Pabila ku lihat senyumanmu,
Terdetik memori pertemuan,
Kali pertama,
Kita berdua.


Uishhhh kemain ek payung lirik lagu Selamanya Cinta ni. Tapi lagu ni memang lagu favourite Nur. Ngam betul lirik dia dengan cerita macam mana keluarga kecil Nur bermula. Sebab tu Nur suka lagu ni. Siap pernah buat ringtone lagi tau.


Memori Pertemuan Nur & Naqib


Siapa sangka, Nur berkahwin dengan kawan kepada abang Nur sendiri. Suami dan abang Nur ni kawan masa dorang belajar di IKBN Pontian. Tapi kawan yang biasa jelah, bukan bff ke apa. Asrama dorang pun berbeza. Kalau yang rapat tu mungkin Nur kenal lah juga sebab abang selalu juga bawa kawan dia balik rumah lagi-lagi time cuti.


Tapi dah namanya jodoh kan? Siapalah sangka. Dan segalanya bermula masa majlis perkahwinan abang Nur iaitu pada 19 Mac 2016. Masa tu umur Nur 23 tahun, masih belahar di UTHM, Batu Pahat.


Nur ni kira orang kuat untuk majlis perkahwinan abang. So masa majlis berlangsung memang Nur manusia yang boleh kata busy lah juga. Tengah sibuk kesana kesini, tetiba ada orang sapa,


"Awak ni Nur Fadzilah kan?"


Dalam kesibukan tu, Nur iyakan jela. Tak ambil pusing pun cuma pelik jela siapa laa manusia yang tetiba tegur macam tu. Tapi perkenalan kitorang bukan bermula dekat situ.


Selepas sesi bergambar, ada sorang mamat pakai kemeja merah kotak-kotak cakap dengan abang Nur,

"Abang, minta izin nak bergambar dengan adik boleh tak?"

Nur ada dekat situasi tu sebab Nur ada nak cakap sesuatu dengan abang perihal majlis. Tak ingat pasal apa. Tetiba terdengar ada orang bergurau siap panggil abang Nur "abang". Tergelak kecil juga lah masa tu.


So dengan ke-kaku-an Nur diri jela sebelah mamat tu untuk bergambar. Tengok gambar dekat bawah ni. Nampak awkward gila kan? Memang awkward sebab Nur jarang kena usha dengan lelaki so nak bagi respon apa pun tak pandai. Diri jela bergambar.





Dan benda tu pun habis dekat situ je. Keesokan harinya Nur dapat friend request dekat Facebook. Dalam hati macam, hekeleh poyonya orang ni. Nama siapa lah dia guna. Sebab namanya panjang dan boleh tahan rare lah buat Nur.


Muhammad Naqib Abqari Abdullah


Nur pula pesen jarang terima friend request orang tapi entah masa tu, macam senang je terima walaupun dah menyumpah cakap poyo. Lepas aje accept friend request terus dapat notification ada orang post dekat wall, "syukRan".





Walaupun Nur reply komen macam 'tegak' sikit, ianya tak berhenti disitu. Esoknya mamat nama panjang ni private message pula. So dari situlah perkenalan yang lebih rapat bermula.


Nur tak tahu eh nak kata macam mana, tapi masa awal perkenalan kami, Nur rasa macam dah lamaaaaa sangat kenal dengan dia. Rasa selesa berbual tu macam natural je.


Takut juga dengan perasaan selesa tu. Takut hati kena 'game' pun ya juga tapi siapa sangka 6 bulan selepas perkenalan kami pun bertunang. Masa tu Nur tengah cuti mid semester.


6 bulan kemudian mamat nama panjang baju kemeja merah kotak ni sah menjadi suami Nur. Sekejap aje semuanya berlaku. Siapa sangka. Nur pun tak sangka. Nur plan lain, yang jadinya lain. Nur tak target langsung akan menamatkan zaman bujang seawal umur 24 tahun.





Nur plan untuk sedia mendirikan rumahtangga mungkin dalam umur Nur 27 tahun. Target lepas belajar nak bina kerjaya dahulu sebab Nur memang minat dalam bidang civil engineering walaupun waktu belajar dulu tak adelah sehebat mana. Banyak main je.


Tapi siapa sangka peraturan Allah sebegitu.


Dan..... Beginilah sekarang. Surirumah beranak dua. Walaupun banyak terima kecaman dari orang, "BELAJAR TINGGI-TINGGI TAPI AKHIRNYA DUDUK DAPUR JUGA", Nur bersyukur ada keluarga yang sederhana tapi alhamdulillah bahagia.


Pagi tadi suami ada call pesan jangan lupa sujud syukur sempena 4 tahun usia perkahwinan kitorang. Alhamdulillah 4 tahun dah kami berkongsi hidup bersama 2 orang puteri, Nurain Mardhiyah & Nurain Raihah. Alhamdulillah untuk semuanya.


Semoga rumahtangga kami senantiasa dalam berkah dan rahmah Allah. Selamat ulangtahun perkahwinan Nur & Naqib :)



21 April 2017 - 21 April 2021

4 Comments

  1. aaaaaa..sweeettt gilerrrr.. ain baca senyum senyum gituwwww.. insyallah lepas ni kisah selamanya cinta ain pulak ..kihkihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah satu hari nanti ain. Moga dapat jodoh yg baik & soleh :)

      Delete
  2. sweetnyeeee.. nampak suami nur betul2 nak kawen dgn nur tak payah tunggu lama2. romantik sgt

    ReplyDelete