Ticker

6/recent/ticker-posts

Walaupun Marah Siap Juga Wetfood untuk Anak-Anak Kucing




Nur ni bukan pencinta kucing. Tapi suka jela tengok sbb dorng comel. Dan benda paling baik Nur boleh buat ialah pegang dorang sikit-sikit setakat sentuh-sentuh gitu & bagi makan sahaja. Segala jenis peluk ke bersihkan mata kucing ke bontot kucing ke mandikan kucing ke fuhhhh mintak maaf sgt memang diluar bidang. Lagikan pulak najis dorang.


Tapi harini boleh pulak dorang 4 ekor anak kucing main depan pintu rumah siap package kencing berak lagi. Dah tu kasut sukan Nur pun habis hancing bau air kencing dorang. Wehhhhh mana tak hanginnnnnnn.

 

Nur sampai search dekat FB mana nak letak kucing ni tahu tak. Tapi siapa je nak amek kucing kat Kluang ni? Ada ke? Zaman barang semua naik ni ada ke yg nak tambah beban jaga kucing? 

 

Sampai anak-anak Nur pun cuak tengok ibu dia hangin pagi-pagi. Kalau benda ni jadi hari Ahad takpe jugak. Abe (suami handsome Nur) boleh kasi settle. Tapi jadi bila abe dah pergi kerja. Takkan nak biar sampai ke patang abe balik kerja baru settle najis ni. Nak taknak dgn amarah yg membuak tula kasi sental.

 

Tapi dalam marah-marah tu, lepas settle semua kerja pembersihan & kerja rumah, Nur angkut anak-anak pergi Aeon cari labu, ayam & lain-lain untuk buat wetfood anak-anak kucing tu. Ikutkan marah memang malas nak ambil tahu pasal kucing tu. Lantak engkolah dah makan ke belum. Bukan masalah aku. 





Tapi entahlah, Nur tahu ni ujian Allah nak bagi. Nak tengok Nur sabar ke tak. Nur memang tak yakin Nur boleh sabar sebab tu tak masal cari group pencinta kucing Kluang kut ada yang nak tolong belakan kucing-kucing ni. 

 

Tapi entah ek, zaman barang naik ni takut aniaya orang pulak sebab Nur pun tak berapa berduit sangat nak commit bagi orang tu duit monthly untuk segala kos makan, ubat dan kos lain penjagaan kucing tu. 

 

So nak taknak kena hadap lah. Sebab Nur pikir, kalau pun ada yang boleh tolong jagakan kucing ni, esok-esok mesti ada kucing lain datang. Haha sama juga kitaran dia kan? Lagipun Nur cuba pikir positif juga. Walaupun Nur tak reti jaga kucing, setakat reti bagi makan je, in shaa Allah ada pahala terselit. Moga dengan memberi kucing makan, Allah permudahkan urusan harian Nur. Ahhhh sebak. Tengah menaip ni pun bergenang dah air mata. 

 

Lemah betul emosi harini. Entahlah. Penat sangat agaknya. Hmmm moga diri ini sabar & kuat hadapi 'kerja tambahan' ni. Itu jela yang Nur harapkan. 

 

Nur cerita ni bukan nak merungut. Tapi nak meluah aje. Dah alang-alang meluah tu, nak cerita juga macam mana Nur buat wetfood untuk anak-anak kucing. Teringat masa buatkan puree untuk anak-anak Nur. Lebih kurang lah proses dia. 


Resepi Homemade Wetfood Anak Kucing





Nur cuma gunakan ayam, labu dan sedikit agar-agar tali. Ayam sekor Nur guna kecuali leher, kaki & pedal. Labu pula Nur guna 3/4 sahaja. 

 

  1. Mula-mula Nur rebus ayam hingga masak. Kemudian ayam tu Nur ketepikan tapi air rebusan tu Nur tak buang. Gunakan air rebusan ayam tadi untuk rebus labu pula. Bila labu dah empuk, ketepikan labu. 
  2. Biar kejap ayam dan labu tu sejuk baru Nur blend hancur 2 bahan ni. Gunakan air rebusan ayam & labu masa proses mengisar tuu. 
  3. Then, balance air rebusan tu Nur tambahkan lagi sedikit air untuk masak agar-agar tali pula. Agar-agar ni gunanya untuk pekatkan texture wetfood tu. Tapi kalau wetfood tu dah sedia kala pekat, tak perlu kut guna agar-agar tu. 

 

Alhamdulillah selera anak-anak kucing tu makan. Tapi dorang takut-takut dengan Nur sebab ni first time Nur bagi dorang makan. Lagipun dorang takut sebab siang tadi dorang kena marah dengan Nur. Haha garang-garang acik Nur ni, tetap ingat korang punya perut tahu tak. 

 

Sekian luahan dari Nur. Andai ada pencinta kucing baca luahan Nur ni, jangan marah ya. Nur memang tak reti jaga kucing. Nur membesar dengan rumah yang takde kucing sebab mak Nur tak suka kucing. Lagipun Nur trauma dengan kucing sebab kecik-kecik dulu ada budak laki baling kucing dekat Nur, habis tangan kena cakau. Start dari tu memang tak suka kucing. 


Tapi Nur cuba mana yang Nur mampu untuk jaga anak-anak kucing ni. Ni bukan kucing bela tau. Ni stray cats. Mak dia beranak dekat belakang rumah. Lepastu menetap dekat kawasan rumah ni. So kena lah bagi makan. Kalau tak, takut aniaya dorang pulak kan :) 

Post a Comment

0 Comments