Perasmian Chillax Market, Pendekatan Unik oleh EduCity Iskandar Yang Menghubungkan Universiti, Kolej, Pelajar dan Komuniti Sebagai Pusat Pendidikan


Iskandar Puteri, 12 Oktober 2019 | EduCity Iskandar Malaysia, sebuah pusat pendidikan berjaya mengumpul 5,000 orang termasuk pelajar dari 9 rakan pendidikan terkemuka seperti University of Southampton Malaysia, Multimedia University, University of Reading Malaysia, Newcastle University Medicine Malaysia, Netherlands Maritime Institute of Technology, Management Development Institute of Singapore, Raffles University, Marlborough College Malaysia, Raffles American School, ahli-ahli kakitangan, Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), X Motor Motorsport Scene dan masyarakat setempat di Karnival Sukan EduCity pada hari Sabtu yang lalu bertempat di EduCity Sport Complex.

Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri, chillax market, majlis perasmian chillax market, educity sport complex, carnival sukan educity, educity sport carnival 2019, chillax market setiap hari rabu

Ini adalah kali kedua Nur telah berkunjung ke EduCity Sport Complex. Kali pertama semasa 2nd EduCity Educators Conference dimana wakil media telah dibawa melawat sekitar kawasan EduCity Iskandar Malaysia termasuklah EduCity Sport Complex manakala kali kedua adalah semasa Majlis Perasmian Chillax Market ini. Aktiviti seperti ini dilakukan bagi menggalakkan lagi penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan & komuniti, sambil berusaha untuk mencapai kecemerlangan akademik dengan pengalaman hidup sebenar.

Setiap acara semasa Karnival Sukan EduCity secara aktif disertai oleh pelajar, kakitangan dan masyarakat setempat. Selain Kejohanan Auto-show yang merupakan usaha kolaborasi dengan X Johore Motorsport Scene, terdapat juga 6 acara sukan luaran dan dalaman yang dipertandingkan semasa Karnival Sukan EduCity termasuklah:
  1. Futsal
  2. Bola Jaring
  3. Bola Keranjang
  4. Badminton
  5. Ping Pong
  6. War of Tug  

Selain Karnival Sukan EduCity, acara lain yang dilakukan pada hari Sabtu yang lalu adalah perasmian Chillax Market yang merupakan usaha berterusan yang memberikan pengalaman hidup sebenar kepada pelajar dari segi keusahawanan, serta membangunkan kemahiran social pelajar. Chillax Market adalah kerjasama dengan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) untuk menggalakkan dan memupuk semangat keusahawanan serta menaiktaraf kemahiran sosial dalam kalangan pelajar. Secara peribadi Nur bersetuju dengan point ini. Melalui program seperti ini pelajar dapat perluaskan lagi rangkaian rakan baru dan seterusnya dapat meningkatkan peluang pekerjaan selepas pelajar sudah menamatkan pengajian mereka nanti.

Pada hari Chillax Market dirasmikan, terdapat 44 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di sekitar Johor termasuklah vendor dan trak makanan, dimana sebahagiannya dikendalikan dan dimiliki anggota PUJB sendiri. Terdapat juga 15 gerai yang dikendalikan oleh para pelajar dan kakitangan sebagai sebahagian daripada “Real-Life Entrepreneurship Challenge” yang dianjurkan oleh EduCity Iskandar Malaysia. Pelajar perlu membuat entiti perniagaan, mengemukakan pelan perniagaan dan melaksanakannya dengan menjalankan perniagaan semasa carnival dengan jayanya.

Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri, chillax market, majlis perasmian chillax market, educity sport complex, carnival sukan educity, educity sport carnival 2019, chillax market setiap hari rabu

Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri, chillax market, majlis perasmian chillax market, educity sport complex, carnival sukan educity, educity sport carnival 2019, chillax market setiap hari rabu

Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri, chillax market, majlis perasmian chillax market, educity sport complex, carnival sukan educity, educity sport carnival 2019, chillax market setiap hari rabu

Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri, chillax market, majlis perasmian chillax market, educity sport complex, carnival sukan educity, educity sport carnival 2019, chillax market setiap hari rabu

Produk dan perkhidmatan yang dijual dan dipamerkan oleh mereka yang mengambil bahagian di Chillax Market termasuklah aksesori fesyen dan pakaian fesyen tempatan yang dihasilkan oleh pelajar Fakulti Reka Bentuk Fesyen dari Raffles University, booth maklumat universiti, minyak pati tumbuhan, sabun organik, barang-barang terpakai (pre-loved), perlbagai alat solek, kraftangan serta perkhidmatan seperti perkhidmatan e-skuter (TRYKE) dan seni henna. Pastinya makanan dan minuman juga ada dijual. Karang kebulur pengunjung. Cuaca pun panas lit lit pulak tu.

Majlis perasmian Chillax Market dihangatkan lagi dengan kehadiran Jimi Sukma 2020 Mascot digayakan oleh pelajar yang menetap di Student Village, EduCity Iskandar Malaysia. Yela, korang mesti tahu kan Sukma 2020 nanti akan diadakan di Johor. Lagi pun EduCity akan jadi tuan rumah bagi acara bola jaring dan bola sepak untuk Sukma 2020. Itu pasal Jimi dah datang siap-siap hari Sabtu hari tu. Nak bagi hint lah katakana hihi.

Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri, chillax market, majlis perasmian chillax market, educity sport complex, carnival sukan educity, educity sport carnival 2019, chillax market setiap hari rabu

Ketibaan VIP diiringi deretan kereta dan motorsikal dari X Motor Motorsport Scene yang menambahkan lagi kehangatan majlis perasmian Chillax Market. Kereta pun bukan calang-calang kereta ya. Antara kereta yang Nur dan sudah tentunya orang ramai kenal adalah Lamborghini. Pemandu kereta sport ni pula tekan-tekan minyak tambah gempak suasana. Memang berahi lah peminat kereta sport tengok.

Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri, chillax market, majlis perasmian chillax market, educity sport complex, carnival sukan educity, educity sport carnival 2019, chillax market setiap hari rabu

Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri, chillax market, majlis perasmian chillax market, educity sport complex, carnival sukan educity, educity sport carnival 2019, chillax market setiap hari rabu

Semasa ucapan alu-aluan, Pengarah Urusan EduCity Iskandar Malaysia, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi berkata, beliau berharap para pelajar, kakitangan, peniaga dan masyarakat setempat memperoleh pengalaman keusahawanan yang berharga dengan penglibatan mereka secara langsung dan tidak langsung di Chillax Market ini. Beliau juga berkata, menariknya adalah Chillax Market ini bukan hanya dibuka pada hari perasmian sahaja. Malah akan dibuka untuk umum pada setiap hari Rabu dari 3:00PM sehingga 9:00PM. Bertambah seronok lah masyarakat setempat dapat pergi Chillax Market yang ala-ala pasar lambak ni kan.

Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri, chillax market, majlis perasmian chillax market, educity sport complex, carnival sukan educity, educity sport carnival 2019, chillax market setiap hari rabu

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Sheikh Umar Bagharib Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Beliau memuji inisiatif cemerlang EduCity Iskandar Malaysia sebagai Pusat Pendidikan di Johor kerana aktiviti seperti ini adalah platform yang baik untuk melibatkan pelajar dari 9 universiti dan kolej yang berlainan untuk berinteraksi dan bersosial dalam kalangan mereka. Platform ini penting dalam memantapkan lagi kemahiran kepimpinan dan kemahiran sosial dengan minda dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar. Bak kata Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali, Graduan perlu cipta peluang kerja, bukan hanya cari kerja.

Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri, chillax market, majlis perasmian chillax market, educity sport complex, carnival sukan educity, educity sport carnival 2019, chillax market setiap hari rabu

Sejurus tamat ucapan peramian oleh YB Sheikh Umar Bagharib Ali, majlis diteruskan dengan acara perasmian dengan ketukan gendang oleh Tuan Haji Ashaari selaku CEO of Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi selaku Managing Director of EduCity Iskandar Malaysia, YB Haji Sheikh Umar Bagharib Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor dan juga Datuk Akmal Ahmad selaku Chief Operating Officer Iskandar Investment Bhd.

Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri, chillax market, majlis perasmian chillax market, educity sport complex, carnival sukan educity, educity sport carnival 2019, chillax market setiap hari rabu

Buat pengetahuan semua, Studio Iskandar Malaysia telah menyumbang Mobile Kitchen (Kitchen on Wheels) yang digunakan untuk pelajar melakukan demo memasak. Majlis penyampaian hadiah diadakan di Kompleks Sukan EduCity pada pukul 5 petang keesoakan harinya iaitu 13hb Oktober 2019 (Ahad), sebagai tanda menghargai bakat peserta dan usaha yang mereka berikan dalam sepanjang karnival. Hadiah dan pingat diberikan kepada para pemenang untuk setiap kategori sukan, dan semua peserta akan menerima sijil juga.

Selepas selesai Majlis Perasmian Chillax Market, sesi persidangan media telah dilakukan bersama Tuan Haji Ashaari selaku CEO of Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) dan Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi selaku Managing Director of EduCity Iskandar Malaysia. Pelbagai soalan telah diajukan oleh wakil media kepada para panel berkenaan Chillax Market. Selepas berakhir sesi persidangan media, semua wakil media dijamu makan tengah hari yang enak-enak dan kemudiannya majlis bersurai. 

Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri, chillax market, majlis perasmian chillax market, educity sport complex, carnival sukan educity, educity sport carnival 2019, chillax market setiap hari rabu

Sekian sahaja sekitar Majlis Perasmian Chillax Market. Sebelum Nur mengundurkan diri, Nur ingin mengucapkan sekalung tahniah buat EduCity Iskandar Malaysia dan semoga terus maju jaya! Korang jangan lupa lepak dan chill bersama tersayang di Chillax Market setiap hari Rabu di EduCity Sport Complex ya. Sebarang pertanyaan, korang boleh tanya dengan pihak EduCity okey. Mana tahu ada yang berminat nak buka booth kat sana ke kan. Ok assalamualaikum :)

No. telefon : 07-2339000
Email : info@my-iib.com

3 Comments

  1. Meriahnyaaa...ni kalau pergi ramai-ramai syokk ni kann..melepak tak ingat nak balik hehehehe...

    ReplyDelete
  2. Best nya. Semua ada dalam 1 tempat. Pergi ramai2 lagi best. Tak sedar dah lepak lama. 😂

    ReplyDelete
  3. Seronoknya kalau boleh pergi. Sesuai untuk lepak-lepak dengan kawan-kawan tak hingat dunia. Haha.

    ReplyDelete