Resepi Mushroom Soup dan Garlic Bread Ala Pizza Hut
Jujur cakap banyak-banyak mushroom soup yang Nur pernah makan, yang Pizza Hut juga ngam dengan tekak Nur. Sebab dia tak muak. Makan banyak pun tetap tak muak. Nur ni orangnya kurang gemar makanan bersusu dan juga berkeju. Tekak pure Melayu lah katakan.
Dan
banyak-banyak resepi mushroom soup, resepi ini jela yang ngam dengan tekak. Dia
nampak creamy tapi hakikat dia tak creamy mana pun. Sekaligus tak muak bila
makan. So yang jenis macam Nur suka makan mushroom soup tapi tak suka yang
terlalu bersusu atau terlalu muak, bolehlah follow resepi ni.
BAHAN:
5-6 batang Cendawan shitake
1 cawan Air
1 1/2 cawan Susu (Nur guna low fat)
1 1/2 Kiub ayam
1 SK Lada hitam kisar
1 SB Butter / margerin
1/2 cawan Tepung gandum
Parsley (daun / flakes)
Garam
& perasa (jika guna)
CARA:
- Dalam periuk yang sesuai, masukkan air, susu dan kiub ayam. Masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan cendawan shitake yang telah dicincang halus bersama lada hitam kisar. Masak dalam 15 minit macam tu. Sambil tu boleh lah kemas apa yang patut dekat dapur tu.
- Next, masukkan pula butter, tepung gandum yang telah dibancuh dengan secawan air dan juga daun parsley. Seeloknya bancuhan tepung tu ditapis dulu dan masukkan sedikit demi sedikit ya. Tapi Nur tak tapis pun. Kurang rajin. Hihi.
- Kacau dan masak lagi 15 minit. Adjust kepekatan sup mengikut selera masing-masing ya. Kalau rasa tak cukup masin, sila tambah garam ataupun perasa ikut selera masing-masing ya. Feel free untuk tambah apa-apa asalkan ngam dengan tekak dan selera masing-masing
Garlic Bread
Untuk garlic bread pula, Nur cuma campurkan margerin, granulated garlic dan juga daun parsley. Kuantiti agak-agak saje Nur guna. Dan semestinya kalau nak buat garlic bread, yang sedapnya kalau kita guna roti Perancis tu haaa. Kalau guna roti potong biasa dia punya aura tu macam kureng sikit lah. Lepastu gaul semua bahan , sapu atas permukaan roti dan grill kejap atas pan. Semerbak bau wangi dia satu dapur.
***Boleh juga tengok video Nur buat mushroom soup ni dekat Instagram @nurdecamellia
Sekian
entry resepi mushroom soup dari Nur. Andai kata apa yang Nur katakan dekat atas
tu korang tak setuju, Nur minta maaf ya. Terima kasih sudi singgah blog Nur
yang tak seberapa ni. Moga kita semua sihat dan ceria selalu hendaknya ya.
Assalamualaikum :)
4 Comments
Ya ALLAH..Sedappnyaaaaa!
ReplyDeleteJemput buat nona :D
Deletesebagai bekas pekerja Pizza Hut lepas habis SPM dulu..saya setuju yg mushroom soup PH sedapppp.. haha
ReplyDeleteTak boleh payung resepi mushroom soup pizza hut ke ammi?
Delete