentang dan carrot tak lunyai pun tapi kalau nak rebus asing tiada halangan.
  14. Hidangkan sup dengan hirisan daun bawang, daun sup dan limau berserta sambal kicap yang power. 


Baca juga: Resepi Sambal Kicap Power


#3 Resepi Sup Kosong Simple Ala Kedai Thai

Sup, resepi sup ayam simpel, resepi sup tulang, resepi sup tulang noxxa, resepi sup kosong ala restoran thai, resepi sup mamak, resepi sup ayam mamak style, resepi sup telur, resepi sup daging, resepi sup daging thai, resepi sup ikan merah, resepi sup kambing, resepi sup cendawan, resepi sup ayam tanpa sup bunjut, resepi sup ayam simple guna kiub, maksud sup, apakah sup

Nur kalau ada rebus daging, air rebusan daging tu Nur tak buang kalau ada lebihan. Macam-macam boleh dibuat dengan air rebusan daging. Salah satunya adalah sup kosong ala kedai Thai. Sangat mudah nak buat tapi sup kosong yang simple ni laa yang sedap dihirup. Nur kalau buat sup kosong mesti akan buat nasi bujang regu dengan kailan ikan masin. Fuh, bikin menambah nasi ya! Menu favorite zaman belajar ni. 


Bahan yang diperlukan:

  • Air rebusan daging
  • Bawang holland
  • Tomato
  • Batang saderi
  • Cili (jika nak pedas)
  • Garam
  • Perasa (jika perlu)
  • Sos ikan
  • Air limau
  • Daun sup 


Cara masakan:

  1. Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan air rebusan daging. Boleh dicampur dengan air. Agak-agak aje ya.
  2. Kemudian masukkan bawang holland dan batang saderi yang sudah dihiris.
  3. Masukkan juga garam, perasa, sos ikan dan air limau. Kuantiti agak-agak mengikut selera masing-masing.
  4. Renehkan sup sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan tomato yang sudah dipotong. 
  5. Hidangkan sup dengan daun sup. Siap! 


#4 Resepi Sup Ayam Mamak

Sup, resepi sup ayam simpel, resepi sup tulang, resepi sup tulang noxxa, resepi sup kosong ala restoran thai, resepi sup mamak, resepi sup ayam mamak style, resepi sup telur, resepi sup daging, resepi sup daging thai, resepi sup ikan merah, resepi sup kambing, resepi sup cendawan, resepi sup ayam tanpa sup bunjut, resepi sup ayam simple guna kiub, maksud sup, apakah sup

Sup mamak yang teksturnya sedikit pekat memang ada peminatnya yang tersendiri. Ada yang suka makan dengan nasi, malah ada juga yang suka makan dengan roti. Lagi-lagi bila cuaca hujan, pekena pula dengan teh tarik. Fuhhhh syahdu rasa dia.


Bahan yang diperlukan:

  • Seekor ayam
  • Sepeket kecil rempah sup (25gm)*
  • 2 sudu besar rempah kurma*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk*
  • 2 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 3 Akar ketumbar (satu sepanjang 3 inci) jangan ambil yg halus-halus*
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang 
  • Kiub ayam
  • Garam
  • Cili diketuk
  • 2 sudu besar tepung gandum

Bahan pelengkap:

  • Daun ketumbar/ daun sup/ daun bawang
  • Bawang goreng


Cara masakan:

  1. Blend semua bahan bertanda *. 
  2. Tumis hingga naik bau, masukkan ayam. Masukkan kentang, carrot, kiub ayam dan air, kemudian perasakan. 
  3. Bila semua empuk, masukkan tepung gandum yang dilarut dengan sedikit air. Tambah tepung gandum mengikut kepekatan sesuai selera. Tapi kalau tak suka boleh skip step yang ni. 
  4. Last sekali boleh letak cili jika suka pedas dan juga bahan pelengkap. Siap dah sup mamak yang sedap. 


#5 Resepi Sup Telur

Sup, resepi sup ayam simpel, resepi sup tulang, resepi sup tulang noxxa, resepi sup kosong ala restoran thai, resepi sup mamak, resepi sup ayam mamak style, resepi sup telur, resepi sup daging, resepi sup daging thai, resepi sup ikan merah, resepi sup kambing, resepi sup cendawan, resepi sup ayam tanpa sup bunjut, resepi sup ayam simple guna kiub, maksud sup, apakah sup

Haaaa yang suka makan sup dan suka makan telur macam Nur mesti suka sup telur kan? Ditambah pula dengan cendawan butang, mesti bertambah sedap! 


Bahan yang diperlukan:

  • 2 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • Batang sederi*
  • 4 biji telur
  • Sedikit suhun & fucuk 
  • Cendawan kering  
  • ½ ketul pati kiub ayam
  • Daun sup
  • Garam 
  • 2 biji ubi kentang potong kecil


Cara masakan:

  1. Hiris nipis bahan bertanda *** kemudian tumis bahan tu semua sampai wangi & kekuningan. Masukkan air ikut kita nak sup banyak mana, kemudian masukkan kentang dan reneh sehingga kentang empuk.
  2. Bila dah empuk masukkan pula cendawan kering yang direndam dengan air panas terlebih dahulu 15 minit, perah airnya bilas, baru masukkan dalam sup. 
  3. Suhun & fucuk juga di rendam seketika....kemudian masukkan ke dalam sup bersama garam dan pati kiub ayam.
  4. Bila sup dah mendidih, pecahkan telur dan biar menidih lagi. Jangan kacau ya nanti telurnya hancur.
  5. Biar mendidih seketika, akhir sekali taburkan daun sup. Tutup api siap....senang je kan? 


Akhir Kata

Sekian sahaja 5 resepi sup yang dapat Nur kongsikan. Kalau ada kesempatan nanti Nur tambah lagi ya. Apa-apa pun, setiap sup ada keunikannya yang tersendiri. Dari sup ayam yang simple sehinggalah ke sup tulang yang memikat, setiap satunya memberikan kita kehangatan dan kenikmatan yang kita harapkan. 


Jumpa lagi di lain resepi, assalamualaikum :)

1 Comments