Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Bersalin Semasa PKP (Tempoh Kawalan Pergerakan)

Pengalaman bersalin semasa pkp, pengalaman bersalin semasa covid, pengalaman bersalin semasa pkpp, pengalaman bersalin, pengalaman bersalin anak kedua, pengalaman bersalin tanpa suami, suami tidak boleh teman isteri bersalin semasa pkp, pengalaman bersalin di hospital kerajaan, bersalin di hospital kerajaan, hospital enche besar hajjah khalsom kluang, hospital nora ismail batu pahat, hospital covid 19, dewan bersalin hebhk, bersalin semasa pkp, bersalin semasa pkpb, bersalin semasa pkpp, prosedur bersalin semasa pkp

Masa tengah mandikan Raihah, berbual lah dengan dia. 

"Raihah sayang, esok kita nak balik Kluang dah, tempat kelahiran Raihah". 

Pastu sambung cakap lagi, 

"Eh, bukan laaa. Raihah tak lahir dekat Kluang. Raihah lahir dekat Batu Pahat. Special case. Kakak Raihah yang lahir dekat Kluang". 

Haha, ajak sembang dengan anak tapi salah cakap. Apa lah ibu ni. Yaaa. Begitulah kisahnya. Anak kedua Nur, Nurain Raihah tak bersalin di Kluang tapi di Batu Pahat. Tak jauh sangat dari Kluang. Kalau naik kereta ada lah dalam sejam tapi naik ambulans setengah jam kut. 

Haa ada sebab tau kenapa Nur compare dengan ambulans. 

Alkisahnya....


10 Mei 2020, 17 Ramadhan 1441 H
Genap kandungan 39 minggu dan seminggu je lagi nak tiba due date. Ada check up juga di klinik hari ni. Biasanya tiap kali check up Nur akan hantar anak sulung, Nurain Mardhiyah ke rumah mertua tapi memandangkan kali ni punya appointment jatuh pada hari Ahad dan suami pun cuti, so Nur kasi suami yang jagakan Mardhiyah. Hari ni suami pasang aircond dekat rumah baru mertua Nur. Kiranya suami jaga Mardhiyah sambil buat kerja lah tu. 

Pengalaman bersalin semasa pkp, pengalaman bersalin semasa covid, pengalaman bersalin semasa pkpp, pengalaman bersalin, pengalaman bersalin anak kedua, pengalaman bersalin tanpa suami, suami tidak boleh teman isteri bersalin semasa pkp, pengalaman bersalin di hospital kerajaan, bersalin di hospital kerajaan, hospital enche besar hajjah khalsom kluang, hospital nora ismail batu pahat, hospital covid 19, dewan bersalin hebhk, bersalin semasa pkp, bersalin semasa pkpb, bersalin semasa pkpp, prosedur bersalin semasa pkp

Dan..... Hari ni juga, pagi-pagi Nur dah rasa sakit pinggang. Pastu dok usha moment masa nak bersalinkan Mardhiyah dulu. Mardhiyah dulu lahir seminggu awal sebelum due date. Pagi ni instict macam rasa nak bersalin hari ni. Tapi tak yakin lagi. Takut perasaan tu terbawa-bawa dek pengalaman anak sulung 2 tahun lepas. 

So Nur pergi lah check up macam biasa. Kat klinik Nur download apps contraction tracker sebab makin kerap pula rasa sakit tu. Sambil tunggu giliran sambil layan rasa sakit. Tapi belum kuat lagi sakitnya. Masih steady (atau acah-acah steady). Tak bagi tahu misi pun dah start rasa sakit. Bukan cari pasal, tapi Nur yakin boleh handle sendiri. Belum sakit kuat lagi ni. 


Balik check up Nur tak terus jumpa suami & Mardhiyah dekat rumah mertua. Nur balik rumah sendiri dulu. Perasaan nak bersalin hari ni bertambah yakin. So Nur kemas baju dan barang-barang Mardhiyah. Sakit bertambah kuat tapi masih boleh tahan, boleh drive dan Nur masih berpuasa. Dah siap semua baru balik rumah mertua. 

Nur sambung layan sakit contraction dekat rumah mertua. Buka puasa awal atas saranan suami. Suami belah bahagi nak hantar Nur pergi hospital dekat JB atau hospital Kluang. Nur faham suami tak habis pikir tu sebab kerja hakiki dia pun masih banyak. Kerja-kerja family dia nak pindah pun masih banyak. Kalau dia hantar Nur balik Masai dan bersalin dekat Hospital Sultan Ismail, kerja dia masih banyak belum settle. Yela nak bersalin ni emergency kan kita takleh predict bila. Nanti kalau dia cuti pun mesti cuti yang terganggu kalau kerja tak siap so kami decide untuk pergi ke Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Kluang. 

