Ticker

6/recent/ticker-posts

Alhamdulillah Menang Contest Masak Dapat Baucer Lazada RM500

Alhamdulillah rezeki tak tersangka. Sungguh lah tak sangka dapat voucher Lazada RM500. Rezeki Allah nak bagi. Kita terima dengan penuh kesyukuran. 


Awal tahun 2021, Nur ada join contest brand Milo. Tapi contest ni bukan dari Milo sendiri, tapi dia dari influencer terkenal @ashhhryyyyyy (Asri). Siapa follow dia kenal la siapa dia. Nur suka follow Asri ni sebab video masak dia simple lepastu rasa amazed betul dengan mamat ni cakap laju sangat tapi tak terbelit lidah pun. Kalau Nur cakap laju gitu tak tahu lah saat keberapa dah tergeliat lidah ni. 



Contest Masakan Kreatif Menggunakan Milo

So bila dah tahu dia open contest, rasa berminat lah nak cuba tapi tak ada idea lagi nak buat apa masa tu. Asri ada mention dia nak peserta buat menu kreatif guna Milo. So itulah kata kunci dia. Menu kreatif menggunakan Milo.


Kalau dalam hidup Nur, Milo ni selain buat air, puding/agar-agar, Nur guna Milo untuk buat kek batik aje. Tapi kek batik tu macam dah biasa sangat. Dah tak berapa kreatif. So Nur sajelah tanya suami, Milo boleh buat apa eh. Bagilah idea bernas. 


Slumber je dia jawab, 
"Yunk buat lah Milo keras asrama".


Amende tu Milo keras asrama? Pelik lah Nur. Masuk asrama pun sejak belajar dekat UTHM. Tapi tak pernah pulak buat menu pelik Milo-keras-asrama. Suami pun cerita lah yang dulu masa zaman sekolah, dia suka buat jajan milo sendiri. 


Letak Milo dalam plastik. Lepastu sekatakan kesemua bahagian. Sediakan kain kemudian letak Milo tu bawah kain, then gosok guna iron panas sampai Milo tu keras dan jadi kepingan. 


Lahhhhh gitu rupanya Milo keras asrama. Sungguh Nur tak pernah buat. Kreatif sungguh budak asrama buat jajan sendiri ek? Tapi tula, takkan nak buat Milo keras tu je. Tak cukup kreatif ni. 


Idea yang suami Nur bagi tu bernas. Kreatif tapi tak cukup ummmppphhh. So Nur kiv dulu idea tu untuk beberapa hari. Otak Nur pun ligatlah pikir nak buat apa kasi regu dengan Milo keras tu. 



Yeay Idea Dah Mari

POPPPPPPP! TARAAA!! Datang dah idea kreatif dari Nur. 

"Milo Lava Chiffon Cake with Milo Crisp"


alhamdulillah menang contest masak dapat baucer lazada rm500, contest masak dan menang, contest masak milo, milo malaysia, contest masakan kreatif, peminat milo, idea pencuci mulut berasaskan milo, hidangan pencuci mulut berasaskan milo, peraduan masak guna milo, resepi kek chiffon milo, kek chiffon milo, milo keras asrama, dalgona milo, kek milo, peraduan milo, resepi pencuci mulut menggunakan milo, cara buat milo keras, milo seterika, iron milo

Milo Lava Chiffon Cake with Milo Crisp, alhamdulillah menang contest masak dapat baucer lazada rm500, contest masak dan menang, contest masak milo, milo malaysia, contest masakan kreatif, peminat milo, idea pencuci mulut berasaskan milo, hidangan pencuci mulut berasaskan milo, peraduan masak guna milo, resepi kek chiffon milo, kek chiffon milo, milo keras asrama, dalgona milo, kek milo, peraduan milo, resepi pencuci mulut menggunakan milo, cara buat milo keras, milo seterika, iron milo


Over ek nama dia. Sejujurnya Nur tak tahu nak letak nama apa sebab Nur gabungkan 3 benda dalam 1 menu ni. 
  1. Dalgona Milo
  2. Kek chiffon Milo
  3. Milo Keras Asrama

Haaa nampak special tak gambar dekat atas tu? Mujur Nur pandai buat kek chiffon. So Nur guna aje resepi kek chiffon pandan yang Nur biasa buat sebelum ni, cuma gantikan 2 bahan sahaja iaitu milo (ganti pes pandan) dan susu full cream (ganti santan). 


Pastu keknya Nur potong tebal kemudian belah tengah. Asalnya nak buat buttercream untuk letak dekat belahan kek tu. Tapi alang-alang contest ni guna Milo, Nur buatlah dalgona Milo. 


Tapi tula, dalgona Milo dia tak teguh texture dia. So dia melimpah turun macam tu. Itu pasal Nur letak nama Milo Lava. Kemudian last sekali Nur letak Milo keras sebagai accessories tambahan. 


Maka terhasil lah Milo Lava Chiffon Cake with Milo Crisp. 




