Pengalaman Pertama Kali Tanam Bendi Secara Organik
Orang kata berbudii pada tanah ada hasilnya. Alhamdulillah, tak sangka betul cubaan pertama tanam bendi secara organik menjadi dengan jayanya. 'Peluang' dah ada depan mata, apa lagi, kita kasi gunalah. Peluang apa tu? Hehe nanti-nanti Nur cerita ya.
Sekarang nak ceritakan keterujaan Nur berjaya tanam bendi secara organik. Mahu
tak teruja. First time kut. Tak sangka betul tangan ni ada bakat juga tanam
pokok. Alhamdulillah Allah bagi jadi. Lagipun faktor pokok bendi mudah dijaga,
so senanglah nak merasa kejayaan tu.
Nur banyak belajar bab tanaman organik ni dari Instagram @nuraishahshamsuddin.
Banyak ilmu yang beliau kongsikan tentang tanaman organik so Nur ikutlah
mana yang mampu. Aishah juga banyak ajar untuk gunakan sisa yang ada dirumah
sebaiknya.
Yang Nur faham tanaman organik ni tak menggunakan apa-apa bahan kimia baik dari
segi baja mahupun racun perosak. Nur tak arif bab ni so Nur taknak explain
lebih-lebih. Orang kata tanaman organik lebih sihat sebab bebas bahan kimia.
Sebab tu Nur saje nak cuba. Bukan sebab Nur memang amalkan pemakanan bahan
organik. Nur just saje nak cuba.
1) Semai Benih
Masa semai benih tu, Nur ajak Mardhiyah join sekali. Saje nak bagi dia pendedahan awal tentang tanaman pokok. Nur memang suka bagi anak Nur 'close to nature' dengan harapan anak Nur nanti pandai menjaga dan menghargai alam semulajadi pemberian Illahi.
Alhamdulillah lepas 3 hari, benih bendi dah bercambah walaupun tak konsisten siram air 2 kali sehari. Haha kadang-kadang tu lupa so ada lah jugak sehari siram sekali je. Mujurlah benih bendi ni senang nak bercambah.
2) Pindah Anak Pokok Bendi ke Batas
Bila benih bendi dah bertukar menjadi anak pokok selepas 5 hari, Nur pindahkan dari tray semaian ke batas tanaman pada hari ke 7. Kalau perasan dalam gambar ada 2 anak pokok berdekatan dalam 1 tempat. Masa semai tu Nur follow instructions dia kata letak 2 biji dalam 1 lubang.
Nur ingatkan 2 biji benih tu akan bergabung jadi 1 pokok tapi rupanya 2 pokok yang keluar. Masa tu masih kurang lagi ilmu, so Nur tanamkan aje dua pokok dalam tempat yang sama. Rupanya, boleh je pisahkan tapi kena buat dengan penuh kesopanan sebab takut merosakkan akar dia.
Tapi benda dah buat, Nur teruskan jelah. Tak rajin Nur nak keluarkan balik pokok tu so Nur teruskan jela jaga pokok bendi tu dengan harapan ada hasilnya di hari mendatang.
Untuk anak pokok seeloknya dia tak boleh kena cahaya matahari sangat. Lebih baik ada net hitam tu tapi Nur tak beli pun. Nur jadikan daun pokok keladi yang besar tu untuk berikan sedikit teduhan untuk anak pokok benih. Bolehlah dari takde langsung teduhan. Hehe kita guna aje apa yang ada. Jimat kos!
3) Pembajaan Pokok Benih Menggunakan Sisa Dapur
Bila anak pokok benih dah ada 4-5 helai daun, baru Nur start proses pembajaan. Nur tak guna baja kimia atau baja organik yang jual dekat pasaran. Nur baja pokok bendi Nur ni guna sisa dapur je. Contohnya perut ikan, tulang ayam, tulang ikan, kulit udang, kulit ketam, kulit telur dan kompos.
Biasanya Nur akan buat lubang kecil di tepi setiap pokok, Nur akan tanamkan sisa dapur yang Nur mention dekat atas tu. Agak leceh tapi kegigihan tu datang sebab perasaan nak mencuba tu tinggi. Nur nak tengok result dia macam mana. Nur nak tengok apa yang Nur faham tu menjadi ke tak. Walaupun sisa dapur tu ada je hari-hari, tapi takdelah hari-hari Nur tanam sisa tu. Ikut kerajinan Nur. Dan ikut stok sisa juga. Nur rotate sebab Nur guna kaedah yang sama dekat pokok cili dan beberapa pokok yang lain.
Selain bajakan pokok bendi dengan sisa dapur, Nur juga bajakan pokok bendi Nur dengan kompos. Kompos ni pun Nur buat sendiri. Campurkan sisa dapur dengan sisa rumput atau daun yang ada dekat rumah ni. Sisa dapur tu contohnya kulit bawang, kulit kentang, hampas teh/kopi atau apa-apa yang dari tumbuhan yang tidak digunakan, Nur akan kumpulkan bersama rumput atau dedaun yang lain. Tapi nak dapat hasil kompos ni makan masa berbulan so kena sabar sikitlah menunggu.
