Tasik biru seri alam, kuari seri alam, hiddengems seri alam, bandar seri alam johor, tempat menarik di Johor bahru, tempat menarik di johor, tempat best di johor bahru, misteri tasik biru kangkar pulai, tasik hijau seri alam, tasik biru kundang, kuari mahmud, tasik biru tanah merah, tasik lombing taman indah, pengenalan kuari, tasik biru kangkar pulai, hidden lake seri alam, tasik biru seri alam bahaya, tasik biru bandar seri alam, tasik air biru seri alam, hiking tasik biru seri alam, tasik biru bandar baru seri alam, tasik biru bandar baru seri alam masai johor, seri alam jungle park

Biasanya kita nampak pemandangan air berwarna biru dekat laut je kan? Tapi sebenarnya, kita boleh juga menikmati pemandangan air berwarna biru di kawasan kuari atau kata lainnya tasik biru. 

Tapi.... 

Ada tapinya tau. Kuari adalah kawasan larangan sebenarnya. Kira yang masuk kuari tu menceroboh lah kan? Tapi demi sekeping (padehal berkeping-keping) gambar yang cantik, kita ceroboh masuk. Hehe bukan selalu jadi nakal. Tak buat apa pun, ambil gambar sambil menikmati pemandangan biru-hijau yang cantik je. Dah puas, chow balik la. 

Di kawasan tempat tinggal mak dan ayah Nur ada satu kuari yang sangat popular. Orang panggil Tasik Biru Seri Alam (kuari Seri Alam). Dulu Nur selalu juga pergi dengan keluarga, sedara-mara ataupun kawan-kawan Nur. Masa tu kawasan kuari ni belum tutup lagi. Tapi sejak dah pasang hoarding, Nur tak pergi lagi sehinggalah dah beranak 2 ni. 

Gambar Tasik Biru Seri Alam pada tahun 2013 dari pandangan atas

Gambar lama. Tahun 2013 tak silap. Single & available lagi masa ni haha


Baru-baru ni Nur ada pergi Tasik Biru Seri Alam dengan suami. Bila tengok IG story kawan Nur dia pergi bahagian bawah kuari tu, Nur jadi tak menahan nak pergi. Haritu kami ada balik Seri Alam, terus Nur plan nak pergi situ. Terus Whatsapp adik Nur tanya dia kerja tak hari Ahad. Nak minta tolong jagakan #thenurains sementara kami laki bini nak pergi berendud kejap. 

Tanya juga kawan macam mana nak pergi bahagian bawah. Sebab selama ni Nur pergi bahagian atas dan tepi je. Kawan pun ada lah bagi guideline tapi malangnya kitorang tak jumpa pun jalannya! Almost 3 jam Nur dan suami habiskan masa dekat Tasik Biru Seri Alam tu untuk cari jalan untuk ke bawah kuari. 

Tasik biru seri alam, kuari seri alam, hiddengems seri alam, bandar seri alam johor, tempat menarik di Johor bahru, tempat menarik di johor, tempat best di johor bahru, misteri tasik biru kangkar pulai, tasik hijau seri alam, tasik biru kundang, kuari mahmud, tasik biru tanah merah, tasik lombing taman indah, pengenalan kuari, tasik biru kangkar pulai, hidden lake seri alam, tasik biru seri alam bahaya, tasik biru bandar seri alam, tasik air biru seri alam, hiking tasik biru seri alam, tasik biru bandar baru seri alam, tasik biru bandar baru seri alam masai johor, seri alam jungle park
Baling batu sambil pikir macam mana nak pergi bahagian bawah 

Penat sangat dah masa tu. Dah la tak sarapan sebelum keluar rumah. Air pun tak bawa. Yela dulu-dulu pergi tak makan masa yang banyak pun. Panjat sana panjat sini sampai dah. Ini kami jalan ke sana sini tak jumpa jalan nak ke bawah pun. Last sekali sebelum balik, suami try masuk dalam sikit. Nur tak join. Duduk rehat jap dekat batu. 