Alhamdulillah, Dinobatkan Sebagai Pemenang :)

Dan syukur alhamdulillah, Nur punya menu menjadi pilihan Asri untuk dinobatkan sebagai pemenang. Then dia dm Nur bagi kod voucher Lazada RM500. Tak dapat nak screenshot dm dia sebab account lama Asri dah kena delete sebab buat awareness pasal Palestin. 


Nur peram lama voucher tu. Tak tahu nak beli apa. Bila nak dekat expired date baru Nur penuhkan cart kasi cukup RM500 then check out. Dilema nak beli barang yang besar, mahal dan sikit atau barang kecil, murah dan banyak. 


Ikutkan plan nak beli meja, kerusi dan keperluan lain untuk Nur punya mini office tapi takpelah, kita tunggu rezeki lain hari lah untuk penuhkan kehendak diri. 


So Nur belilah untuk Nur sikit, untuk suami sikit dan untuk anak-anak sikit macam dalam gambar dekat bawah ni. Suami cakap dengan Nur, itu je ke barang-barang beli total RM500?


Milo Lava Chiffon Cake with Milo Crisp


Katanya nampak macam sikit tapi tak sangka total RM500. Itulah barang sekarang bukan murah. Tapi apa-apa pun bersyukur sangat dapat beli macam-macam tak payah keluar duit sendiri. 


Antara barang yang Nur beli:

A) Untuk Nur:

  • Keri
  • Benih
  • Aluminium foil
  • Baking paper
  • Storage bag biru & pink
  • Rak untuk letak pokok
  • Pemisah telur 

B) Untuk suami:
  • Electric tool bag
  • Hanger songkok
  • Alas cawan

C) Kegunaan bersama:
  • Hanger putih
  • Rak putih 
  • Rak hitam kecik
  • Rak untuk toilet


D) Untuk 2 ketul Nurain:

  • Baju tidur 
  • Baju kucing (untuk sepupu dorang sekali) 
  • Kasut Raihah
  • Hanger pink
  • Toilet ladder with chair
  • Pinggan itik
  • Microwave mainan
  • Push walker
  • Splat mat
  • Cadar tilam Mardhiyah 


Nak tergelak pun ada. Beli aluminium foil pun nak guna voucher. Jangan tak tahu, benda yang kecik-kecik tu murah, beli sebab nak kasi cukupkan RM500 tu ha. Yang penting semua bahagian dapat. 


Alhamdulillah. Suka tengok anak sulung Nur si Mardhiyah tu happy. Boleh kata tiap hari orang datang pin pin bunyi hon nak hantar barang. Mardhiyah lah orang paling excited. 


"Ibu ada barang sampai. Cepat cepat!". 


alhamdulillah menang contest masak dapat baucer lazada rm500, contest masak dan menang, contest masak milo, milo malaysia, contest masakan kreatif, peminat milo, idea pencuci mulut berasaskan milo, hidangan pencuci mulut berasaskan milo, peraduan masak guna milo, resepi kek chiffon milo, kek chiffon milo, milo keras asrama, dalgona milo, kek milo, peraduan milo, resepi pencuci mulut menggunakan milo, cara buat milo keras, milo seterika, iron milo, baju budak lazada

alhamdulillah menang contest masak dapat baucer lazada rm500, contest masak dan menang, contest masak milo, milo malaysia, contest masakan kreatif, peminat milo, idea pencuci mulut berasaskan milo, hidangan pencuci mulut berasaskan milo, peraduan masak guna milo, resepi kek chiffon milo, kek chiffon milo, milo keras asrama, dalgona milo, kek milo, peraduan milo, resepi pencuci mulut menggunakan milo, cara buat milo keras, milo seterika, iron milo, baju tidur comel budak

alhamdulillah menang contest masak dapat baucer lazada rm500, contest masak dan menang, contest masak milo, milo malaysia, contest masakan kreatif, peminat milo, idea pencuci mulut berasaskan milo, hidangan pencuci mulut berasaskan milo, peraduan masak guna milo, resepi kek chiffon milo, kek chiffon milo, milo keras asrama, dalgona milo, kek milo, peraduan milo, resepi pencuci mulut menggunakan milo, cara buat milo keras, milo seterika, iron milo, microwave mainan budak
Sampai aje microwave ni, seharian dia main. Gasak la bunyi tett tett dari siang sampai ke malam. Excited sungguh kakak Mardhiyah dapat microwave


Kenangan. Simpan sini nanti esok-esok boleh kenang balik memori dapat hadiah voucher Lazada RM500. Sebenarnya Nur ada menang 1 contest ni tapi belum dapat lagi hadiahnya sebab PKP. 


Orang tu kata nak datang rumah sampaikan hadiahnya tapi PKP kan, so tunggu lah keadaan reda dulu. Alhamdulillah hadiah kalini lagi lumayan. Nanti dah dapat, Nur update dekat blog ya. 


Terima kasih sudi baca moment indah Nur dapat hadiah. Jumpa lagi, assalamualaikum :) 

Post a Comment

0 Comments