Resepi Tauhu Begedil dan Sambal Kicap yang Sedap, Resepi Tauhu Begedil, Resepi Tauhu Begedil azie kitchen, Resepi Tauhu Begedil daging sedap, Resepi Tauhu Begedil ayam sedap, Resepi Tauhu Begedil cheese, Resepi Tauhu Begedil nani rostam, Resepi Tauhu Begedil khairul aming, Resepi Tauhu Begedil frozen, Resepi Tauhu Begedil kulit popia, Resepi Tauhu Begedil buat orang lapo, Resepi Tauhu Begedil paling mudah, Resepi Tauhu Begedil dengan sambal kicap power, Resepi Tauhu Begedil mudah je, ini Resepi Tauhu Begedil yang laku keras, Resepi Tauhu Begedil mudah dan sedap sangat, Resepi Tauhu Begedil viral sambal kicap power berapi, Resepi Tauhu Begedil azlina ina, Resepi Tauhu Begedil guna tauhu basah, Resepi Tauhu Begedil yatie kitchen, Resepi Tauhu Begedil ikan, Resepi Tauhu Begedil azlita, cara buat tauhu begedil yang mudah


Nur memang suka makan tauhu begedil sejak dia mula popular dulu (cehhh dulu sangat ke). Nikmat betul dapat rasa lemak kentang bersama kekenyalan daging yang diadun bersama bahan-bahan lain, digabungkan pula dengan sambal kicap yang power. Uishhhh kecur air liur!

 

Tapi nak buatnya belum sampai seru lagi. Kalau teringin makan, Nur beli je kat mana-mana. Selalu juga beli dekat 1 seller ni tapi tak lama tu dia stop buat sebab dah start kerja. Dia punya tauhu begedil memang sedap.

 

Susah Sekarang Ni Nak Jumpa Tauhu Begedil yang Betul-Betul Sedap

Sejak 2022 ni, susah nak jumpa tauhu begedil daging yang sedap, cukup bahan dan rasa dia. Tak sure seller buat asal boleh atau atas faktor nak cut cost. Yela, barang sekarang mahal kan.

 

Ni dah betul-betul teringin, nak taknak Nur rajinkan diri juga dengan harapan dapatlah makan tauhu begedil yang sedap dan cukup rasa. Alhamdulillah, lepas juga keinginan yang satu ni. So kat sini Nur nak share resepi yang Nur gunakan. Mana tahu next time rajin nak buat tauhu begedil lagi, boleh lah refer sini.

 

Resepi Tauhu Begedil

 

BAHAN:

  • 1 paket tauhu kering (ada 21 biji)
  • 6-7 biji kentang
  • 1 biji bawang besar
  • 200 gram daging kisar
  • Daun sup
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Garam secukupnya
  • 2 biji telur
  • Sedikit tepung jagung

 

CARA BUAT TAUHU BEGEDIL:

1. Potong kecil kentang dan gorengkan. Kemudian toskan dan ketepikan untuk disejukkan.

2. Tumis bawang besar yang telah didadukan.

3. Masukkan daging. Masak sehingga air daging kering dan daging cukup empuk. Matikan api.

4. Potong 'X' bahagian atas tauhu kering dan keluarkan isinya. Ketepikan.

5. Lenyekkan kentang yang telah digoreng tadi.

6. Masukkan bahan lain seperti isi tauhu kering, daun sup yang telah dipotong kecil, bawang goreng, lada sulah dan garam secukupnya.

7. Kepalkan adunan begedil dan masukkan ke dalam tauhu kering.


Tips Tauhu Begedil Rangup


CARA GORENG TAUHU BEGEDIL:

1. Untuk mendapatkan texture kulit tauhu begedil yang rangup, tambahkan sedikit bancuhan air tepung jagung ke dalam telur. Nur agak-agak je. Kemudian pukul telur bersama sedikit garam.

2. Celupkan tauhu begedil kemudian gorengkan dengan minyak yang panas. Untuk mengelakkan gorengan tauhu begedil terlalu cepat bertukar warna cokelat (ke arah hangus), dinasihatkan untuk menggunakan api sederhana. Tapi kalau yang dah expert tu, abaikan nasihat ini. Hehe.

 

Resepi Tauhu Begedil dan Sambal Kicap yang Sedap, Resepi Tauhu Begedil, Resepi Tauhu Begedil azie kitchen, Resepi Tauhu Begedil daging sedap, Resepi Tauhu Begedil ayam sedap, Resepi Tauhu Begedil cheese, Resepi Tauhu Begedil nani rostam, Resepi Tauhu Begedil khairul aming, Resepi Tauhu Begedil frozen, Resepi Tauhu Begedil kulit popia, Resepi Tauhu Begedil buat orang lapo, Resepi Tauhu Begedil paling mudah, Resepi Tauhu Begedil dengan sambal kicap power, Resepi Tauhu Begedil mudah je, ini Resepi Tauhu Begedil yang laku keras, Resepi Tauhu Begedil mudah dan sedap sangat, Resepi Tauhu Begedil viral sambal kicap power berapi, Resepi Tauhu Begedil azlina ina, Resepi Tauhu Begedil guna tauhu basah, Resepi Tauhu Begedil yatie kitchen, Resepi Tauhu Begedil ikan, Resepi Tauhu Begedil azlita, cara buat tauhu begedil yang mudah


Resepi Sambal Kicap Padu


BAHAN:

1/2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

Segenggam cili (Nur campur cili merah dan hijau tapi lebihkan cili merah)

Kicap manis secukupnya

1 sudu besar kicap pekat

2 biji limau kasturi (ambil jusnya sahaja)

Garam & gula secukupnya

 

CARA:

1. Kisar semua bahan kecuali garam dan gula. Anggaran kicap memadai tenggelam semua bahan.

2. Panaskan periuk dan masak sekejap bahan kisar. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kalau rasa pekat sangat sambal kicap, boleh tambahkan lagi kicap manis ataupun sedikit air.




Jemputlah tengok Nur punya reels buat tauhu begedil kat atas ni :)


Akhir Kata 

Overall Nur sangat berpuas hati dengan tauhu begedil yang Nur buat sendiri. Tapi masalahnya, nak buat tauhu begedil ni boleh tahan renyah pada Nur. Akan datang mungkin boleh buat lagi tapi kena cuti masak 1 hari la. Hahahaha over kan?

 

Nur salute dengan seller tauhu begedil yang masih mengekalkan kualiti dan prestasi tauhu begedil mereka hingga kini. Pada Nur, tiada masalah kalau seller naikkan harga tapi masih mengekalkan kualiti tauhu begedil mereka. Biar mahal tapi pelanggan puas hati. Tapi ni kalau harga masih sama tapi asal boleh je tauhu begedil dia, potong stim tau nak makan.

 

Tapi ni pendapat Nur sebagai pelanggan. Untuk pihak penjual Nur tak pasti lah pendirian mereka macam mana.

 

Apa-apa pun moga penjual makanan di luar sana kuat untuk menempuh dugaan harga barang naik. Mesti pening kepala memikirkan kos bahan dan keuntungan yang diterima. Nur doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Aamiin ya Allah ya Mujib :)

5 Comments

  1. Fav ni, mesti cuba resepi yang dikongsikan. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Tq share resepi. Kalau makan soto, wajib ada ni.

    ReplyDelete
  3. Macam sedap nampak! Terliur aku tengok memalam..HAHHAA

    ReplyDelete