10 Keperluan Dan Persediaan Makanan Pertama Bayi 6 Bulan
Assalamualaikum & hai semua terutama para ibu yang sedang membuat persediaan awal perjalanan 'solid food' anak kesayangan. Excited kan anak dah boleh makan? Eh. Ke tengah nervous?
It's okay. Nur yang dah anak dua ni pun masih lagi nervous. Sebab tu, Nur buat blog post ni. Senang nak rujuk nanti, andai kata Allah bagi izin anak ketiga pulak. Tak payah nak study balik dari awal. Makan masa tau. Haha.
So.... Bila anak dah start boleh makan, apa persediaan yang ibu perlu sediakan? Meh Nur listkan dekat bawah ni.
1. Ilmu
Haaa ni paling penting. Nur pun masih lagi belajar. Yang penting ilmu basic tu perlu tahu. Contohnya:
2. Plan Makanan Anak
Sumber encik Google |
Bila ada plan makanan (senarai puree yang sesuai mengikut umur anak), ibu akan lebih mudah untuk menyediakan makanan anak, termasuk bahan yang diperlukan. Lagipun kalau anak ada alah kepada sesuatu makanan, ibu boleh terus refer plan tersebut untuk menyediakan menu yang baru.
Dalam buku rekod kesihatan anak ada terangkan sedikit tentang panduan pemakanan (mukasurat 34-38). Nur gabung info dari buku kesihatan anak dengan info yang Nur cari dekat group FB dan juga info dari Google.
Mengikut cadangan sukatan makanan sehari, kumpulan makanan yang diperlukan bayi 6-8 bulan ialah 1.5 cawan bijirin atau ubi-ubian, 1/4 cawan sayur-sayuran, 1/4 cawan buah-buahan dan 2 sudu teh protein seperti daging, ayam, ikan & kacang.
Tapi Nur tak berani bagi anak makan terus cukup lengkap portion nutrisi sebab Nur takut anak Nur ada alahan so Nur apply konsep 4DR yang Nur mention dekat point pertama tadi. Nur start dengan bubur kosong dulu. Nur ada share cara Nur buat bubur kosong untuk baby dekat SINI.
Bila anak pass sesuatu makanan/puree baru Nur cuba menu lain pula. Sampailah boleh bagi anak makanan yang lengkap nutrisi sehari berserta snack.
3. Food Processor/Blender & Steamer
Ada banyak tools yang ibu boleh guna untuk sediakan makanan anak. Nur gunakan food processor brand Autumnz. Brand ni kira mampu milik juga la untuk Nur. Dah 3 tahun juga usia dia.
Senang guna jenis macam ni. Kukus dan blend di tempat yang sama so kurang renyah nak sediakan makanan anak. I like. Cuma kekurangan dia, size boleh tahan besar la. Kalau nak kemana-mana, kena angkut food processor ni. Tapi tak menjadi masalah buat Nur. Kalau balik kampung, Nur angkut saje.
Baca juga: Cara Panaskan Makanan Bayi
4. Penapis
Jangan aneh ya Nur mention sekali penapis. Gunanya penapis adalah untuk tapis makanan yang ibu dah blend. Kadang tu ada makanan yang jenis berserat dan tak boleh lumat dengan blender, ini lah gunanya penapis.
Tapi bila dah start intro texture makanan yang sedikit kasar untuk anak, tak perlu dah pun penapis ni. Permulaan sahaja.
5. Feeding Set (Sudu, mangkuk & fruit feeder)
Yang ni basic lah kan? Sudu di pasaran pun ada pelbagai jenis. Ikut budget ibu macam mana. Lagi besar budget lagi best sudu yang ibu boleh beli. Kalau Nur, cukup memadai material sudu tu silicone dimana ianya lembut so in case anak nak gigit, takdelah sakit gusi anak tu kan.
Mangkuk pun bermacam jenis ada. Better beli yang bertutup dan anti-slip. Senang sikit kerja ibu nak bagi anak makan. Yang penting BPA FREE.
Masa first time prepare keperluan anak sulung Nur 2 tahun lepas, Nur tak sangka 'puting besar' macam ni pun ada. Tak terjangkau dek akal boleh ada fruit feeder ni.
Fruit feeder ni membolehkan anak kita untuk menikmati 'finger food' dengan selamat. Ibu boleh letak buah-buahan yang lembut dan kasi anak enjoy gigit puting tu untuk makan dengan sendiri.
Fruit feeder ni paling best bawa time travel. Beli buah yang lembut dan tak perlu kita steam dan kisar, kemudian masukkan aje dalam fruit feeder tu. Senang kan? Nak guna fruit feeder time snacking anak pun okay juga.
6. Bip
Baby kan? Confirm makan comot so ini lah gunanya bip. Untuk kurangkan kekotoran dekat baju, pakaikan anak bip.
Nur guna yang material silicone siap 'takung' dekat bawah tu. So kalau makanan terjatuh, takdelah kena dekat baju dan seluar anak. Lagi kalau jenis yang warna pekat seperti buah naga dan juga carrot. Bertompok karang baju anak.
7. Botol air
First day anak makan, jangan expect anak terus pandai gayakan botol air yang ibu dah beli tu, lagi-lagi anak yang fully bf. Baru nak mencuba la katakan. Untuk umur 6 bulan, botol air yang paling sesuai untuk anak adalah jenis sippy cup. Nanti 8 atau 9 bulan dah boleh ajar guna botol straw pula.
