Ketahui Perasaan Ibu Lain Terhadap Susu Tepung Formula untuk Kanak-kanak!

 

Media sosial dan platform beli-belah atas talian pastinya telah mengubah cara kami membeli produk. Ibu bapa menjadi lebih waspada dan berhati-hati tentang semua yang mereka beli, disamping mengharapkan kejelasan yang sempurna serta akauntabiliti daripada jenama susu formula yang mereka ingin beli. Tetapi kami fikir ia adalah perkara biasa, kerana mereka hanya mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

 

Tinjauan yang dijalankan oleh theAsianparent dan Friso Gold® menunjukkan bahawa ibu bapa Malaysia sebenarnya mengambil berat tentang pemilihan susu tepung yang diambil oleh anak-anak dan ibu hamil. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pembelian mereka, terutamanya dalam kalangan ibu hamil dan ibu yang mempunyai anak (12 bulan dan ke atas) di Malaysia.

 

Maklumat Pembungkusan Susu Tepung yang Terdapat di Malaysia




Ibu-ibu hari ini banyak menekankan tentang ketelusan, terutamanya kebimbangan mereka terhadap perkara yang tidak berada dalam kawalan mereka, seperti penarikan balik produk dan kebimbangan keselamatan atau kebimbangan kesihatan ibu bapa terhadap perkara yang berkaitan dengan produk makanan.

 

Oleh sebab yang demikian, ibu-ibu kini akan melihat lebih daripada sekadar maklumat pembungkusan dalam membuat keputusan mengenai susu tepung formula. Satu contoh yang baik ialah komitmen dan dedikasi sesuatu jenama terhadap proses semakan kualiti, yang merangkumi ketelusan proses, sumber bahan dan pelbagai jenis pelaksanaan kawalan kualiti.

 

Lebih Banyak Maklumat yang Ada, Lebih Mudah Untuk Membuat Keputusan


Every Malaysian Mum’s Expectations Towards Maternal and Formulated Milk Powder for Children, Harapan Setiap Ibu Malaysia Terhadap Ibu Hamil dan Susu Tepung Formula untuk Kanak-kanak, Friso gold, maternal friso gold, Friso gold for pregnant mom, Friso gold for maternal, friso gold step 3, Friso gold step 4, Friso gold step 1, Friso gold price, Friso gold gold 3, Friso gold step 2, Friso gold step 3 ingredients, Friso gold step 3 review, Friso gold step 1 review, Friso gold Malaysia stronger inside, request a sample friso gold Malaysia, Friso gold Malaysia nutrient rich milk made in Holland, is Friso gold good for my baby, what is difference between frisolac and Friso gold, how do you make frisolac step 1, what is the difference between enfalac step 1 and 2, Friso gold newborn

Kebimbangan utama para ibu ketika membuat keputusan mengenai susu tepung ialah pandangan mereka tentang jenis proses kawalan kualiti dan keaslian produk serta bahan yang digunakan dalam pembuatan susu tepung tersebut.

 

Dua bahagian utama pemeriksaan kualiti ialah sumber bahan dan proses pengeluarannya. Jika diabaikan, produk tersebut boleh menjejaskan kualiti hidup ibu dan anak secara negatif, dan itulah sebabnya setiap negara mempunyai peraturan tersendiri yang perlu dipatuhi.

 

Sebab Ibu Bapa Ingin Mengesan Maklumat Produk Susu Tepung Di Malaysia

Every Malaysian Mum’s Expectations Towards Maternal and Formulated Milk Powder for Children, Harapan Setiap Ibu Malaysia Terhadap Ibu Hamil dan Susu Tepung Formula untuk Kanak-kanak, Friso gold, maternal friso gold, Friso gold for pregnant mom, Friso gold for maternal, friso gold step 3, Friso gold step 4, Friso gold step 1, Friso gold price, Friso gold gold 3, Friso gold step 2, Friso gold step 3 ingredients, Friso gold step 3 review, Friso gold step 1 review, Friso gold Malaysia stronger inside, request a sample friso gold Malaysia, Friso gold Malaysia nutrient rich milk made in Holland, is Friso gold good for my baby, what is difference between frisolac and Friso gold, how do you make frisolac step 1, what is the difference between enfalac step 1 and 2, Friso gold newborn


Menurut tinjauan itu, dua faktor yang memberi keyakinan kepada semua ibu untuk memilih susu tepung ialah ketelusan dan keupayaan untuk mengesan maklumat penting. 91% ibu juga berkongsi bahawa mereka mahu kegusaran mereka terjawab dengan mengetahui produk susu formula tersebut telah menjalani pemeriksaan yang sepatutnya dan selamat untuk diminum ibu hamil dan anak mereka. Ia juga membantu memastikan mereka bahawa produk susu formula yang ada di tangan mereka adalah tulen dan mempunyai jaminan kualiti.

 


Sebab untuk Percaya dengan Produk Susu Tepung




Dalam dunia hari ini, pengguna memberikan penekanan yang secukupnya pada ketelusan jenama, kerana siapa sahaja yang tidak mahu mengetahui cara produk kegemaran mereka dihasilkan. Ini menjadi lebih penting bagi ibu-ibu yang mencari jenama susu tepung kerana ia mengandungi nutrien utama untuk disalurkan pada kandungan mereka semasa hamil, dan anak-anak mereka.

 

Bagi ibu-ibu, selain kepentingan nutrien utama seperti vitamin, mineral dan kandungan DHA dalam susu tepung, kepercayaan terhadap sesuatu jenama dimenangi melalui produk susu berkualiti tinggi yang mampu untuk memberitahu umum tentang proses susu mereka dihasilkan. Jenama yang boleh menunjukkan formulasi mereka dibuat daripada sumber makanan yang boleh dipercayai dan telah mematuhi kawalan kualiti yang betul menawarkan ibu jaminan yang mereka dambakan untuk diri mereka sendiri dan anak mereka. 

 

Nutrien utama seperti vitamin, mineral dan DHA adalah penting untuk ada dalam susu tepung. Oleh sebab itu, proses pengeluaran susu tepung sentiasa diberi perhatian. Kepercayaan dimenangi oleh ibu apabila sesuatu jenama lebih telus, menggunakan sumber makanan yang boleh dipercayai dan sentiasa mematuhi piawaian kawalan kualiti standard. 

 

Kesimpulannya, pilihlah dengan bijak. Apabila sedang mempertimbangkan sesuatu jenama, sentiasa melihat faktor lain selain faktor harga dan khasiat. Jika boleh, pilihlah jenama yang membolehkan anda mengesan perjalanan produk dari ladang ke troli, supaya anda boleh membeli-belah dengan tenang.



0 Comments