resepi kuih lapis, resepi kuih lapis menggunakan susu cair, resepi kuih lapis viral, resepi kuih lapis sukatan cawan, resepi kuih lapis tepung gandum, resepi kuih lapis Thailand, resepi kuih lapis telur, resepi kuih lapis tanpa santan, resepi kuih lapis sukatan cawan azie kitchen, resepi kuih lapis pandan sukatan cawan, resepi kuih lapis nyonya, resepi kuih lapis azlina ina, resepi kuih lapis milo, resepi kuih lapis jagung, resepi kuih lapis che nom, resepi kuih lapis keluarga, first time buat kuih lapis, food blogger Malaysia, jdt blogger, parenting blogger malaysia


Anak sulung Nur si Mardhiyah selera dia oldschool sikit. Kuih muih orang dulu dia suka makan. Contohnya kuih lapis. Lama dia tak makan kuih lapis. Sebab ibu dia lama dah tak keluar pagi cari breakfast. Ramadhan lalu kerap lah dia makan sebab Nur pesen buka puasa mesti kena ada kuih-muih. 

 

Alkisahnya pagi tadi (tak berapa nak pagi sangat la), video call dengan Nekyah & Maksu dia. Tengah berbual, boleh pulak Maksu Mardhiyah pergi tunjuk kuih lapis dekat Mardhiyah. Katanya ada orang jual kuih pakai kereta so mak sajelah beli tanda support. 

 

Gasak. Terus Mardhiyah mintak kuih lapis. Ahhhh sudah. Mana nak dapat. Pagi-pagi adelah orang jual. Sekarang dah nak ke tengah hari. Kalau keluar pergi cari, confirm buang masa. Malas lah. Dah laa cuaca panas amat sekarang ni. 

 

resepi kuih lapis, resepi kuih lapis menggunakan susu cair, resepi kuih lapis viral, resepi kuih lapis sukatan cawan, resepi kuih lapis tepung gandum, resepi kuih lapis Thailand, resepi kuih lapis telur, resepi kuih lapis tanpa santan, resepi kuih lapis sukatan cawan azie kitchen, resepi kuih lapis pandan sukatan cawan, resepi kuih lapis nyonya, resepi kuih lapis azlina ina, resepi kuih lapis milo, resepi kuih lapis jagung, resepi kuih lapis che nom, resepi kuih lapis keluarga, first time buat kuih lapis, food blogger Malaysia, jdt blogger, parenting blogger malaysia

Bila tak dapat mulalah drama merengek dia. Google resepi salah satu bahan dia santan. Eiiii mana ada santan dekat rumah. Malas laaa nak pergi kedai. Nak duduk rumah je harini. Cuaca panas memang malas nak keluar. Sebab Nur pesen kepala mudah sakit bila panas melampau. 


Tapi susu cair ada dalam gobok. So sebagai ibu yang berkaliber, kasi buatlah kuih lapis guna susu cair. Iyelah, kita ni bukan ibu yang baik, banyak kelemahan. Tapi bila ada kelebihan dekat bahagian memasak, apa salahnya digunakan untuk kebahagiaan anak. 

 

So lepas tidurkan adik Mardhiyah si Raihah bulat tu, Nur pergi masak sup ikan dulu untuk santapan tengah hari 2 beradik ni. Dah siap sup ikan baru buat kek lapis. First time hokeyyyyy buat kuih lapis. Demimu Mardhiyah. Kalau tak sayang ibu ni, ibu tak tahu lah nak cakap apa. 

 

Nur gunakan resepi dari Azie Kitchen. Nur gunakan separuh dari bahan yang beliau nyatakan. 

 

Resepi Kuih Lapis Menggunakan Susu Cair

Bahan:


1 cawan tepung beras*
1/4 cawan tepung gandum*
1/4 cawan tepung jagung*
1/2 cawan gula*
Secubit garam*
2 cawan susu cair (bahan asal santan)
Pewarna