Pergi Hospital Kluang Bersama Suami
Lepas solat asar jemaah dengan suami, kami terus bersiap untuk ke hospital dalam keadaan yang separuh tak ready sebab sedih nak tinggalkan Mardhiyah. Hujan pulak tu. Nak pergi berjuang kat dalam labour room. Tak tahu hidup atau mati penghujungnya. Tak tahu dapat jumpa Mardhiyah lagi ataupun tak lepas ni. Syukur Mardhiyah sangat memahami. Dia tak nangis pun masa salam peluk cium. Steady je anak sulung ibu ni. 

Sampai je dewan bersalin HEBHK, staf di sana maklumkan bahawa dia perlu periksa dulu bukaan dah berapa. Lepastu baru dorang decide untuk bersalin di situ, atau di JB, atau di Batu Pahat. 

Pengalaman bersalin semasa pkp, pengalaman bersalin semasa covid, pengalaman bersalin semasa pkpp, pengalaman bersalin, pengalaman bersalin anak kedua, pengalaman bersalin tanpa suami, suami tidak boleh teman isteri bersalin semasa pkp, pengalaman bersalin di hospital kerajaan, bersalin di hospital kerajaan, hospital enche besar hajjah khalsom kluang, hospital nora ismail batu pahat, hospital covid 19, dewan bersalin hebhk, bersalin semasa pkp, bersalin semasa pkpb, bersalin semasa pkpp, prosedur bersalin semasa pkp

Untuk makluman semua, semasa tempoh PKP, HEBHK memang tidak menerima kes bersalin kecuali kecemasan atas sebab HEBHK dijadikan hospital penempatan kes Covid-19. Bagi orang Kluang yang nak bersalin boleh pilih untuk bersalin di 3 hospital iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA,JB), Hospital Sultan Ismail (HSI, JB) ataupun Hospital Nora Ismail (HNI, Batu Pahat). Nur punya anggapan bila datang ke HEBHK dalam keadaan yang betul-betul sakit tu kira kecemasan tapi tidak rupanya. 

Betul-betul kecemasan adalah jikalau bukaan dah 9cm. Itupun kalau kandungan normal, ibu dan anak sihat. Kalau ada masalah lain Nur tak pasti. Nur punya bukaan baru 4cm masa tu. Mula-mula nurse cakap nak hantar Nur ke Hospital Sultanah Aminah tapi bila doktor pula check, dia refer 
Nur ke Hospital Batu Pahat dengan menaiki ambulans. Doktor tengok Nur ni macam laju je bukaannya tu so risiko juga kalau pergi ke HSA takut terberanak dalam perjalanan itu yang dia suruh pergi Batu Pahat. 

Bila dah confirm macam tu, Nur pun bagi tahu suami siap-siap. Tapi suami tak follow belakang ambulans, dia nak prepare untuk buka puasa dan solat maghrib dulu. Maklumlah masa tu PKPB, surau masih belum buka. Nur pun tak kisah sebab sedia maklum masa PKP ni suami tak boleh teman isteri dalam labour room pun. Better suami ambil masa settle kan tanggungjawab dia dulu. 

Pergi Hospital Batu Pahat Naik Ambulans
Tudia bunyi siren ambulans pun mula kedengaran. Seumur hidup ini adalah kali kedua Nur naik ambulans. First time dulu masa sakit GBS. Bukan GBS masa mengandung tu tau. Boleh baca kisah tu dekat SINI. Mula-mula cakap dengan nurse nak duduk je taknak baring. Takut mabuk kalau baring. Tapi lama-lama tu tak tahan laaa duduk. Tergoncang-goncang dalam ambulans dengan menahan sakit contraction lagi. So Nur baring la pulak sambil layan contraction yang makin kerap sakitnya. Agak mencabar sebab keadaan yang terhuyung-hayang dengan sakitnya lagi. Waktu maghrib pula tu. 

Alhamdulillah selamat sampai ke HNI. Maklum dah hospital ni dah lama sebab tu mengada nak try pergi hospital Kluang. Hospital masih baru dan selesa sikit laaa especially tandas. Lepas je urusan pendaftaran di Dewan Bersalin, Nur tak terus dapat katil. Ramai weh. Kena tunggu turn. So menahan laa sakit atas kerusi roda. Misi yang ikut hantar pula sangat prihatin. Kejap-kejap tanya ok tak tiap kali dia nampak Nur genggam armrest kerusi roda (tahan sakit). Terubat lah sikit rasa sakit tu. 