Tup tup suami call dia kata dah jumpa jalannya. Dia suruh jalan sendiri cari dia dekat mana. Mujur lah sebelum ni dah pergi area situ so Nur berani jalan sendiri. Rupanya jalan nak ke bawah ada tersorok sikit. Tapi agak mencabar ya nak turun ke bawah. Agak curam. Mujur dah ada tali untuk berpaut. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang pasang tali tu. 

Jalan nak ke bahagian bawah ada dekat dengan tempat suami Nur berdiri ni. Alahai dekat situ je tapi langsung tak perasan. Gigih la round kawasan kuari tu sampai rasa nak tercabut kaki ni haa

Stop dekat batu besar kejap untuk ambil gambar. Kena hati-hati. Silap langkah gedebushh jatuh ke bawah. Curam laluan nak ke bawah tu

Alhamdulillah sampai ke bawah juga akhirnya dengan selamat. Kami berdua je kat bawah masa tu. Bila ada pengunjung lain yang baru sampai dan nampak kami di bawah, dorang pun ikut turun. Meriah la kejap bahagian bawah ni. 

Tapi... 

Eh ada tapi lagi ke? 

Nur rasa gugup sikit dekat bawah tu walaupun terpesona dengan pemandangan yang ada depan mata. Gugup sebab tempat tu sunyi. Bayangkan lah, kawasan aktiviti manusia tu sebelum ni dibom dan digali untuk mendapatkan batu dan hasil galian, sampai boleh menakung air yang akhirnya mewujudkan suatu tempat yang cantik. Boleh bayang tak Nur berada di kawasan bawah yang dalam. Rasa misteri je tau. 




Cantik tapi nampak macam misteri kan?

Suami ajak pergi bahagian lain dekat bawah tu Nur jadi tak berani dah. Limit untuk meneroka sampai situ je dah. Hahaha. Lepas dah puas menikmati pemandangan dan ambil gambar, terus ajak suami naik atas. 

Sup sap sup sap. Alhamdulillah, selamat sampai ke atas. Terus keluar kawasan kuari dan menuju ke kereta. Penat sangat dah kaki ni. Maklumlah lama tak buat aktiviti lasak lepas berpantang haritu. Memang berketaq lah kejap kaki ni. Tapi tak terus balik rumah pun, ada urusan lain kejap. Dah settle semua baru balik rumah. 

Dah mandi bersihkan badan baru terkam anak-anak. Alhamdulillah terima kasih Allah bagi peluang untuk Nur dan suami dating keluar peluh tanpa anak-anak. Seronok sangat walaupun rasa bersalah dekat anak-anak especially Nurain Raihah yang baru 3 bulan tu. Hihi kesian dia kena tinggal. Tapi esok-esoknya kena tinggal lagi. Tunggu next stroy ya....

Baca juga: filem menjelang magrib

Nampak tak bahagian darat kat hujung gambar? Haaa kawasan tula yang Nur nak sangat pergi. Akhirnya penat lelah terbalas juga. Dapat juga turun walaupun sedikit gugup bila dah sampai bawah

Macam Mana Nak Pergi Tasik Biru Seri Alam? 
Haaa, bagi korang yang belum pernah pergi dan tak tahu kat mana, korang Google Maps aje UniKL MITEC Seri Alam. Berhadapan dengan UniKL ni la kawasan kuari tu. 

Sepanjang jalan tu memang korang akan nampak kawasan tu dah tutup dan sudah dipasang hoarding. Kawasan larangan kan? Bahaya pulak tu, sebab tu pihak berkuasa tutup untuk keselamatan orang awam. 

Hoarding yang paling hujung sekali ngam-ngam dengan selekoh jalan tu (selekoh menghala ke Sekolah Seni Malaysia Johor). Haaaa kat situ lah 'lorong tikus' untuk korang masuk ke situ. Dah berjaya masuk tu korang kena jalan menghala ke belah kiri. Korang akan nampak macam batu berbukit. Panjat lah sikit nanti sampai atas. 

Untuk ke bahagian bawah macam Nur, susah nak tulis. Kena pergi sama-sama baru boleh tunjuk. Sebab tak semua orang tahu jalan ke bawah. Kalau korang tak tahu jalan nak ke bahagian atas kuari, korang follow jela orang lain. Pergi sana waktu pagi dan petang. Haa dua waktu ni ada lah orang datang. Majority orang tahu jalan ke atas. In shaa Allah yang belum sampai tu, dapat lah sampai dan menikmati pemandangan indah Tasik Biru Seri Alam.

