ikan siakap, ikan siakap 3 rasa, ikan siakap stim, ikan siakap masak apa sedap, ikan siakap stim lemon, ikan siakap sweet sour, ikan siakap goreng, ikan siakap masak lemak cili api, ikan siakap 3 rasa che nom, ikan siakap in English, ikan siakap barramundi, resepi ikan siakap, koleksi resepi ikan siakap, menu ikan siakap viral, masakan ikan siakap simple, resepi ikan siakap azie kitchen, resepi ikan siakap masak cili kering, resepi ikan siakap goreng

Siapa suka makan ikan siakap angkat tangan!!!


Nur ni sebenarnya bukan penggemar ikan yang besar-besar kecuali kalau ikan tersebut digoreng. Entah ya. Ikan yang bersaiz besar ni maung dia lain macam. Tapi ini tekak Nur laaa. Jangan kecam tau. Nur bagitahu jeee. 


Kalau berpantang tu, Nur dah pesan siap-siap dengan mak kalau nak masak ikan besar yang berkuah/bersup, ikan merah je Nur boleh telan. Kalau ikan lain, Nur minta mak grill aje atas pan. Pastu cicah air asam. Lagi nikmat. Hehe.


Tentang Ikan Siakap

ikan siakap, ikan siakap 3 rasa, ikan siakap stim, ikan siakap masak apa sedap, ikan siakap stim lemon, ikan siakap sweet sour, ikan siakap goreng, ikan siakap masak lemak cili api, ikan siakap 3 rasa che nom, ikan siakap in English, ikan siakap barramundi, resepi ikan siakap, koleksi resepi ikan siakap, menu ikan siakap viral, masakan ikan siakap simple, resepi ikan siakap azie kitchen, resepi ikan siakap masak cili kering, resepi ikan siakap goreng

Ikan siakap merupakan ikan pemangsa yang mendiami sungai dan air laut. Diet utama ikan ini ialah anak-anak ikan termasuklah anaknya sendiri, udang, serangga kecil seperti cengkerik dan juga cacing. Namun ikan yang biasa kita beli di kedai adalah ikan siakap ternak atau bela. 


Ikan siakap laut ataupun liar warnanya lebih putih dan cerah manakala ikan siakap bela ataupun kolam warnanya lebih gelap. Sudah tentunya rasa ikan siakap liar lebih manis dan harganya lebih mahal berbanding yang dibela. Original lah katakan. 


Nur kalau beli ikan ni mesti Nur akan masak 3 rasa. Nur suka masak 3 rasa sebab ada rasa masam manis dan kalau nak lagi kick kena pedas. Lepastu ikannya pula bila nak makan baru goreng untuk mendapatkan kerangupan yang superb! 


Kalau nak lagi garing, cantik dan nampak lain dari yang biasa, buat potongan siakap terbang. Ada juga yang panggil ikan siakap butterfly kerana bentuknya yang seperti rama-rama. 


Jadi untuk entry kali ini, meh Nur share macam mana nak masak ikan siakap terbang 3 rasa ala thai yang simple, rangup dan sedap. Let's go! 


Cara Potongan 

1. Siang ikan dan bersihkan seperti biasa.

2. Bermula dari tulang leher ikan, kelar dikedua bahagian ikan kiri dan kanan selari dengan tulangnya sehingga ke bahagian ekor. Jangan lupa gunakan pisau yang tajam ya.

3. Patahkan tulang leher ikan dan tulang ekor ikan, kemudian keluarkan tulang dari isi.


**Kalau nak lagi faham, boleh tengok cara potong ikan siakap terbang / butterfly di Instagram Nur ataupun YouTube. Mula-mula kekok sikit nak buat, Nur pun macam tu. Tapi lama-lama kalau dah selalu buat, in shaa Allah senang je. 


Baca juga: Kerang Masak Kam Heong


Cara Masak Ikan


ikan siakap, ikan siakap 3 rasa, ikan siakap stim, ikan siakap masak apa sedap, ikan siakap stim lemon, ikan siakap sweet sour, ikan siakap goreng, ikan siakap masak lemak cili api, ikan siakap 3 rasa che nom, ikan siakap in English, ikan siakap barramundi, resepi ikan siakap, koleksi resepi ikan siakap, menu ikan siakap viral, masakan ikan siakap simple, resepi ikan siakap azie kitchen, resepi ikan siakap masak cili kering, resepi ikan siakap goreng

  1. Lumur dulu ikan tu dengan garam, kemudian baru lumur dengan tepung jagung. 
  2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali bersaiz besar. Minyak kena betul-betul panas baru masukkan ikan dengan kedudukan ekornya lengkung ke atas. Tapi gambar yang Nur share ni ekornya tak lengkung, maklumlah ni gambar pertama kali Nur buat siakap terbang. Belum cukup mahir lagi. Nak lengkungkan ekor dia tu gunakanlah senduk ke sudip ke. Tapi kalau tak buat pun takpe, cuma nampak lebih cantik kalau ekor dia lengkung laaa.
  3. Gunakan senduk untuk menyiram minyak panas ke bahagian atas ikan. Masak ikan sehingga cukup garing. 


Resepi Kuah 3 Rasa


ikan siakap, ikan siakap 3 rasa, ikan siakap stim, ikan siakap masak apa sedap, ikan siakap stim lemon, ikan siakap sweet sour, ikan siakap goreng, ikan siakap masak lemak cili api, ikan siakap 3 rasa che nom, ikan siakap in English, ikan siakap barramundi, resepi ikan siakap, koleksi resepi ikan siakap, menu ikan siakap viral, masakan ikan siakap simple, resepi ikan siakap azie kitchen, resepi ikan siakap masak cili kering, resepi ikan siakap goreng


Bahan yang diperlukan:

1 biji bawang besar*

4 ulas bawang putih*

1 batang serai

2 SB lada kisar (optional) 

5 SB sos cili*

3 SB sos tiram*

Cili padi (optional. Kalau suka pedas letak extra) 

Sos ikan agak-agak

1/2 biji nenas atau boleh beli yang dalam tin*

1 biji tomato*

1/2 batang timun*

1/4 batang carrot*

Daun ketumbar

Daun limau purut 


Cara Masakan:

  1. Potong dadu bahan bertanda *. Cili padi tu pula boleh potong halus. Serai pula ketuk dulu.
  2. Tumis bebawangs, serai dan juga cili padi hingga naik bau. Kemudian masukkan lada kisar, sos cili, sos tiram dan sos ikan. 
  3. Kacau rata sehingga pecah minyak, kemudian masukkan pula nenas, tomato, timun & carrot.
  4. Letak air sikit-sikit dulu untuk tune kepekatan kuah ikut selera masing-masing. Tak lupa juga garam dan gula (jika perlu) sebab sos ikan tu pun dah masin. 
  5. Last sekali letak daun limau purut dan juga daun ketumbar. Dah siap!
  6. Nak makan nanti baru tuang kuah ke atas ikan. Kalau tuang awal nanti ikan jadi lembap dan tak garing. 


Sekian Resepi Ikan Siakap Terbang 3 Rasa dari Nur. Semoga bermanfaat dan jumpa lagi di lain resepi. Assalamualaikum :) 


4 Comments

  1. tak reti nak potong mcm ni. nak siang payah betul. makan sedap. kalau leyla suruh husband je siang, memang luka2 tgn dia lepas siang. nk tgk video tu la

    ReplyDelete
  2. Memang nampak macam berkepak ikan siakap dalam piring tu

    ReplyDelete