Pengalaman bersalin semasa pkp, pengalaman bersalin semasa covid, pengalaman bersalin semasa pkpp, pengalaman bersalin, pengalaman bersalin anak kedua, pengalaman bersalin tanpa suami, suami tidak boleh teman isteri bersalin semasa pkp, pengalaman bersalin di hospital kerajaan, bersalin di hospital kerajaan, hospital enche besar hajjah khalsom kluang, hospital nora ismail batu pahat, hospital covid 19, dewan bersalin hebhk, bersalin semasa pkp, bersalin semasa pkpb, bersalin semasa pkpp, prosedur bersalin semasa pkp

Bila dah dapat katil, misi yang teman dari Kluang set up mesin CTG dan uruskan hal lain sebelum dorang balik ke Kluang semula. Nur sempat lah juga ucapkan terima kasih kat dorang. Kesian dorang buka puasa dalam ambulans dengan keadaan yang terhuyung hayang tu demi seorang pesakit yang nak beranak ni. 

Kemudian, misi check bukaan Nur dah 6cm. Masa tu tak silap Nur nak dekat 9:00PM. Tak lama lepas tu, doktor pecahkan ketuban pulak. Haaaa lagi kuat laa rasa sakit tu. Nur mengiring je tahan sakit sambil pegang kuat besi tepi katil tu. Sekejap ingat nak berzikir. Sekejap tak ingat. Fuh. Kalau ada suami, mahu tangan dia jadi mangsa. Haha teringat Mardhiyah dulu Nur siap genggam kuat kolar baju suami. Mujur lah dia tak tercekik. 

Masa dah sakit kuat ni Nur tak ingat masih pakai mask atau dah cabut. Rasa macam Nur cabut sebab rimas, dengan nak tahan sakit lagi. Ke Nur pakai ek sebab doktor tak kasi tanggalkan mask? Ish serius lupa. 

Tak lama lepas tu tepat jam 9:49PM, Nur selamat melahirkan puteri kedua Nur. Alhamdulillah syukur ya Allah selamat semuanya dengan mudah. Cumanya luka bersalin agak panjang kali ni. Mungkin kurang motivasi masa meneran, suami tiada di sisi. Nur tak ingat apa dah masa tu, yang penting nak keluarkan baby cepat-cepat. 

Nur dapat masuk wad pun agak lewat. Mungkin wad penuh. Dalam 1:00AM macam tu baru masuk wad. Bila dah dapat katil, barulah dapat jumpa suami. Barulah suami dapat azankan baby kemudian tahnikkan baby. Settle semua urusan, suami pun balik. Tak jumpa lama pun. Tapi alhamdulillah, dapat tengok muka suami kejap pun dapat topup rasa semangat dalam diri ni. 

Pengalaman bersalin semasa pkp, pengalaman bersalin semasa covid, pengalaman bersalin semasa pkpp, pengalaman bersalin, pengalaman bersalin anak kedua, pengalaman bersalin tanpa suami, suami tidak boleh teman isteri bersalin semasa pkp, pengalaman bersalin di hospital kerajaan, bersalin di hospital kerajaan, hospital enche besar hajjah khalsom kluang, hospital nora ismail batu pahat, hospital covid 19, dewan bersalin hebhk, bersalin semasa pkp, bersalin semasa pkpb, bersalin semasa pkpp, prosedur bersalin semasa pkp

11 May 2020, 18 Ramadhan
Alhamdulillah, keesokan harinya Nur dapat discharge. Baby Raihah sihat, Nur pun sihat. Tapi dari malam semalamnya nak tunggu discharge tu terasa lama sangat. Terasa tak sabar sangat. Tak berapa nak selesa wad dekat situ. Itu pasal tak sabar nak balik. Lagipun tak sabar nak jumpa Mardhiyah, rindu sangat. 

Bila dah sampai rumah mertua, mestilah kakak Mardhiyah tu insan yang paling excited nak jumpa adik dia. Geli hati tengok gaya dia. Alhamdulillah, selesai semua. Maka bermulalah tempoh berpantang bersama dua orang anak...... 

Pengalaman bersalin semasa pkp, pengalaman bersalin semasa covid, pengalaman bersalin semasa pkpp, pengalaman bersalin, pengalaman bersalin anak kedua, pengalaman bersalin tanpa suami, suami tidak boleh teman isteri bersalin semasa pkp, pengalaman bersalin di hospital kerajaan, bersalin di hospital kerajaan, hospital enche besar hajjah khalsom kluang, hospital nora ismail batu pahat, hospital covid 19, dewan bersalin hebhk, bersalin semasa pkp, bersalin semasa pkpb, bersalin semasa pkpp, prosedur bersalin semasa pkp


Post a comment

3 Comments

  1. ALahai, comelnya dua beradik ni.. tetiba aunty rindu Mardhiyah laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mardhiyah makin banyak ragam ni aunty. Feninggg ibu dia melayan

      Delete
  2. Alhamdulillah selamat semuanya. Tahniah kak. Comelnya baby.
    Sedih juga masa PKP ni husband tak dibenarkan masuk teman. Takpelah kan, janji semuanya selamat dan dipermudahkan.

    ReplyDelete