P/S:
Good luck yaa buat yang nak datang tu. Risiko atas tanggungan sendiri ya. 

 

21 Comments

  1. cantiknya !! patutlah pun kalau mencereboh pun takpe bukan rosakkan atau cemarkan pun so takpelah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa betul. Tengok je. Lepas tu balik. Tapi ada juga pengunjung lain tinggalkan sampah. Haihhhh

      Delete
  2. Whoaaa..tuhlaa.. leh masuk sorok2 ek....teringin..tapi sebab mcm misteri..seram lak..ahahahaha..

    ReplyDelete
  3. So cantik! Kalau dekat ni dah lama pergi. Balik kampung Segamat pun tak kemana. But still jauh juga nak sampai sini.

    ReplyDelete
  4. kebanyakan tasik biru sebenarnya adalah kawasan larangan menceroboh..sebab bahaya dia tu lah...bekas tapak lombong kan, koreknya dalam..kalau jatuh, aduhai...jadi kena lebih berhati2 dan risiko semua tanggung sendiri...

    ReplyDelete
  5. Cantiknya tasik biru ni, memang sekali pandang nampak warna birunya tu. Terasa tenang dan sedap mata memandang. Tapi sesiapa yang nak pergi hati-hati ya, jangan mandi pulak dalam tasik tu...

    ReplyDelete
  6. keindahan yg tersembunyi. kira berbaloi penat round kawasan dapat juga jumpa jalan dia..hehehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  7. wahhh thank you sebab sharing mcm mna nak pegi sana! tempat ni cantik utk photoshoot ni

    ReplyDelete
  8. cantik tempat ni sangat..kecantikan lokasi yang disembunyikan..suka tengok..

    ReplyDelete
  9. wah bestnya.. alahai tapi jauh kat johor.. hehe iena pernah pergi hiking kat bluelake cheras kene halau sebab kawasan kuari tak boleh masuk..kawasan larangan..untunglah ni takde orang jaga boleh lepas pergi :)
    tapi bahaya jugak sebenarnya masuk kawasan kuari..pengajaran yg iena dapat masa pergi blue lake tu..dorang kadang2 ade buat aktiviti mengebom tanpa ikut jadual jadi agak bahaya untuk orang yang masuk situ..

    ReplyDelete
  10. Cantik warna air tasik tu. Nampak tenang je ye tp hakikatnya berdebar2 juga siapa2 yg masuk ke situ ye. Hehe.

    ReplyDelete
  11. saya pernah nampak kawan saya bergambar di tempat yang sama.. mmg kebanyakan bekas kuari/lombong bila menakung air akan menjadi biru mcm ni.. cuma perlu berhati-hati kerana tasik mcm ni sudah pasti sangat dalam..

    ReplyDelete
  12. wah cantik tempatnya. air tu mmg biru camtu ya? cantik sungguhlah

    ReplyDelete
  13. Fuhhh tenangnya kat sini kak. Nanti kalau ke Johor boleh visit tempat ni.

    ReplyDelete
  14. Tak silap Yana dulu bukan ada orang lemas ke kat sini ? . Cantik tapi takod bethol .

    ReplyDelete
  15. Cantiknya tasik ni tapi kena berhati- hati selalu sebab risiko atas tanggungan sendiri

    ReplyDelete
  16. Cantikkk gilerrrr... siapa taknak datang demi ambil gambar lawa kat sini... Kawasan ni bahaya macam mana ya? Kenapa kena tutup? Lepak baca buku kat sini syok... hehe... Cuaca kat kawasan ni macam mana? panas tak?

    ReplyDelete
  17. Haaa.. ingatkan tasik biru kat Kuang, bekas lombong mmg cantik as irnya tp kena hati2, npk cantik view dia

    ReplyDelete
  18. Eh cantiknya tempat ni. Cantik sangat. Tapi memang nmpak agak misteri. Kalau malam ni mesti lg misteri.

    ReplyDelete