Cara:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Dalam periuk lain, panaskan susu cair sehingga suam kuku.
  3. Satukan bahan bertanda * dalam mangkuk.
  4. Kemudian, masukkan susu cair suam ke dalam bahan dalam mangkuk yang disatukan tadi. Gaul sehingga tidak berketul.
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian. Nur buat warna putih (asal), hijau dan ungu. Resepi asal suruh tapis tapi Nur malas. Hehe.
  6. Dalam bekas/loyang yang bersesuaian, masukkan lapisan pertama. Masak selama 5 minit.
  7. Kemudian masukkan lapisan kedua dan ulang aje step yang sama sehingga habis adunan. Setiap lapisan tu Nur akan lap tutup pengukus untuk elak wap air jatuh ke kuih.
  8. Selepas dah tuang lapisan terakhir, kukus selama 20 minit dan tambahan 5 minit tapi tutup pengukus di buka.
  9. Bila kuih lapis dah masak, sejukkan dahulu. Dah sejuk betul baru potong. Nur nak cepat, Nur hadapkan kuih tu dengan kipas. Maklumlah ada yang menunggu.

resepi kuih lapis, resepi kuih lapis menggunakan susu cair, resepi kuih lapis viral, resepi kuih lapis sukatan cawan, resepi kuih lapis tepung gandum, resepi kuih lapis Thailand, resepi kuih lapis telur, resepi kuih lapis tanpa santan, resepi kuih lapis sukatan cawan azie kitchen, resepi kuih lapis pandan sukatan cawan, resepi kuih lapis nyonya, resepi kuih lapis azlina ina, resepi kuih lapis milo, resepi kuih lapis jagung, resepi kuih lapis che nom, resepi kuih lapis keluarga, first time buat kuih lapis, food blogger Malaysia, jdt blogger, parenting blogger malaysia

resepi kuih lapis, resepi kuih lapis menggunakan susu cair, resepi kuih lapis viral, resepi kuih lapis sukatan cawan, resepi kuih lapis tepung gandum, resepi kuih lapis Thailand, resepi kuih lapis telur, resepi kuih lapis tanpa santan, resepi kuih lapis sukatan cawan azie kitchen, resepi kuih lapis pandan sukatan cawan, resepi kuih lapis nyonya, resepi kuih lapis azlina ina, resepi kuih lapis milo, resepi kuih lapis jagung, resepi kuih lapis che nom, resepi kuih lapis keluarga, first time buat kuih lapis, food blogger Malaysia, jdt blogger, parenting blogger malaysia


So sementara nak tunggu kuih sejuk, Nur suap 2 ketul Nurain tu makan tengah hari dulu. Masa tengah buat kuih, Raihah dah bangun. Lepas bangun memang lapar laa budak tu. Dah siap makan nasi baru Nur bagi Mardhiyah makan kuih pulak. Haaa penuh la perut dia. Makan nasi. Pastu makan kuih pulak. Suka betul anak dara Nur ni dapat makan kuih lapis. 

 

Kejadian kuih lapis yang Nur buat tu okay & boleh makan tapi tula, kuih lapis tu macam pejal sikit. Tak sure lah faktor pakai susu cair atau faktor lain. Tapi boleh laaa untuk first timer kan. Mujur senang nak buat tapi ketiak basah laa hadap pengukus nak melapis setiap 5 minit tu. Dengan cuaca panas berdenting ni. Berpeluh macam lari padang 10 pusingan. Haha. 


resepi kuih lapis, resepi kuih lapis menggunakan susu cair, resepi kuih lapis viral, resepi kuih lapis sukatan cawan, resepi kuih lapis tepung gandum, resepi kuih lapis Thailand, resepi kuih lapis telur, resepi kuih lapis tanpa santan, resepi kuih lapis sukatan cawan azie kitchen, resepi kuih lapis pandan sukatan cawan, resepi kuih lapis nyonya, resepi kuih lapis azlina ina, resepi kuih lapis milo, resepi kuih lapis jagung, resepi kuih lapis che nom, resepi kuih lapis keluarga, first time buat kuih lapis, food blogger Malaysia, jdt blogger, parenting blogger malaysia
Ketiduran dek kekenyangan makan nasi dan kuih lapis


Q: Nak repeat lagi ke buat kuih lapis? 

A: In shaa Allah jika ada peemintaan. Nak cuba guna santan pulak. Mana tahu menjadi lebih elok ke kan. 

 

Sekian coretan kuih lapis susu cair. Nanti Mardhiyah dah besar, baca tau. 

 

3 Comments

  1. HAHAHA..Mardhiyah kena baca! Start je belajar membaca nanti suruh dia bacaaa! HAHHAHA~
    Tahniah ibu Mardhiyah! Demi mu anak.. sanggup ibu membasahkan tiak...KAH~ Ibu berkaliber nih..terrrbaikkk!

    ReplyDelete
  2. bagus nur rajin masak n berkebun.

    ReplyDelete
  3. wah!! lepas ni dah boleh ambil order

    ReplyDelete