Review Ikhlas Innai Nunha
Sana sini sembang pasal inai sekarang ni ya. Tak ketinggalan juga yang bertelagah nak menangkan pilihan sendiri. Yang merah cantik. Yang cokelat gelap tak cantik. Haiyoooo. Itu pilihan masing-masing kan? Marilah kita raikan perbezaan minat dan pendapat. No gaduh-gaduh okay.
Jadi entry kali ni Nur nak kongsikan review Nur setelah
memakai Innai Nunha beberapa hari yang lepas. Nur beli Innai Nunha dari kakak
ipar Nur dengan harga RM35 sekotak. Macam yang semua sudah tahu, dalam kotak tu
ada 5 pieces inai yang telah dipaket, sebiji buffer dan botol tempat bancuh
inai.
Cara memakai juga sudah dinyatakan dalam kotak. Kalau tak
faham juga tak perlu risau, korang tanya aje dengan agent Innai Nunha yang
berkenaan. Confirm dorang share banyak tips, gambar dan video. Make sure baca
dan fahamkan elok-elok step dan pantang larang dia ya.
So apa komen Nur tentang Innai Nunha ni?
#1 Janggal Sikit dengan Warna Dia
Sesungguhnya mula-mula pakai Nur rasa janggal dengan
warna cokelat gelap dekat kuku. Yela, kita membesar dengan inai berwarna merah
hati. Pulak tu, Nur tak pernah pakai pewarna kuku. Lama-lama tu baru mata ni
boleh terima warna cokelat gelap yang nampak sedikit tegas di situ.
Sebenarnya cantik je walaupun kulit tangan Nur yang tak
berapa nak putih ni. Tapi apa salahnya buat kelainan kan? Dari kecil dok pakai
inai warna merah hati je. Ini kali kita pakai warna cokelat gelap pula. Barulah
rare dan ada kenangan yang berbeza dalam perjalanan hidup kita.
#2 Lain Orang Lain Hasilnya
Lapisan pertama Innai Nunha |
Kedua, Nur nak bagitahu Nur punya pendapat dimana Nur
rasakan kecantikan warna Innai Nunha dekat kuku ni sebenarnya bergantung pada
kuku orang juga kut. Iyelah darah yang mengalir pun berbeza, apa yang kita
makan pun berbeza. Malah lifestyle kita pun berbeza.
So Nur rasa, lain orang lain hasilnya. Macam Nur, lapisan
pertama nampak macam sedikit kusam dan kurang cantik lah. Keesokan hari, Nur
pakai lagi sekali baru nampak warna cokelat gelap tu pekat, solid dan cantik.
Note: Nur pakai inai selama 1 jam.
Ada orang, dia pakai sekali je tapi hasil memang tiptop.
Padehal, cara bancuh dan cara pakai yang sama digunakan. Takkan nak salahkan
inai pulak kan? So kita salahkan kuku kita sendiri. Hahahahaha. Gurau je.
Tengok tu kuku Sis Lin kita begitu padu hasil cokelat gelap dia |
Next, berkenaan dengan packaging, cara bancuh dan
seangkatan dengannya. Nur cadangkan buat mereka yang belum pakai lagi, better
cari kawan nak pakai.
I sachet Innai Nunha tu bila dibancuh mengikut prosesur
ditetapkan, boleh dapat banyak kuku tau. So kalau bancuh 1 sachet tapi yang
pakainya sorang sahaja, ianya tersangatlah merugikan dan membazirkan.
Melainkan dirimu expert dan yakin dalam agak-mengagak,
bancuh lah ikut sukatan agak-agak tu. Dekat botol tu ada senggat, so bahagilah
sendiri ikut nisbah serbuk inai dan kuantiti air untuk mengelakkan pembaziran.
Haaa baru teringat yang masa mula-mula bancuh tu rasa
macam ahhhhh leceh gila nak pakai Innai Nunha ni. Nak kena sukat serbuk inai
dan air dengan batul. Pastu nak kena goncang macam nak gila untuk kasi dia
larut dan sebati dengan betul. Tak boleh kacau guna benda lain. Gasak lah kau
menggoncang sampai betul-betul sebati.
Tapi keesokan hari yang Nur pakai lagi sekali tu, alah
relax aje buatnya. Takdelah kalut macam hari pertama. So kalau yang baru nak
pakai tu, chill ya? Buat tenang-tenang aje okay. Tolak tepi pasal tak boleh
buka kipas ke aircond ke. Kalau nak hasil yang cantik, follow aje lah pantang
larang dia tu. Jangan banyak bunyi karang tak jadi korang jugak yang frust.
Haha.
So, itu jelah kut review dan komen Nur tentang Innai
Nunha ni. Sebelum pakai tu, mindset dah kena ready yang Innai Nunha ni bukan
inai yang kita dah biasa pakai. Hasil warna inai ni another level punya hasil
ya.
Mungkin itu yang Neelofa mahukan. Mengangkat jenama
sendiri dengan mencipta keunikan terhadap produk yang dihasilkan atau bahasa
bisnesnya adalah Unique Selling Proposition (USP).
Apa pun jenama inai yang tengah hype sekarang ni, tak
perlulah nak kondem sana sini. Raikan setiap kelainan. Dah penggal kedua 2022
ni, takkan tak reti lagi nak berfikiran terbuka kan?
Orang Johor Bahru atau Seantero Malaysia kalau nak beli Innai Nunha, boleh roger kakak Nur ya.
Amy / Amalina
Instagram: bee_dreamz_solution
Facebook: Amalina Azhari
Whatsapp 1: http://wasap.my/6587606015/InaiNunha
Whatsapp 2: http://wasap.my/60137151993/InaiNunha
9 Comments
Not bad, ada kelainan eh.. Tempat kerja aku ni susah sikit nak bagi pakai Inai, tapi i suka je... entah bila nak pakai lagi....Teringin betuls..
ReplyDeleteSop tempat kerja sana eh nona? Sebab melibatkan makanan ke?
DeleteSislin punya cantik kejadian dia hehe. Betul la tu, sbb dah nama signature colour neelofa, coklat jadinya. Kalau merah dah lari dari signature colour.
ReplyDeleteTula cantik sislin punya kejadian
Deletekita pakai tak cantik sebab durhaka. Haha semua dilanggar.
ReplyDeleteHarini nak touch-up lapis lagi laaa.. geram nengok selagi ada innainya ahaaja
ReplyDeleteNur nak touch up tapi tak terbuat lagi sampai skrg haha
DeleteTengok orang pakai lawa. Tapi xberani pakai takut anak murid tekejut tengok kuku cikgu hahahaha
ReplyDeleteYela budak2 kan pemikirannya lain
Delete