Cakap pasal culinary kan, Nur perasan anak sulung Nur suka memasak. Pantang kalau Nur nak ke dapur untuk memasak, mesti dia kan menyelit nak tolong. Kalau boleh semua proses memasak tu dia nak buat baik prepping dan memasak. Siap cakap dah besar nanti nak jadi chef lagi. 


Nur sebagai ibu sokong jela apa minat anak. Tapi ada masa bila nak cepat, Nur tak kasi dia menyelit (baca menyebok) dekat dapur. Haha. Jadinya saje lah bagi dia main game memasak dekat laptop. Tak dapat memasak di dunia nyata, kita bagi dia memasak dekat dunia fantasi pun okay juga kan? 


Sebenarnya platform atas talian ni banyak je pilihan game memasak ataupun yang berkaitan dengan makanan. Tapi Nur suka main di culinaryschools.org sebab dekat situ kita boleh main game tanpa diganggu dengan lambakan iklan. Faham-faham jela zaman sekarang, rata-rata platform online mesti kita akan jumpa iklan tapi tidak disini. Memang best! 


Sekilas Tentang culinaryschools.org

Culinaryschools.org, game online untuk kanak kanak, game online for kids, food game online, cooking game online, free online games, no advertisement game online, permainan atas talian, can i eat it game, cooking in the kitchen game, game masak-masak, game online tanpa iklan

culinaryschools.org adalah sebuah laman web terkemuka dalam membantu pelajar kulinari mencari laluan sekolah dan kerjaya yang sesuai dengan keperluan dan aspirasi mereka. Mereka menyerlahkan dan menyemak semua jenis sekolah masakan yang boleh disambungkan kepada latihan dan bimbingan yang membolehkan pelajar melangkah dengan yakin ke dalam dunia seni masakan. 


Selain memberikan informasi tentang sekolah dan kerjaya dalam bidang kulinari, culinaryschools.org juga menyediakan utiliti yang menarik berkaitan kesihatan dan lebih 100 koleksi permainan atas talian yang menyeronokkan. Tapi untuk entry ini, Nur akan ceritakan tentang permainan atas talian ya.


Permainan Memasak Kanak-kanak Atas Talian Percuma

Permainan di culinaryschools.org adalah untuk membantu membiasakan kanak-kanak dengan makanan, bertani, memasak, seni kulinari, perniagaan restoran dan kerjaya yang berkaitan dengan perhotelan. Terdapat 4 kategori permainan yang ditawarkan untuk membantu pelajar mahupun pengunjung website ini berseronok sambil belajar dalam persekitaran interaktif seperti:

  1. Food Education Games
  2. Serving Eaters
  3. Other Fun Food-themed Games
  4. Card Games


Can I Eat It? 

Culinaryschools.org, game online untuk kanak kanak, game online for kids, food game online, cooking game online, free online games, no advertisement game online, permainan atas talian, can i eat it game, cooking in the kitchen game, game masak-masak, game online tanpa iklan

Antara game yang anak Nur main di culinaryschools.org adalah Can I Eat It? Best game ni. Dia menguji kecekapan budak untuk klik YES atau NO untuk pendapat mereka item yang keluar tu boleh dimakan ataupun tidak. Game ni ada kaitan dengan kecekapan sebab ada timer dekat tepi tu. Kalau lambat, game over lah nampaknya. Tapi itulah, bukan anak je suka, Nur pun jadi seronok main game ni haha. 


Nak cuba permainan Can I Eat It? Klik ayat ni okay. 


Pizza Party

Culinaryschools.org, game online untuk kanak kanak, game online for kids, food game online, cooking game online, free online games, no advertisement game online, permainan atas talian, can i eat it game, cooking in the kitchen game, game masak-masak, game online tanpa iklan

Game Pizza Party ni pun best juga untuk anak Nur yang baru berumur 5 tahun. Tak silap Nur ada 6 jenis game yang berkaitan dengan pizza tapi Nur pilih yang ni sebab dia tak terlalu laju dan lebih mudah berbanding game pizza yang lain. Dalam Pizza Party ni, kita perlu menyajikan pizza buatan sendiri kepada pelanggan yang datang menggunakan bahan-bahan seperti sos tomato, keju mozzarella, ham, cendawan, selasih dan pepperoni.


Nak cuba permainan Pizza Party? Klik ayat ni okay. 


Choco Blocks

Culinaryschools.org, game online untuk kanak kanak, game online for kids, food game online, cooking game online, free online games, no advertisement game online, permainan atas talian, can i eat it game, cooking in the kitchen game, game masak-masak, game online tanpa iklan

Bila Nur nampak ada game ni, terus Nur ajak anak klik untuk main game Choco Blocks ni. Dia kena tahu ibu dia dulu main game Tetris brick versi hitam putih aje. Sekarang kemain ya, berwarna-warni ada sebab Choco Blocks ni adalah sebuah permainan yang diinspirasikan oleh Tetris berdasarkan kepingan gula-gula coklat pelbagai saiz yang unik.


Nak cuba permainan Choco Blocks? Klik ayat ni okay. 


Bento Box

Culinaryschools.org, game online untuk kanak kanak, game online for kids, food game online, cooking game online, free online games, no advertisement game online, permainan atas talian, can i eat it game, cooking in the kitchen game, game masak-masak, game online tanpa iklan

Anak Nur pun suka main game ni. Ralit dia main susun-susun. Bento Box adalah permainan bentuk makanan di mana kita perlumenyeret barang yang hilang ke dalam kotak bento untuk melengkapkan makan tengah hari. Gunakan garis bentuk untuk menentukan ke mana setiap makanan pergi. Budak 5 tahun yang baru-baru nak main game rekemen sangat main game Bento Box ni. 


Nak cuba permainan Bento Box? Klik ayat ni okay. 


Akhir Kata

Kita ni mak-mak kalau rasa taknak main game pun ada utiliti lain yang bermanfaat untuk kita seperti pengiraan yang berkaitan dengan berat badan, kalori senaman dan banyak lagi. Malah, bacaan dan panduan untuk membantu kanak-kanak memahami kepentingan memasak dan makan makanan yang sihat pun ada juga. 


Kesimpulannya, culinaryschools.org adalah suatu platform atas talian yang sangat menarik dan bermanfaat untuk seisi keluarga. Bukan anak-anak je boleh main game, kita yang dah dewasa pun sekali-sekala boleh berhibur dengan cara ini. Paling best, tanpa perlu download apps qtau mencipta akaun kita boleh enjoy bermacam jenis game tanpa iklan. Seronok kan? 


0 Comments