Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerjasama Kajian Penyelidikan antara UTHM dengan CHARMS Skincare



Jujur cakap sebagai seorang insan yang pernah menimba ilmu selama 6 tahun di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Nur berasa sangat teruja bila dapat tahu UTHM akan menjalinkan kerjasama penyelidikan bersama Charms Skincare. Tahniah Nur ucapkan buat UTHM dan CHARMS Skincare.

 

Siapa je tak kenal Charm Skincare kan? Charms adalah produk kosmetik dan penjagaan wajah yang terbukti secara saintifik dan selamat digunakan serta efektif. Produk Charms dihasilkan dari bahan-bahan selamat, bersih dan halal mengikut Syarak serta mendapat pengiktirafan Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Charms telah diperkenalkan sejak tahun 2012 dan kian mendapat sambutan hangat saban tahun bukan saja dari Malaysia, malah Singapura, Brunei, Arab dan negara lain.

 

Umum mengetahui bahawa, industri kosmetik dan penjagaan wajah adalah satu industri yang berkembang pesat di Malaysia pada era globalisasi ini. Menyedari akan faktor ini, Charms ingin memberikan yang terbaik kepada para pengguna dalam masa yang sama tidak mengabaikan kualiti produk serta menitikberatkan soal keselamatan produk.

 

Alhamdulillah, pada 19 Januari 2022 Nur telah berkesempatan untuk turut sama dalam Majlis Menandatangi Kerjasama Penyelidikan antara UTHM dan CHARMS Skincare. Hasil dari kerjasama ini, Pusat Penyelidikan UTHM akan menjalankan kajian analisa produk mengenai anti penuan, komposisi kimia serta validasi halal terhadap kesemua produk CHARMS Skincare.

 


Majlis yang berlangsung selama 2 jam itu telah diadakan di Dewan Banquet, Dewan Sultan Ismail, UTHM. Terbayang-bayang kenangan final exam dan Majlis Istiadat Konvokesyen dalam dewan tersebut. Sungguh diri ini rindu. Sambil turut sama dalam majlis #charmsxuthm, dapatlah juga mengenang kembali zaman muda-mudi bersama rakan seperjuangan di UTHM.

 


TENTATIF MAJLIS

Selepas bacaan doa dan ucapan pembukaan oleh emcee, Majlis Kerjasama Penyelidikan ini dimulakan dengan ucapan aluan dari Ustaz Hj. Mustapahayuddin Abdul Khalim selaku Pengarah Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ). iSWAJ merupakna institut penyelidikan dan perundangan yang telah meluaskan peranannya bagi melaksanakan pelbagai aktiviti penyelidikan dan pembangunan, latihan dan kemahiran, pendidikan, perundangan dan program akademik bagi memenuhi keperluan industri halal.

 

Majlis diteruskan pula dengan ucapan aluan dari Puan Nur Bashirah Binti Hussin selaku Ketua Pegawai Eksekutif CHARMS Skincare. Menariknya adalah suatu ketika dahulu, Puan Bashirah merupakan seorang pensyarah di Institusi Pengajian Awam selama 8 tahun, kemudian menceburkan diri ke dunia perniagaan di bawah Fasyeera Empire Sdn. Bhd.

 


Menurut Puan Bashirah, kerjasama penyelidikan antara UTHM dan CHARMS adalah satu bentuk penegasan bahawa jenama CHARMS amat serius dalam mementingkan integriti dan keberkesanan barisan produk CHARMS.

 

Kemudian, Majlis Kerjasama Penyelidikan diteruskan lagi dengan ucapan aluan dari Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir Omar selaku Timbalan Naib Cancelor (Penyelidikan & Inovasi) UTHM, Majlis Menandatangi Kerjasama Kajian Penyelidikan UTHM-CHARMS, Penyerahan Mock Cheque CHARMS kepada UTHM, Penyampaian Sijil Rakan Penyelidik, Penyampaian Cenderemata, Sesi Fotografi, Pembentangan Kemajuan Kajian Penyelidikan oleh Ketua Geran Industri, Makan Tengahari dan Liputan TV3 termasuklah Sesi Q&A.

 


PRODUK CHARMS YANG TERLIBAT

Berbalik tentang kerjasama kajian penyelidikan, untuk pengetahuan semua, kajian dan analisa produk CHARMS yang dijalankan mengambil masa 6 bulan sebelum keputusan ujian dikeluarkan. Terdapat 5 objektif kajian penyelidikan yang ingin dicapai iaitu untuk menganalisis tona kulit, komposisi kimia, kestabilan produk, sifat anti penuaan dan pengesahan halal.




Antara 7 jenis produk CHARMS yang dikajiterlibat dalam kajian penyelidikan ialah:

1) Cleanser & Makeup Remover

2) Star Glow Fairy Face Scrub

2) Concentrated Brightening Toner

3) Concentrated Hydrating Essence

4) Intelligence Serum

5) Hydra Fresh Tinted Moisturizer

6) Advanced Night Spa

 

Seramai 25 orang peserta yang terlibat dalam kajian penyelidikan ini. Peserta telah menerima set penuh produk CHARMS yang beranggaran RM710. Namun, terdapat seorang peserta yang menarik diri atas sebab tertentu.

 


KEMAJUAN KAJIAN PENYELIDIKAN

Menurut Dr. Norhayati Binti Mohammad selaku Ketua Pegawai Penyelidik yang membuat Pembentangan Kemajuan Kajian Penyelidikan, penilaian tona warna kulit, analisis kimia dan kestabilan produk telah dijalankan mengikut jadual. Namun, analisis antioksida dan DNA masih di peringkat awal kerana isu perolehan pada hujung tahun 2021.




Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan bagi menerbitkan jurnal berkaitan serta memasuki pertandingan produk kosmetik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Keseluruhan kos yang berjumlah lebih 50 ribu ringgit Malaysia akan digunakan dalam manjayakan keseluruhan projek ini.

 

Kerjasama dua hala ini juga selaras dengan saranan Kerajaan Malaysia dalam melahirkan tenaga mahir mencukupi yang sesuai dengan keperluan sektor dimana para pelajar UTHM akan menjadi pembantu penyelidik dalam kajian yang dijalankan seterusnya mereka bakal menimba pengalaman sebelum ke dunia sebenar.

 

Semoga jalinan kerjasama ini sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan kearah industri pengusaha produk yang lebih baik.


Bersama rakan JDT Blogger, dari kiri Uyul, Syu, Nur dan Juju

Bersama Puan Bashirah yang cantik dan tinggi lampai


Bersama lecturer yang pernah mengajar Nur suatu ketika dahulu; Prof. Madya. Ir. Ts. Dr. Shahiron Shahidan. Beliau salah seorang VIP dalam Majlis Menandatangani Kerjasama Kajian Penyelidikan antara UTHM dengan CHARMS








Post a Comment

1 Comments

  1. Wahh tahniah CHARMS dan UTHM! Menggamit memori bila kembali ke universiti kan. Hehehe.

    ReplyDelete