Sebelum raya haji tiba, eloklah kalau Nur highlight sikit beberapa moment penting yang berlaku sepanjang Syawal tu hari. Hahahahaha tergelakkan diri sendiri pula. Punyalah lama Syawal dah berlalu, baru harini nak sembang. Kelako ekkk. Orang lain hari-hari dia cerita dekat blog moment best dia sepanjang Syawal. Engko baru harini nak cerita. Lump sum satu entry pulak tu. 


Takpelah kan? Dari tak ada langsung. Kena cerita juga nak taknak pun. Bukan apa, uratnya banyak dah putus. Kelupaan saje. Dah cerita siap-siap dalam ni kan elok. Esok-esok tiba masa nak mengenang, boleh tengok balik. Ohhh buat ni. Ohhh buat tu. Ohhh kat sini. Ohhh kat situ. Haaaa gitulaaaa ~


1. Pukat Udang di Tepi Pantai





Jadinya first moment yang menarik sepanjang Syawal 1444 Hijrah adalah pergi pukat udang pada hari raya pertama - merangkap ulangtahun perkahwinan kami yang keenam - 21 April 2023. Tahun ni turn kampung suami di Mersing tapi pagi raya kami semua kumpul dia rumah mertua dulu. Settle salam & hulur duit raya baru gerak ke Mersing. Jam 3:00 petang macam tu baru sampai kampung suami.


Sampai tu makan-makan kejap pastu atok bagi tahu yang lain-lain tengah pukat udang dekat tepi pantai. Suami Nur apa lagi, paling semangat nak pergi join. Bini dia tak ketinggalan. Walaupun cuaca panas, sanggup tolak tepi demi pengalaman baru yang berharga. Haaaa merempit lah kami 4 beranak pergi tepi pantai. Sofea tak ikut sebab dia tidur. 


Alhamdulillah seronok sangat dapat tengok depan mata macam mana proses pukat udang tepi pantai. Kalau tepi pantai ni guna pukat tarik. Bila dah tarik pukatnya naik ke darat, haaaa ramai-ramai lah kami sedara-mara gotong royong pilih udang dan ikan apa yang berkenan di hati. Mana yang tak berkenan tu biar saje macam tu. Kesian pulak hatiku melihatnya. Tapi apa-apa pun memang seronok sangat! 


P/S: Boleh tengok video pukat udang dekat atas tu ehh :)


2. Majlis Nikah Diba & Daus




Next, majlis nikah adik ipar pada hari raya ketujuh - 28 April 2023. Tahniah Diba & Firdaus. Welcome to the club! Selamat menempuh alam baru. Semoga kalian dapat membina keluarga yang sakinah, mawaddah & warahmah. Sukalah Nurain ibu 2 ketul tu dapat uncle baru.


Masa majlis nikah tu hari Nur sempatlah buatkan sikit telur pindang guna periuk Noxxa. Alhamdulillah menjadi walaupun first time buat. Tak sangka boleh buat telur pindang tanpa perlu masak 3 hari 3 malam. Cumanya kalau guna periuk Noxxa yang banya 8 liter tu, kena buat beberapa trip baru dapat banyak telurnya. Haaa adalah lebih dan kurangnya disitu. Tapi okay apa dalam sehari Nur boleh buat sampai 100 biji telur pindang. Tak rugi beli budak Noxxa tu.


3. Sambutan Ulangtahun Nurain Raihah




Ketiga, sambutan ulangtahun Nurain Raihah yang ketiga secara kecil-kecilan pada 10 Mei 2023. Selamat 3 tahun Nurain Raihah, puteri kedua ibu. Moga membesar dengan baik, sihat dan ceria ya Raihah. Sebenarnya tak plan pun nak sambut dekat rumah memandangkan Nur tak yakin dapat sediakan makanan seorang diri. Plan asal nak sambut dekat restoran je, tapi ehhhh last minute boleh on sambut dekat rumah sekali jemput beberapa orang datang rumah. 


Pada hari kejadian, sempatlah Nur masak nasi ayam bersama dua jenis masakan ayam - ayam masak merah & ayam goreng hitam bersama sos dan juga puding kastard berkuah. Mak mertua Nur pula buatkan dadih warna warni. Tapi langsung tak sempat ambil gambar makanan. Tak menang tangan betul. 


