Percaya atau tak, dalam handphone Nur takde game pun. Maklumlah orang suka ambil gambar ni, storage sentiasa penuh. Nak download game pun jadi turn off. Lagilah pula Nur ni pesen kurang rajin nak transfer gambar ke laptop. Bila storage dah betul-betul sesak, barulah terkedek-kedek nak transfer.


Tapi kadang-kadang tu nak juga main game buat hiburan diri. Yela, kita hari-hari hadap rutin yang sama lama-lama jadi boring juga kan. Otak pun makin tepu dan berkarat. Mujurlah ada medium untuk main game tanpa perlu download apa-apa application. Jimat phone storage-ku. Percuma pulak tu!


Plays.org Lubuk Game Online Percuma

main game online secara percuma tanpa iklan di plays.org

Sebenarnya Nur tahu pasal plays.org ni dari kawan Nur. Dah lama tahu tapi baru-baru ni je Nur cuba buka website dia. Nak kata baru-baru ni ada masa senggang tak juga sebab sejak jadi ibu anak tiga ni memang makin sibuk dengan rutin harian. Tapi agaknya sebab stress dengan rutin harian yang tiada penghujung buatkan Nur mencari sesuatu untuk dijadikan hiburan. 


Buat yang tak tahu, plays.org menawarkan beribu game percuma sampai rambang mata nak pilih game apa yang Nur nak main. Mujurlah dekat website tu dah siap letak kategori untuk koleksi game yang dorang ada. Mudahlah sikit nak buat pilihan game apa yang nak dicuba main. Tengok dekat bawah tu, walaupun dah asing ikut kategori tapi tetap banyak. Berpino mata nak pilih.


kategori game yang ada di plays.org untuk memudahkan pengunjung memilih game apa yang ingin dicuba

bermain treze sudoku secara online dengan percuma tanpa iklan di plays.org

Jadinya game pertama yang Nur cuba main ialah Treze Sudoku. Allahu rindu betul nak main sudoku. Game favorite zaman hingusan dulu tau. Sambil tu sajelah nak asah balik otak ni secara ringan. Tapi ringan-ringan pun, terasa 'berat' juga main sudoku bila dah lama sangat tak main. Last dulu main dekat buku. Agak kekok sebenarnya nak main sudoku secara online tapi seronok juga. 


Sudoku dalam website ni pun ada bermacam jenis. Pilih jela nak main yang mana satu. Nur main guna phone je. Seronok betul main game dekat sini. Dah la free, takde iklan pulak tu. Biasa benda free ni mesti kena kacau dengan iklan kan. Potong setim betul kalau tiba-tiba iklan keluar lagi-lagi masa tengah syok main game. 


Pastu si Mardhiyah tu bila nampak ibu dia main game, mulalah meleser dekat ibu dia. Sebelum ni memang dia ngecek dengan abah dia je bila nak main game sebab phone ibu dia memang takde game. Jadinya Nur pun bagilah dia main game Strike Ultimate Bowling. Senang sangat nak main. Sesuai lah untuk umur dia yang baru nak masuk 5 tahun tu. 

main strike ultimate bowling secara online dengan percuma dan tanpa iklan di plays.org

main birthday candle counting secara online dengan percuma tanpa iklan di plays.org

game alphabet order di plays.org sangat sesuai untuk kanak-kanak yang baru belajar mengingat abjad

Tapi bagus juga ya game dalam plays.org ni. Educational game pun banyak untuk budak-budak. Takdelah rasa sia-sia sangat bagi anak main game. Sambil bermain sambil belajar gitu. Antara game educational yang Mardhiyah dah seronok main ialah Birthday Candle Counting, Alphabet Order dan banyak lagi. 


Untung tak tunjuk dekat Mardhiyah dekat laptop pun boleh main game ni. Kalau tak, mesti dia nak ngecek main game percuma tanpa iklan ni dekat laptop pula. Maklumlah, ibunya 'bekerja sambilan' dekat phone. Jarang sangat lah dia dapat pegang phone ibu dia. Bagus juga sebenarnya kan. Kurang sikit screen time dia. Budak-budak lagi, tak elok terlebih screen time. Banyak yang buruk berbanding yang baik. Selagi boleh kawal, kita kawal sebaiknya.


Okaylah, nak pergi main game dekat plays.org ni. Banyak lagi game yang Nur belum cuba main. Nak main game apa eh? Meh suggest. Hihi

2 Comments

  1. sama la. leyla pon xde game kat fon. dia bermusim. kalau time main game, main jee. kalau musim x main game, fon mmg kosong tanpa game.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela ikut mood juga kan nam main game ni? Melainkan memang kaki game, rasanya takde musim kut hahaha

      Delete