Sambil tu standby laa air dalam mangkuk juga. Boleh suapkan air guna sudu juga kalau baby belum pandai gayakan botol air yang ibu beli. Back up plan gitu.
8. Food storage
Ibu boleh sediakan bekas kecil untuk simpan makanan anak. Boleh juga letak dalam bekas ice maker in case ibu nak sediakan puree anak secara pukal.
Maksud Nur, ibu sediakan pelbagai jenis puree ikut jadul, lepastu masuk dalam bekas ais untuk dibekukan. Bila waktu makan anak dah tiba, tinggal keluarkan dari bekas dan panaskan aje. Senang kan?
9. Minyak zaitun
Haaa, minyak zaitun ni antara barang yang 'wajib ada' juga dalam list barang keperluan persediaan makanan pertama anak. Selain tinggi vitamin yang diperlukan tubuh badan anak, minyak zaitun juga merupakan sumber lemak semulajadi untuk anak kita.
So tiap kali nak bagi anak makan, Nur akan letak 2 hingga 3 titis minyak zaitun dalam setiap makanan anak tak kiralah bubur kosong ke, puree sayur ke atau puree buah. Jenis minyak zaitun yang Nur gunakan adalah extra virgin olive oil (evoo).
10. Kerusi makan
Baby chair Nur start guna bila anak dah 6 bulan lebih. Awal-awal 6 bulan tu Nur bagi anak makan dalam car seat dulu. Bagus sebenarnya ajar anak makan di baby chair. Selain dapat ajar anak untuk makan sendiri, makan di baby chair juga dapat mendisiplinkan anak kita supaya makan di tempat yang betul.
. . . . . . . . . . . . .
Ermmmm rasanya itu ajelah keperluan yang ibu perlu sediakan untuk intro anak makan. Nur share berdasarkan pengalaman Nur sebenarnya. Excited tapi pada masa yang sama nervous. Entah kenapa nervous pun tak tahu lah. Takut jadi macam anak sulung, si Mardhiyah masa dia masuk 7 bulan dulu agaknya. Tetiba taknak makan. Moga anak kedua, si Raihah baik-baik saje. Pada tarikh Nur taip entry yang ni pun, Raihah baru 6 bulan 10 hari. Long way to go....
20 Comments
Wah.. terima kasih berkongsi tip-tip ini. Walhal still single, orang lelaki kena amik berat tentang ini boleh membantu isteri kelak.. :)
ReplyDeletetips yang sangat2 berguna..walaupon akak dah takde anak2 kecil tapi akak suka jer baca tips2 macam ni..sangat bermanfaat untuk kita semua..
ReplyDeletemakanan untuk bayi umur 6 bulan pertama memang kena jaga betul-betul
ReplyDeleteMudah sekarang ni dekat google dah ada tips dengan jadual untuk makan puree. Bukan sebarangan makanan boleh bagi dekat baby. great tips & sharing sis :)
ReplyDeleteIlmu baru yang sis baru tahu. Zaman skrg semua parent lebih berpengetahuan utk menjaga dan membesarkan anak2.
ReplyDeleteTq for sharing nur. Diela sedang belajar beri anak makan juga sekarang boleh la tgk info di sini.. Anak diela nak masuk 7 bulan dah, tp x leh duduk lg.. Jadi suap dia sambil baring je, tp tinggikan kepala..
ReplyDeletewah perkongsian yg menarik, sangat details dari merancang sampai nak tarik perhatian baby untuk makan. nice sharing sis :)
ReplyDeleteGood info, Nur. Memang tips-tips yang sangat membantu mom with kids
ReplyDeletevery informative write up. tq for sharing. dah bookmark for future use. doakan saya dikurniakan zuriat ye.
ReplyDeleteZaman sekarang ni senang kan, ada food processor semua. Mak saya dulu mash guna sudu kemudian tapis.
ReplyDeleteComel nya food prosessor tu.
ReplyDeleteMemang bab nak mulakan bagi anak makan ni kan, nervous sangat. Sebab pertama kali anak nak terima benda baru kn.
Bagus apa yang Nur buat ni..
ReplyDeleteKalau zaman Sis membesarkan anak dulu, takde gini haaa, main bedal jee macam Mak-Mak kita dulu, nasib juga semua anak-anak pemakan.. budak sekarang aje, kita kena ajar dari kecik pemakanan dan displin time makan, kalau tak memang susah nak makan kann..
Interesting tips that I must take note too for future reference kan.. Thanks for sharing these tips ya...
ReplyDeleteGreat post, I really miss preparing soft food for my baby, I used to love using avacados, bananas and millets as well, really good for the baby.
ReplyDeletewhat a beautifully written article! this is so important for first-time expecting mothers and the tips are very useful. learned so much from this
ReplyDeleteGood info lah banyak yang berguna dan juga bagus buat ibu bapa yang baru dapat baby kita yang tak ada baby lagi boleh belajar heheheh thank tau sharing ni bagus berguna...
ReplyDeleteHello cute baby! Yes I agree Food Processor/Blender & Steamer is very handy to mummy to make food for the little ones. good mummy!
ReplyDeleteSaya paling setuju yang first tu - ILMU. Ada first time parents yang malas nak cari ilmu main taram je nak bagi baby apa pun. Kekadang nak je tegur tapi apakan daya kan Hahaha
ReplyDeleteSo much to learn and for sure I will remember this! Baby planning is on going
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete