Seronok Buat Pemeriksaan Darah dan Ultrasound Scan di Klinik MyFamily Masai
"Cantik lah kolesterol awak. Macam mana awak jaga ya? Ada makan supplement apa-apa ke?“
Itulah soalan yang Nur dapat dari Doktor Ain masa review result ujian darah hari tu. Dr Ain ni memang peramah orangnya. Seronok sungguh Nur, tak rasa kekok pun pergi klinik haritu. Macam pergi jumpa member je rasa.
Alhamdulillah
syukur result blood test semuanya okay. Yang paling nervous bab kolesterol lah.
Iyalah PKP banyak duduk rumah kerjanya makan aje. Yang masak sendiri lain, beli
dekat luar lain, fast food pun lain. Tapi syukur alhamdulillah paras
kolesterol Nur okay dan yang lain pun okay.
Alkisahnya
haritu Nur pergi buat pemeriksaan darah di Klinik MyFamily cawangan Masai. Kita
semua maklum yang buat pemeriksaan darah secara berkala ni bagus untuk kita
tahu tahap kesihatan tubuh badan kita. Sekurang-kurangnya setahun sekali kita
perlu buat pemeriksaan darah. Ada orang memang liat nak buat sebab takut tetiba
tahu diri ada penyakit tapi why not tahu awal so dapat cegah awal dan buat
rawatan awal kan?
So
haritu Nur buat pemeriksaan darah Pakej Screening Basic. Ada lagi 2
pakej pemeriksaan darah dekat Klinik MyFamily dengan harga yang
berbeza macam gambar dekat bawah tu. Tapi Nur pilih yang basic
jela. Basically screening basic ni boleh mengesan penyakit darah tinggi,
kencing manis, hyperkolestrolemia, hati/batu hempedu, buah pinggang, gout,
anemia dan juga calcium/phosphate.
Keputusan
pemeriksaan darah tak dapat on the spot tapi amek masa 1 hari je. Keesokan
hari, pihak Klinik MyFamily WhatsApp Nur bagitahu result pemeriksaan darah dah
ada so boleh datang untuk review result bersama doktor. Alhamdulillah
semua okay.
Selain pemeriksaan darah, Nur juga buat Full Abdomen Scan dimana doktor akan buat pemeriksaan menyeluruh imbasan bunyi (ultrasound) untuk bahagian perut dan pelvis. Memandangkan Nur memang ada masalah batu hempedu tapi dah lama tak follow up dengan doktor, so sangat excited lah nak tahu perkembangan terkini batu dalam hempedu Nur tu.
Full abdomen scan ni akan datang bersama radiologist report dan gambar scan so boleh la simpan untuk rekod kesihatan kita sendiri. So lepas buat scan, Nur dapat tengok tahap kesihatan di bahagian abdomen & pelvis Nur dan juga organ dalaman yang terlibat seperti pankreas, hati, hempedu, buah pinggang, pundi kencing, ovari dan juga rahim. Syukur alhamdulillah semuanya sihat kecuali hempedu jela, masih ada batu kecil.
Gambar scan hempedu Nur yang ada batu kecil |
Nur
tak buat operation buang hempedu sebab Nur masih di tahap yang okay cuma kalau
sakitnya datang, memang sakitlah. Macam sakit contraction nak beranak tu. Tapi
tu cerita lain lah. Yang sekarang punya cerita, Nur bersyukur sangat organ dalaman
Nur semuanya okay. Ukuran semua normal dan okay serta tiada
apa-apa masalah. Tiada fibroid, cyst mahupun ketumbuhan di rahim
dan hati serta tiada batu di buah pinggang.
So berbaloi lah buat full abdomen scan. Kita dapat tengok tahap kesihatan organ badan kita macam mana walaupun hitam putih sahaja. Klinik MyFamily ada juga buat scan yang lain seperti breast scan dan thyroid scan. Nak scan baby dalam kandungan pun boleh sama ada 2D/3D/4D/5D. Klinik MyFamily ada juga buat details scan untuk ibu hamil. So lepas ni kalau diizinkan mengandung lagi, Nur nak buat details scan dekat Klinik MyFamily lah. Sebelum ni 2 kali mengandung buat details scan dekat klinik di Kota Masai sana.
Details scan ni penting tau untuk tahu kesihatan dan perkembangan baby kita dengan lebih details. Nak detect keabnormalan pun boleh awaknya. Jangan tahunya excited nak tengok muka baby aje. Eh mengomel pulak. Haha.
By the way, Nur sertakan beberapa poster untuk tatapan korang dekat Facebook Nur ya. Mana tahu tengah mencari klinik yang best untuk buat medical check up ke kan. Boleh la try buat dekat Klinik MyFamily. So far ada 4 cawangan:
- Klinik MyFamily Ampang
- Klinik MyFamily Melaka
- Klinik MyFamily Skudai (Johor)
- Klinik MyFamily Masai (Johor)
So
far pendapat Nur, cawangan Masai memang best. Lepas pendaftaran dapat
cookie tau. Serius ni first time dapat cookie dekat klinik. Jakun tapi at the
same time rasa amazed. Pandai Klinik MyFamily ambil hati pelanggan. Doktor
dia pun best. Peramah sangat. Rasa seronok pergi klinik, takdelah 'tegak'
sangat situasi consultation tu. Kawan Nur pernah pergi cawangan Skudai pun
cakap best.
Memang
menjadi pilihan ramai laa Klinik MyFamily ni. Tengoklah tu dia punya
suasana dan susun atur dalam klinik. Rasa macam dekat rumah kan? Selesa je. So
kalau nak pergi, jangan pilih hari Sabtu ya sebab klinik tutup. Eh, dan juga
public holiday. Klinik MyFamily beroperasi dari hari Ahad hingga
Jumaat, dari jam 9:00AM - 6:00PM. Jumaat aje tutup awal (9:00AM - 1:00PM).
Jangan cakap Nur tak bagi tahu ya.
Kalau malas nak walk in tanya ini itu sebelum dapatkan rawatan atau nak booking slot untuk buat ultrasound ke, eloklah korang contact dulu kliniknya. Nahh Nur bagi nombor telefon. Nak call boleh nak whatsapp pun boleh.
Call Klinik MyFamily : 07-3808080
Whatsapp Klinik MyFamily : +6018-3784800
Website : www.klinikmyfamily.com
Instagram : klinikmyfamilyjb
Facebook : Klinik MyFamily Johor
Alamat : No. 108, Jalan Sierra Perdana 4/1, Taman Sierra Perdana, 81750, Masai, Johor.
Location : https://goo.gl/maps/hH6Rei7eVhWN6RNJ8
1 Comments
Klinik ni belakang rumah saya je. Saya tertarik part ada batu di hempedu. Kalai sakit macam sakit contraction nak beranak. Nampak gaya saya perlu buat scan juga ni
ReplyDelete