Ticker

6/recent/ticker-posts

Luahan Si Ibu Mengandung

Mengandung kali ketiga ni terasa betul cabarannya, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ni. Mual walaupun tak seteruk dulu, tapi masih ada. Tengah solat pun tetiba boleh nak uwekkkkk. Sesungguhnya diri ini letih. Tapi nama pun wanita kan? Inilah cabarannya.

 

Mengandung. Melahirkan. Menyusukan. Membesarkan. Repeat. Sampai cukup quota yang dipersetujui laki bini. Kalau ikutkan Nur, cukuplah tiga ni. Tapi suami Nur suka anak ramai. Katanya nanti meriah bila hari tua nanti. Allahu. Tersenyum kelat ajelah mampu.

 

Bukan menolak rezeki. Tapi, Nur takut banyak-banyak nanti, kualiti tak terjaga. Ada anak ni pun ujian juga. Semakin bertambah pahala atau semakin bertambah dosa? Anak ni amanah. Anak ni tanggungjawab kita sebagai ibu bapa sehingga akhir nadi kita. Mampukah aku?

 

Sekarang ni pun, allahu..... Mesti anak-anak pikir ibu dorang ni singa jelmaan. Kejap garang. Kejap okay. Eh tetiba garang balik. Betul-betul macam ombak di pantai. Sekejap pasang. Sekejap surut emosinya. Begitulah ibu mengandung, bila sistem tubuh badan huru hara, emosinya pun ikut sama.

 

Luahan si ibu mengandung, luahan hati ibu mengandung, pantang larang ibu mengandung, pantang larang percakapan semasa mengandung, emosi ibu hamil trimester 1, emosi ibu hamil trimester 2, emosi ibu mengandung dengan suami, emosi ibu hamil trimester 3, kesan ibu mengandung terkejut, cara mengatasi stress ketika mengandung, perubahan emosi kala hamil, stress ketika mengandung


Nurain Mardhiyah, yang sulung. Dekat rumah ni kami panggil dia kakak. 4 tahun dah dia. Besar dah anak dara ibu. Makin pandai bawa diri. Makin pandai hulur bantuan dekat ibu dia.

 

"Ibu, biar kakak mandikan adik. Ibu tak payah susah-susah".

 

"Ibu, biar kakak yang basuh pinggan. Ibu tak payah susah-susah".

 

Syukur alhamdulillah. Rajin anak ibu. Sejuk perut ibu nak. Tapi Mardhiyah ni rajin juga mengusik adik dia. Karakter anak sulung agaknya. Sebiji abah dia. Kuat menyakat. Muka pun sebiji abah dia. Copy paste.

 

Nurain Raihah, yang kedua. 2 tahun. Dekat rumah ni kami panggil dia adik. Silap juga panggil adik. Tu yang manja lain macam. Ataupun simptom nak dapat adik baru. Sungguh, sangat manja. Kuat merengek. Itulah salah satu cabaran yang meletihkan Nur.

 

Salah sikit merengek. Kena usik merengek. Tak dapat apa yang dia nak, merengek. Kesian juga kakaknya. Banyak kena mengalah sebab sungguh Nur tak tahan dengar rengekan yang berlarutan. Macam nak pecah kepala ni.

 

Sampai wujud rasa nak tinggalkan kebingitan ni. Nak lari jauh-jauh. Nak berseorangan.

 

Tapi Raihah ni, walaupun begitu, memek muka dia buatkan kita cepat cair. Mentel orang kata. Macam kucing jugalah senang kata. Suka meleser. Suka duduk atas riba kita, even dengan strangers. Senang mesra macam ibu dia. Sama-sama anak kedua. Karakter mungkin ada sedikit sama.

 

Luahan si ibu mengandung, luahan hati ibu mengandung, pantang larang ibu mengandung, pantang larang percakapan semasa mengandung, emosi ibu hamil trimester 1, emosi ibu hamil trimester 2, emosi ibu mengandung dengan suami, emosi ibu hamil trimester 3, kesan ibu mengandung terkejut, cara mengatasi stress ketika mengandung, perubahan emosi kala hamil, stress ketika mengandung


Begitulah kan anak-anak. Karakternya tak sama walaupun lahir dari rahim yang sama. Kitalah sebagai ibu bapa yang perlu ekstra fleksibal untuk anak-anak dan keluarga. Especially si ibu yang banyak habiskan masa dengan anak-anak.

 

Berbalik pasal nak berseorangan tu, Nur yakin ramai ibu-ibu terutama mereka yang surirumah 24/7 hadap anak akan rasa begitu. Melainkan suami ada banyak masa dirumah, so dia dapat bantu kita take over jagakan anak walaupun bukan 100%.

 

Namun apakan daya. Si suami pun ada tanggungjawab lain yang perlu dia galas iaitu mencari rezeki buat kami sekeluarga. Syukur alhamdulillah suami Nur orangnya rajin dan boleh diharap. Cumanya, masa dia dirumah agak terhad. Cutinya hanya hari Ahad. So khidmat dia pun terhad.

 

Begitulah kehidupan kita sebagai manusia kan? Sentiasa akan diuji tanpa kita duga apakah ujian itu. Tapi segalanya pasti ada hikmah. Pasti ada sesuatu yang Allah ingin kita pelajari. Bersyukurlah diberi ujian. Itu tanda Allah sayangkan kita.

 

Entry ni disiarkan pun bukan untuk mengeluh dengan kehidupan kini. Sekadar meluah, dengan harapan sedikit lega dan kembali bersemangat meneruskan kehidupan yang mencabar sebagai ibu mengandung. Bukan apa, stress sangat karang takut mempengaruhi si kecil dalam rahim ni. 

Terima kasih buat yang sudi membaca. Doakan Nur terus sabar & kuat ya :)

 

Post a Comment

1 Comments

  1. take care Nur. Tahniah untuk baby ke3. semoga semuanya sihat =D

    ReplyDelete