4) Racun Perosak
Untuk racun perosak
Nur tak berapa rajin buat sendiri so Nur beli dari kawan Nur. Actually yang Nur
beli tu spray semut yang diperbuat dari bahan semulajadi dan essential
oils tapi dia boleh juga digunakan sebagai spray serangga perosak dan
perlu dilarutkan dengan air terlebih dahulu. Support member juga so kalau
korang mencari spray semut/tikus/lipas/cicak yang natural dan berkesan boleh
beli dekat link ni : https://shopee.com.my/Spray-Penghalau-semut-lipas-lalat-anai-anai.-ant-fly-cockroach-repellent.-100-natural-water-based-i.5400830.1544971118?position=3
5) Tuai Hasil
Balik pasal pokok bendi Nur ni, mengikut hasil bacaan Nur, kita boleh tuai hasil selepas 60 hari. Tapi pokok bendi Nur ambil masa lama sikit nak keluar bunga. Mungkin faktor dua pokok dalam 1 tempat, so dia perlukan baja yang lebih atau faktor apa pun Nur tak pasti. Tapi syukur alhamdulillah walaupun sedikit lambat, pokok bendi yang Nur tanam membuahkan hasil sehingga sekarang ni masih tak putus stok bendi untuk rumah ni. Dan alhamdulillah siap boleh bagi jiran lagi.
Hari yang ke 61 baru pokok bendi Nur keluarkan bunga. Ya Allah dia punya perasaan excited tengok bunga pertama kembang mekar tu rasa bahagia sangat. Betul-betul berbunga perasaan tu. Siap terbayang lagi nak diapakan bendi tu nanti. Punyalah excited.
Sekarang pokok bendi Nur dah tinggi lebih dari ketinggian Nur. Orang kata seeloknya lepas dah berbuah, pokoknya perlu dipangkas so nanti akan tumbuh daun baru. Tapi sayang pula nak pangkas sebab pokok bendi Nur tak berhenti berbuah sampai sekarang. Rezeki Allah nak bagi. Syukur sangat. Rasa penat lelah melayan pokok ni terbalas dengan hasil yang Nur dapat. Syukur alhamdulillah.
#BendiNur Selamat Jadi Lauk
Menu pertama bendi adalah dijadikan lauk nasi kandar simple. Yang lain-lain tu kebanyakannya Nur masukkan bendi dalam masakan seperti asam pedas, kari dan singgang. Takpun Nur tumis kering pedas macam dalam gambar tu. Nak tahu tak sebenarnya Nur dulu tak makan bendi. Nur geli nak makan sebab dia berlendir tapi sejak kahwin, Nur cuba belajar makan. Mak mertua Nur masak bendi tumis kering macam tu so dia tak terasa berlendir sangat. Start dari situlah Nur pandai makan bendi. Hihi kesian betul.
Sekarang ni selain dah pandai tanam & makan bendi, muka Nur dah gelap dan tak secerah dulu. Sekarang Nur banyak 'main dekat luar' so memang kulit muka & tangan Nur sedikit tanned tapi masih berseri ya ecewahhhhh perasan betul lah engko ni Nur....!!!! Gurau je tau yang baca ni jangan meluat ya. Tapi sekarang Nur memang dah sedikit gelap. Sunscreen pakai tapi nak buat macam mana kan, dah nak gelap so kita terima ajelah yang penting happy dengan hobi baru ni. So kalau kita pernah berjumpa dulu dan akan berjumpa suatu hati nanti, jangan terkejut ya tengok Nur dah gelap. Hehe.
Ok sekian cerita pengalaman Nur berjaya tanam pokok bendi secara organik. Nanti kita sembang pokok yang lain pula ya. Assalamualaikum :)
10 Comments
Alhamdulillah
ReplyDeleteDapat merasa hasil tanaman sendiri
Alhamdulillah sungguh tak sangka berjaya makan hasil tanaman sendiri. Sampai skrg tak putus stok bendi
DeleteAlhamdulillah.. tak sia sia la sisa sisa tu ehh.. niceee.. Tahniahhhh ye .... tanam sampai jadik.. hasil usaha yang sangatttt berbaloi oiii
ReplyDeleteAlhamdulillah berkat kegigihan ketepikan sisa dapur. Tak sangka tau nona aku boleh bercucuk tanam hahaha
Deletewow menarik, best pula baca entry ni. hehehe. congrats nur.
ReplyDeleteHeeee mekasih :)
DeleteAkk baru tahu boleh guna sisa makanan tu. Biasa dengar air basuhan beras tu je. Happy baca entri ni. Dptla ilmu.
ReplyDeleteBanyak khasiat sisa makanan tu kak. Tong sampah penuh plastik dan lain2 je. Sisa buat baja
DeleteSalam sis, nak tanya bila dh petik hasilnya kena pangkas daun yg bwh kan?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Orang kata pangkas pucuknya sebelum start berbuah. Tp nur first time tanam, kurang ilmu. Ada yg kata juga lepas berbuah boleh pangkas pucuknya. Nanti keluar tunas baru
Delete