Pada hari tu jugalah buat pertama kalinya Nur masak nasi ayam sebanyak 9 pot menggunakan pressure cooker Noxxa. Tak sangka betul 7 minit je nasi dah masak cantik. Dengan 9 pot nasi tu dapatlah jamu mertua, adik-adik ipar, jiran 2 orang dan juga kenalan rapat suami 3 beranak siap package tapaw sekali untuk dorang. Alhamdulillah licin semua makanan yang Nur masak. 


4. Sambutan Hari Raya Sekolah




Keempat, sambutan hari guru merangkap sambutan hari raya di sekolah Mardhiyah pada 16 Mei 2023. Jadinya Nur buatkan sate buah-buahan untuk Mardhiyah bawa ke sekolah. Fikir punya fikir, Nur rasa itulah menu paling sesuai. Tak perlu masak tak perlu renyah pagi-pagi buta. Yang Nur buat hanyalah duduk atas lantai, potong buah kemudian cucuk buah pada lidi sate.


Pastu last minute baru sedar yang sambutan hari raya tu jatuh pada hari guru. Haaa last minute lah order bouquet kecil kosong 4 ketul untuk cikgu-cikgu Mardhiyah. Order yang kosong sebab plan nak beli pen dekat kedai Eco kemudian cucuk aje dekat bouquet tu. Tapi pen merah dekat Eco semua habis licin. Takde pilihan lain, Nur beli jela pen marker 4 set. Masa tengah hari nak ambil Mardhiyah balik sekolah baru dapat bagi hadiahnya. Okaylah kan. At least objektif untuk ajar Mardhiyah menghargai cikgu dia tu tercapai. 


5. Anak-Anak Kerap Tak Sihat



Last sekali hmmmmm anak-anak yang back to back tak sihat. Tak tahu lah kebetulan ke apa. Sejak Mardhiyah sekolah dan juga sejak kami pindah rumah ni, kerap sangat anak-anak tak sihat. 3 serangkai batuk selsema demam tu macam dah selalu sangat dah lately. Nur tak tahu kenapa. Bingung kadang jadinya. Baik kejap, esok-esok jadi lagi.


Nur tanya kawan-kawan pun anak dorang macam tu. Tanya doktor pula dia kata normal bila ada anak yang dah start sekolah. Pegang tempat yang sama, then berjangkit. Balik rumah, berjangkit pula dengan seisi keluarga then repeat. Jemmm kepala otak pikir apa sebenarnya root cause dia selain berjangkit dekat sekolah tu. 


Pernah 1 hari tu elok dah kami nak pergi beraya ke Pontian. Dalam perjalanan tu tiba-tiba badan Mardhiyah panas. Terpaksalah tukarkan baju dia pakai tshirt biasa je bagi tak berlengas badan dia sambil jelum. Nur ni kalau Mardhiyah atau Raihah demam Nur memang tak berapa nak relax sebab dorang ada sejarah sawan. Trauma okay hadap anak sawan depan mata. Lagi tak relaks sebab Mardhiyah ni orangnya susah sangat nak makan ubat. Makan muntah makan muntah. Bertambah jem kepala otakku. Huhuhu. 


Itu jelah kut highlights sepanjang bulan Syawal. Tahun mendatang nak kenang balik, boleh baca dekat sini. Walaupun ada lagi beberapa moment berlaku, takpelah..... kalau rajin Nur publish entry lain. Kalau rajin lahhh hahahaha kbye! 


4 Comments

  1. Biar lambat asal ada catatan memori gitu.

    Besar jugak udang kat pantai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Biar lambat asalkan ada. Haha. Haaa betul. Ada yg besar2 tapi masa kami datang tu tak banyak yg besar. Trip2 sebelum2 ni lagi banyak udang besar

      Delete
  2. banyak sekali recap kak. alamak tengok udang tu besar nyaaaaa. bestnya aktiviti mcm ni. selamat hari jadi kakak nurian. semoga anak2 akak terus sihat ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sekali gus. Itupun tak semua diceritakan. Selamat hari raya aidiladha pulak leyla!

      Delete